Hangat

25 2 1
                                    

Kelihatan seorang pekebun yang bekerja di kediaman keluarga Kudou terlantar dalam keadaan tidak sedar diri  di hadapan pintu rumah Shinichi. Hal itu membuatkan Shinichi dan Shiho panik lalu keluar dari kereta untuk memeriksa keadaan pekerja itu.

"  Haru jiichan ! " Jerit Shinichi terkejut 

"Hey,Haru jiichan bangunlah ! " Katanya lagi sambil menggerakkan tubuh Pak Haru atau juga dikenali sebagai Haru jiichan.

Shiho yang berada disebelah Shinichi memeriksa keadaan pak haru. Sepertinya tiada kecederaan mahu pun luka yg fatal ditemukan.

"Kudou-kun, sepertinya dia hanya pengsan. Aku tidak menemukan apa apa luka di tubuhnya." Ucap Shiho cuba menenangkan Shinichi yang cemas.

" Bagaimana bisa ini terjadi? " Shinichi bermonolog pada dirinya sendiri.

" Yang penting sekarang kita harus membawanya ke rumah sakit, kudou-kun." Saran Shiho.

"U-ughh baiklah ayu- "

"KYAAAAAA " perkataan Shinichi terhenti apabila terdengar teriakan di dalam rumah berserta bunyi pinggan yang pecah. Keduanya memandang antara satu sama lain lalu mengangguk seolah-olah bertelepati mengatakan bahawa ada seseorang yang telah menceroboh kediaman keluarga Kudou. Mahu tak mahu Shinichi dan Shiho bergegas untuk masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah dapur. Shinichi mengisyaratkan Shiho untuk tunggu di balik dinding yang menjadi sempadan antara ruangan tamu dan dapur.
Bersiap sedia dengan jam tangannya yang mampu  menembak obat penenang, Shinichi berjalan dengan berhati-hati dan menyergah dapur rumahnya itu. Namun anehnya tiada siapapun yang berada di situ.

" Sepertinya tiada apa-apa di sini miya-"

" Uhmmmmnmmmm k-kudou ummummm." Lagi sekali perkataan mya di hentikan Kerna terdengar panggilan Shiho memanggilnya. Sejenak dirinya memusing ke belakang untuk melihat gadis itu, Shinichi terkejut melihat Shiho yang kini mulutnya diserkam oleh seseorang lelaki yang berjubah hitam dan bertopeng. Beberapa saat kemudian kelihatannya kelopak mata Shiho mula memberat lalu perlahan-lahan tertutup. Tidak salah lagi orang di hadapannya ini menggunakan cloroform untuk menidurkan Shiho!

" BEDEBAHH, SIAPA KAMU?! LEPASKAN GADIS ITU! " ucapnya lantang kepada lelaki misteri tersebut.

Dirinya yang masih memegang obat penenang berbentuk jam tangan itu mengarahkan jam tersebut kepada lelaki itu untuk menembak. Baru saja jari Shinichi ingin menekan butang tembak, lelaki misteri itu berucap.

" Kamu bergerak maka gadis ini akan kuhabisi " ugutnya sambil menghunus kan pisau ke leher Shiho, lebit tepatnya di arah kawasan karotidnya. Terkaku dengan ugutan lelaki itu Shinichi terdiam di tempatnya bak manusia yang disumpah menjadi batu.

" Yabeee, sedikit saja
gurisan Shiho bisa mati! " Gerutu Shinichi dalam benaknya

Menarik nafas dalam lalu menghembuskannya, Shinichi cuba untuk menenangkan diri. Shinichi kemudian memandang lekat sosok pria misteri itu.

" Apa yang kamu mahukan sebenarnya? Apa pun itu ku mohon lepaskan gadis di tangan mu itu terlebih dahulu! " Pintanya lagi memohon.

Keadaan sekarang sungguh tegang di pihak Shinichi. Tiada jawapan daripada orang bertopeng misteri itu walau berkali-kali Shinichi bertanya.pada akhirnya orang itu Pon membuka suaranya.

" Apa kamu benar-benar berfikir bisa menyembunyikan gadis ini daripada pengetahuan kami hmmm Kudou Shinichi ! "

"Kami? Apa itu bermaksud dia daripada organisasi itu?"
Fikir Shinichi tentang pernyataan lelaki tersebut sebentar tadi dengan cemas.
Namun fikirannya masih buntu. Bagaimana bisa dia menumpaskan orang di hadapannya ini tanpa mencederakan Shiho. Sepertinya tiada cara lain, dia harus memprovokasi org ini untuk mengalihkan perhatiannya.

My SaviorTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang