Bab 1

13 0 0
                                    

PANGKALAN UDARA KUANTAN (TUDM)

" ni kau terus gerak balik kampung ke apa ? " Soal Aried sambil bercekak pinggang di pintu masuk dorm yang di duduki oleh mereka , risau melihat rakannya yang sedari tadi kelam-kabut mengemas bag baju.

" yela Ried , aku dah tak ada masa . Katanya tenat sangat dah mak aku tu " Jawab Mikha dengan nada kesal. Mana taknya , sewaktu mereka sedang berkawad tiba-tiba dapat call daripada Tuan Maleeq mengarahkan Mikha untuk pulang ke kampung kerana maknya sedang sakit tenat.

" haih sabar jela Mik , ni nak air tak ? panas ni " Dengan selamba Aried mengeluarkan sebotol air mineral yang tinggal separuh.

" hoi ! puasa lah !" Jerit Amar yang baru saja tiba di dorm. Lantas menepuk kuat belakang badan kawannya itu.

Terkejut beruk si Aried , hampir jatuh air mineral Eviannya itu huh !

" ish kau ni nasib baik tak jatuh air evian aku ni ! mahal tau tak aku beli ? " Marah Aried , tidak mengambil peduli soalan yang diajukan Amar sebentar tadi.

" Aku- aku puasa lah ! ni ha Mikha ni , dia kan tengah gelisah , sedih , murung semua so dia perlu kan banyak tenaga , boleh ganti puasa apa " Jawab Aried selamba sambil tergagap gagap.

" otak kau !" Amar menjeling rakannya itu .

Mikhail yang sedari tadi mengemas bag hanya diam di situ , malas mahu melayan perangai rakan-rakannya yang masuk air itu , fikirannya sekarang hanya tentang mak dan ayahnya yang berada di kampung .

" haih macam mana la keadaan mereka sekarang " Muncul suara hati Mikha yang bernada kesal.

Kampung Air Bol , Kelantan
6:40 p.m

" Assalamualaikum " Mikha mengetuk pintu rumah kampung halamannya , seraya menunggu seseorang untuk membuka pintu.

Sudah lama dia tidak pulang ke kampung akibat kerjayanya , biasalah askar , memang ditakdirkan kerjanya berjauhan dari mak dan ayahnya. Walaubagaimanapun , dia terpaksa demi menyara keluarganya yang sederhana.

"Krek.."

Bunyi pintu dikuak , berdiri susuk tubuh yang sudah sedikit berbongkok serta bertongkat , seseorang yang amat dirindui oleh Mikha , Che Latifah , iaitu seorang wanita yang telah melahirkan Mikhail Ardean.

"mak.." Sebak nada suaranya , Mikha menyalam Che Latifah dengan penuh hormat dan kasih sayang , seraya memeluk tubuh tua itu.

Che Latifah hanya tersenyum serta memeluk erat tubuh tegap anaknya , menepuk perlahan belakang tubuh Mikhail.

" segak anak mak ya " Terlihat senyuman serta ketawa daripada sang ibu.

Mikhail juga turut tertawa perlahan

" jom nak , mak dah siapkan juadah berbuka puasa , ayah pun dah tunggu kamu " Ajak Che Latifah seraya menarik tangan anaknya

Mikhail hanya mengganguk dan tersenyum. Dia lantas menggalas bagnya dan masuk ke dalam rumah.

7:16 p.m
Azan Maghrib berkumandang

" bismillahirahmanirrahim " Mikha meneguk segelas cawan air kosong.

Tuan Fauzee hanya menggeleng kepala melihat anaknya itu , lantas memanjangkan tangannya mencapai sebiji kurma lalu dibawa masuk ke mulut .

" ni kamu cuti sampai bila ?" Soal tuan Fauzee , iaitu ayah kepada Mikha.

" tak tau lah yah , mungkin seminggu dua je kut , lagipun ayah faham je lah , kerja macam saya ni tak boleh cuti lama-lama " Balas Mikha sambil matanya tertumpu kepada hidangan di atas meja , sudah lama dia tidak rasa air tangan ibunya.

Tuan Fauzee hanya mampu mengeluh perlahan.

" esok ikut ayah meniaga di bazaar , ayah tak mampu lagi nak upah pekerja " Tuan Fauzee bersuara sambil melihat anaknya yang sedang menjamah makanan.

" baik yah " Mikha cuma mengangguk , malas mahu berkata lebih . Bukan dia tidak tahu , kalau dia bantah pun ayahnya akan tetap bertegas , lebih baik dia mengalah saja.

5:19 petang
Bazaar Ramadhan Kampung Air Bol , Kelantan

Mikha sedang sibuk membuka payung dan mengemas tempat berniaga seperti peniaga-peniaga bazaar yang lain.

" fuh " Dia mengelap peluh yang bertitik di bahagian dahi dan tengkuknya , cuaca bulan puasa memang tiada tandingan panasnya !

Tuan Fauzee sedang menyusun pelbagai jenis lauk pauk untuk dijual di atas meja

6:19 petang

Mikha dengan selamba berdiri di hadapan gerai sambil bermain telefon bimbitnya , tiba-tiba terasa suatu tubuh melanggarnya , lantas telefon itu jatuh ke atas jalan tar.

" buta ke ?" Sergahnya , kini matanya tertumpu pada tubuh yang melanggarnya tadi , seorang wanita yang berbaju kurung serta berambut panjang.

" m-maaf " Tergagap-gagap Chempaka membalas sergahan mengejut jejaka itu , dia menundukkan kepalanya.

Mikha hanya terdiam sambil menikmati salah satu keindahan ciptaan tuhan yang kini berada di hadapannya , cis !

Tiba-tiba kedengaran Tuan Fauzee berdehem

" Chempaka ? " Tanya tuan Fauzee sambil membungkukkan sedikit badannya untuk melihat wajah gadis itu.

" Y-ya saya ?" Jawab Chempaka , melihat ke arah tuan Fauzee.

Tuan Fauzee tersenyum sedikit. Hubungan Chempaka dengan Che Latifah dan Tuan Fauzee amat lah rapat. Sewaktu ketidakberadaan Mikha dikampung , mereka sudah anggap Chempaka sebagai anak mereka sendiri. Ini kerana Chempaka ialah seorang anak yatim piatu yang tinggal di hujung kampung bersama mak ciknya.

|𝑶𝑮| 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐊𝐇𝐀𝐈𝐋Where stories live. Discover now