MIMPI 66

1.2K 68 2
                                    

Lantai simen yang tidak dilapisi sebarang alas itu ditenung kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Lantai simen yang tidak dilapisi sebarang alas itu ditenung kosong. Hari ini sudah termasuk hari ke empat dia menjadi tahanan Puteri Mirdal. Dan Puteri Mirdal hanya menunjukkan diri pada hari pertama sahaja. Makan pula hanya diberi satu paket roti dan sebotol air minuman sahaja untuk sehari.

Alis melepaskan keluhan. Tenanganya kian berkurangan. Dia tidak mendapat makan dan minum yang cukup. Mujurlah kaki dan tangannya sudah tidak lagi diikat.

Srettt...

Pintu kamar yang diperbuat daripada besi itu dibuka dari luar dan muncul seorang lelaki. Sepaket roti butter dan sebotol air minuman dilempar ke arah Alis yang duduk di penjuru dinding.

"Makanan kau harini." Ujar lelaki itu pendek.

"Mana Puteri Mirdal? Sa-saya nak jumpa dia." Alis memandang wajah lelaki itu dengan penuh berharap. Tolonglah. Dia perlu bertemu Puteri Mirdal untuk terus memujuk supaya gadis itu melepaskannya.

"Puteri Mirdal sibuk. Kau makan je lah. Tak payah banyak bunyi."

"Bawa aku jumpa Puteri Mirdal! Aku nak tahu kenapa di masih tak lepaskan aku! Aku tak bersalah lah bodoh!!!"

"Perempuan macam kau ni memang bising kan? Sini aku bagitahu kau kenapa Puteri Mirdal masih tak lepaskan kau."

Alis menggesot ke belakang tatkala lelaki itu duduk mencangkung dan cuba mendekatinya.

"Sebab dia nak ambil organ-organ dalam badan kau ni. Sepatutnya, dua hari lepas badan kau dah kena belah. Tapi sekarang tengah ada masalah. Tunggulah lagi sehari dua. Mungkin kau akan masuk bilik pembedahan. Kau akan dibedah dan organ kau akan kami ambil. Faham?!"

Alis menggeleng laju. Ujaran lelaki itu persis seperti apa yang Puteri Mirdal katakan pada hari pertama dia dibawa ke sini, bahawa organnya bakal diambil dan dijual. Namun dia fikir Puteri Mirdal cuma lah berniat untuk menakut-nakutkan dia sahaja.

"Tapi... Sebelum kau mati, lebih baik aku rasa tubuh cantik kau ni dulu. Betul tak? Membazir kalau biarkan kau mati macam tu saja. Badan kau ni patutnya digunakan seratus peratus, barulah tak rugi." Kata lelaki itu sebelum tawa besar bergema di segenap ruangan kamar kosong itu.

Alis semakin mengecilkan tubuhnya. Pipinya yang cuba dibelai lelaki itu ditepis kasar. Jantung pada saat itu berdegup kencang ibarat mahu meletus. Takutnya hanya tuhan saja yang tahu.

"Jangan sentuh aku lah!" Herdik Alis apabila tangan lelaki itu naik mengusap pahanya pula.

"Hei!! Kau sedar sikit yang kau tu tahanan je dekat sini. Siapa kau nak melawan hahh?!" Jerkah lelaki itu berang dek penolakan Alis.

Alis mengertap giginya geram. Kini kepalanya pula yang menjadi mangsa lelaki itu. Sesuka hati saja lelaki tak guna itu menunjal kepalanya.

"F*ck you!!" Carutnya kuat lalu menggigit telinga lelaki itu dengan kuat. Dapat dia rasakan cecair pekat melekat memenuhi rongga lidah dan bibirnya.

Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]Where stories live. Discover now