"Die, kat mana kau bawa aku ni. Mata aku ni kenapa kau tutup, kau pakai kain apa ni tutup mata aku?" Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Qaisara.
Macam mana tak bertubi-tubi, Nadierah cakap nak keluar jumpa Arman. Function tutup mata dia?
Nadierah yang disamping Qaisara itu memimpin langkah Qaisara. Risau takut tak pimpin jatuh langgar batu pulak. Tertawa kecil dia melihat gerak-geri Qaisara yang jalan macam tak nak jalan.
Arman yang ada dibelakang turut tertawa, tingkah Qaisara memang selalu mencuit hatinya. Kehadiran Arman Ariff disitu sama sekali tidak diketahui oleh Qaisara.
"Jalan lah laju sikit Sara," kalau Qaisara terus berjalan lambat macam ni memang esok lah mereka akan sampai ke tempat yang ingin dituju.
"Takutlah!! Kau ni bukannya boleh harap, banyak kenakan aku." Jawab Qaisara dengan sedikit bernada geram. Dia cukup mengenali Nadierah tu.
"Kau nak takut apa aku jaga langkah kau ni kan. Jangan risau, kali ni aku tak kenakan kau dah," Nadierah menoleh kebelakang melihat Arman, dia ingin ketawa tapi dia mesti kena tahan lagi-lagi bila tengok muka si Arman ni, selamba je dia ketawa angin.
"Serious Die, kau nak bawa aku pergi mana ni sebenarnya. Mata aku ni dah sakit," tanya Qaisara.
"Kejap eh, dah nak sampai ni. Depan tu je."
Langkah demi langkah dibawa, akhirnya tempat yang ingin dituju sampai. Perlahan penutup mata yang dari tadi mengganggu penglihatan seorang Qaisara dilepas oleh Nadierah, dan...
"Happy birthday Qaisara Mailana !!" Suara teruja Nadierah dengan tangan yang bertepuk-tepuk bahagia.
Qaisara terbungkam, terdiam dia dengan kejutan ni.
Dia, sungguh tak sangka.
"Kenapa aku boleh lupa harini birthday aku?" Gumamnya didalam hati.
Airmata terasa ingin mengalir, kejutan yang bahagia untuk dia. Nadierah yang melihat riak wajah Qaisara terus mengatur langkah mendekati sahabatnya itu.
"Haa jangan nak nangis eh," ucap Nadierah.
Namun Qaisara tetaplah Qaisara, soal begini memang berjaya membuat hatinya tersentuh. Bahagia didalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Beruntungnya dia dianugerahkan sahabat sebaik Nadierah.
"Happy birthday Qaisara,"
Terdengar macam dibelakangnya, Qaisara memusingkan tubuh. Senyuman manis diberikan kepada pemilik suara tadi.
"Thanks Arman." Balas Qaisara.
"Die," panggil Qaisara.
"Thank you buat semua ni." Sambung Qaisara lagi. Sungguh, hari ni adalah hari yang dia dapat merasakan kebahagian hidup.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...