BAB 2

129 10 2
                                    

KAKI Nuryn melangkah keluar daripada perut kereta berjenama Land Rover Range Rover Sport. rambutnya diselak ke belakang dan tangannya dibawa untuk membetulkan kasut tumit hitam miliknya.

Thud!

pintu kereta Rolls Royce ditutup. matanya memandang ke arah lelaki yang keluar dari perut kereta. jejaka itu sedang membetulkan kot jaket hitam miliknya.

tangan jejaka itu bergerak dan menyelak rambut yang berada di mukanya.

Nuryn menahan bibirnya daripada tersengih. dia melangkah ke arah jejaka itu sebelum mengukir sengihan kecil. "dah habis menggedik? jom," lengan sasa jejaka itu ditarik sebelum dia berjalan ke satu kafe yang tidak jauh daripada keretanya.

dengusan didengari dari jejaka itu "haish, kau ni... aku belum pakai spek kau dah heret aku," ujar jejaka itu seraya menayangkan muka menyampah.

ceh, nak acah cool lah tu?

Nuryn menjuling matanya ke atas sebelum mereka sampai di hadapan kafe tersebut. Jejaka di sebelahnya membuat keputusan terlebih dahulu dan menolak pintu kaca, memberi ruang untuk gadis itu masuk.

"masuklah wahai puteriku tercinta" katanya dengan sengihan di bibir. kedua kening jejaka itu diangkat berkali-kali.

"eiii geli Nur! sudah-sudah lah Along," ujar Nuryn dengan nada geli. kakinya mula melangkah memasuki kafe tersebut.

Kedua matanya melilau pada sekeliling untuk mencari tempat di kafe itu dan tidak banyak fikir dan terus berjalan.

"huh, Along tengah practice je-" Jejaka yang dipanggil Along itu menjegil matanya sebelum membuntuti langkah Nuryn.

"banyak songeh practice kau!" geram pulak dia dengan abang sulungnya ini. Ingat romantiklah nak ngorat orang? hoi, dia tak heran langsunglah! "baik lagi kau belanja aku," ujar gadis itu.

"Hmm, yelah. Semua benda Along nak kena belanja."

"Dah, apa fungsi duit Along kalau Nur tak gunakan?"

Kedua tangan jejaka itu diangkat sebagai tanda mengaku kalah. "Ha yelah, yelah. Ahwas Daiyan kalah. Ya, Nuryn Aqilah selalu menang," keluhan kecil dilepaskan sebelum dia menjulingkan matanya.

"Heh."

Ni provokasi apakah ini? Jejaka itu memincing matanya pada gadis itu. Ini kalau dia cilikan mulut tu memang tak sembuh untuk beberapa hari.

"Okay, okay." Nuryn tersengih sebelum dia kembali ke ekspresi normalnya semula. Dia memandang ke arah kaunter dan terus berjalan ke arah kaunter tersebut diikuti oleh abang sulungnya.

"hello," sapa cashier itu dengan senyuman kecil.

"hai! I will have one iced caramel latte, venti, and some chocolate cake dessert!" pesan Nuryn seraya membagi kad berwarna hitam milik abangnya. eh, sekejap-

Daiyan memincing kedua matanya dengan curiga "sejak bila Nur ambil kad Along ni?" dia merampas balik kad hitam miliknya sebelum mengeluh, mata ekornya ternampak Nuryn tergelak kecil dengan sengihan di bibir.

boleh bankrup dia macam ni.

"Give me one orange juice and 2 chocolate muffins you've got," ujar Daiyan sebelum cashier itu mengangguk, dan dia membayar untuk makanan dan minuman tersebut.

usai membayar, Nuryn memusingkan badannya dan berjalan ke sebuah meja yang kosong dan melabuhkan duduk pada kerusi empuk tersebut. Daiyan sudah mengeluh, tetapi kaki tetap bergerak mengikuti langkah adiknya itu.

"tak penat ke asyik order benda yang sama aje?" kening Daiyan terangkat, mahukan jawapan. dia melabuhkan duduk pada kerusi bertentangan Nuryn.

"penat lagi tengok Along tak potong rambut." jawab gadis itu sinis.

Wow, nak kena cilikan mulut budak ni baru nak berbaik ke?

"taklah," nafi Daiyan sebelum tangannya meramas rambutnya yang sudah panjang. "Along memang nak potong, cuma taktau haircut apa." Daiyan tersengih kecil sebelum senyuman pasrah diukir.

"cuba Along buat Bobcut,"

"tak kelakar."

Terletus juga tawa Nuryn mendengar jawapan dari abang sulungnya itu. terbongkok-bongkok dia sambil mencari nafas "okay- okay! sorry. tapi manalah tahu Along nampak hot ke buat bobcut?"

Merah telinga Daiyan apabila teringatkan kisah dulu. acah mahu menjadi orang korea, tapi muka melayu. sah memang tengok macam budak tak cukup matang!

"diamlah."

Nuryn tersengih sambil menayangkan senyuman lebar. "sorry, sorry." Dia berdehem seketika sebelum dia kembali pada asal. pada masa itu juga, jejaka berpakaian uniform berjalan ke arah mereka sebelum meletakkan dulang berisi order mereka.

"thank-" Nuryn baru sahaja memandang atas pada pelayan tersebut sebelum dia terkesima di tempatnya.

ush...

kenapa handsome sangat ni?

"yes?" suara garau milik pelayan itu membuatkan Nuryn kembali pada dunia asal. dia menggeleng sambil mengukir senyuman kecil. "no- its nothing. thank you," ujarnya ikhlas.

Pelayan lelaki itu mengangguk sebelum dia memusing dan berjalan ke dalam ruangan staff. Nuryn masih memerhati pergerakan jejaka itu sebelum dahinya dijentik sederhana kuat.

"aduh! apa Along ni?" Nuryn merengus. dibawa tangannya ke atas untuk menggosok dahinya yang sedikit merah itu.

Daiyan menjulingkan matanya, tidak kisah dengan ketinggian suara adiknya itu. "Jangan nak menggatal." ujarnya dengan muka menyampah.

"mana ada!"

"habistu tadi tu apa?"

"err... tu-" cepat-cepat dia mencari jawapan untuk mengelak dari pengakuan. "haa! dia staff baru- sebab tu Nur rasa terkejut!" katanya dengan ekspresi sedikit lega.

terus Daiyan memandang pada adiknya itu dengan curiga. "ye ke?" terus Nuryn mengangguk beberapa kali "yeee- betul!" dengan nada sedikit tinggi.

Daiyan memerhati semua pergerakan tubuh adiknya, mencari satu bahan bukti untuk dia attack jika adik gadisnya itu berbohong. tetapi- takkan dia tidak mahu mengalah kut?

Hmm... okay, kali ini sahaja dia akan percaya. "okay..." ujarnya perlahan.

yes! Nuryn sudah bersorak kemenangan. muka bangga ditayang sambil dia menyedut air iced caramel lattenya itu.

"tapikan, Nur rasa dia pekerja barulah dekat sini..." kata Nuryn perlahan sambil menjenguk ke arah pelayan tersebut. Daiyan sudah menepuk dahinya, aduh. sakit kepala!

"Nuryn Aqilah." tegur Daiyan tegas, membuatkan adiknya mengalih padanya dengan kening bertaut. "can't you see the tag he is wearing?" soalnya perlahan sambil mengangguk ke arah pelayan tersebut.

kedua-dua kening Nuryn berkerut, dia menoleh ke arah pelayan tersebut dan memincing matanya. dan dia perasan satu tag yang dipakai olehnya di bawah tag nama pelayan itu.

'trainee/in training'

"oh" terkelip mata Nuryn sebelum dia tersengih, bibirnya melebar sebelum dia bermain dengan hujung rambutnya. "sorry, tak perasan."

keluhan dilepaskan dari bibi Daiyan sebelum dia menggeleng "hmm, memang tak perasan pun." ujarnya perlahan, mengunyah chocolate muffin terakhirnya dengan selera.

Tapi Nuryn tetap juga menoleh ke arah pelayan itu secara senyap. Tidak mahu ditangkap memerhati anak teruna oranglah katanya.

Pelayan lelaki itu memiliki rambut coklat gelap, kedua mata jejaka itu mempunyai mata berwarna hijau- bukan calang-calang orang ya.

Badannya tegap dan ketinggiannya melebihi dari tinggi normal lelaki- pergh! Dah boleh dicop sebagai 'tiang' lepas ni.

Nuryn sudah perasan lama mask yang menutupi separuh wajah jejaka itu. Handsome ke? Buruk ke? Ah- dia tidak kisah! Janji dia tahu jejaka ini sangat kemas dari segi pemakaiannya.

Akhirnya, matanya memilih untuk memandang ke arah abang sulungnya semula. Dia tergelak tatkala perasan betapa comotnya abangnya makan.

"Along, makan elok-elok lah!" Kata Nuryn seraya tergelak kecil.

Agaknya, dia ada chance tak?

[OG]  .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now