BAB 9

407 30 5
                                        

"Nama awak Herra?" Dingin saja Datin Puan Sara memandang Herra, liurnya ditelan payah memandangkan hanya dia dan Datin Sara berada di luar ni sekarang, Raes hilang entah ke mana entah.

Herra mengangguk dalam ragu-ragu, cuaca sekarang ni sedikit mendung kerana matahari dilindung oleh banyak awan, sama macam muka Datin Sara yang dah mendung kejap lagi keluar lah tu guruh dengan kilat.

"Awak tahu kan apa yang awak dah buat dekat keluarga kami?" Datin Sara menatap kedalam anak mata Herra, gerun Herra dibuatnya. Dia menunduk mengelak daripada bertembung empat mata dengan Datin Sara.

"Saya minta maaf, saya tak sangka boleh jadi sebesar ni," Herra menundukkan wajahnya, entah sudah ke berapa perkataan maaf meniti daripada bibirnya tentang kes ni, namun wajah Datin Sara tetap tegas.

"Keluarga kami dikenali dan kami ramai kenalan setaraf dengan kami, awak rasa dengan apa yang awak buat, mana kami nak letak muka?" Datin Sara menyoal sinis, Herra diam, dia mengetap bibirnya, air matanya ingin saja bertakung di tubir mata apabila kata-kata Datin Sara tajam sangat!

"Awak tahu Raes tu CEO syarikat?" Soal Datin Sara lagi, wajahnya tak ubah dingin seperti tadi.

Herra mengangguk sebagai balasan, takut dia nak bersuara risau jika tersalah cakap. Wajah masih menunduk dengan bibir yang diketap.

"Sekarang ni disebabkan awak, syarikat tu dah hilang beberapa partnership dan disebabkan awak lagi nama keluarga kami buruk!" Tegas DatinSara, tiba-tiba rasa marahnya meninggi, apabila sebut tentang nama keluarga. Mungkin kalau tengok Raes, wajah lelaki itu masih tenang walaupun ini melibatkan syarikat dan nama keluarga tapi sebenarnya Raes sendiri buntu dengan keadaan sekarang.

"Ye saya tahu, saya betul-betul minta maaf," Herra menunduk lagi, tubir matanya mula terasa hangat apabila menerima kata-kata tajam Datin Sara.

Keindahan rumah ni tak setaraf dengan emosi orang dalam rumah ni, dari luar nampak sangat tenang dan harmoni sedang di dalam penuh dengan kemarahan Datin Sara, sinis dan tajamnya mulut itu.

"Saya merayu tolong maafkan saya, saya memang tak ada niat lain pun selain nak minta tolong masa tu," Air mata Herra gugur setitik, dia mengetap bibirnya, Datin Sara mengerutkan dahinya melihat Herra yang sudah mengalirkan air mata.

Dengan pantas tangan Herra naik menyeka air jernih yang turun ke pipi tadi.

"Saya sanggup buat apa saya asalkan Datin maafkan saya," Herra kesal dengan perbuatannya dia menyusahkan orang lain, seeloknya waktu orang-orang gila tu datang dia serah diri je, baru orang lain tak jadi mangsa!

"Saya tak kira! Saya nak awak bertanggung jawab, kahwin dengan Raes," kata Datin Sara dingin dengan nada sujara yang amat tegas mengalahkan lelaki dengan nada sinisny lagi! Herra mengangkat wajah, jelas terkedu.

"Apa maksud Puan?" Soal Herra dengan kerutan di dahi, matanya mencerun tetap ke wajah Datin Sara. Herra dengar cuma dia terkejut dan tak sangka.

"Awak yang bawa malang jadi saya nak awak terima cadangan saya!" Datin Sara berkata tegas, lansung tak bagi can Herra nak bercakap panjang ataupun bercerita tentang apa yang terjadi, Herra terkedu, ya memang dia rasa dia bawa malang pun!

"Awak ingat saya nak sangat ke kahwin kan awak dengan anak saya?" Soal Datin Sara sinis, tajam. Dia memandang kosong wajah Herra. Herra terdiam sebelum matanya dipejam erat, dan bibirnya diketap. Rasa macam nak menangis balik pula.

"Kejap, Mummy nak Raes kahwin dengan Herra?" Sampuk Raes tiba-tiba muncul dari mana dengan kening yang bertaut, Datin Sara hanya diam memandang Raes dengan wajah kosong.

"Kenapa mummy tak bincang dengan Raes pun?" Soal Raes lagi dengan kerutan di dahi, Herra hanya memandang sepi ke arah Datin Sara dan Raes. Nampaknya Raes sendiri pun tak sudi terimanya.

CINTA DIA KEMBALITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang