( Gyubin - Really like you )
english version
──── 𖹭 ────Okey Cik Bunga kita dah sampai di hotel lima bintang." Kereta berhenti di hadapan pintu besar hotel. Kemudian Qhalis keluar dari perut kereta. Dia berlari anak untuk ke tempat duduk depan Bunga.
Dan pintu kereta dikuak oleh Qhalis dengan gaya gentleman. Bunga beri senyuman kecli pada Qhalis sebelum menapak keluar dari perut kereta itu.
"Cantiknya hotel ni." Kagum Bunga. Tunak anak matanya kelihatan berkeliau apabila melihat hotel yang penuh cahaya lampu itu.
"Cik Bunga, jom kita masuk." Pelawa Qhalis memberi laluan pada Bunga terlebih dahulu.
Gentleman tak? ahaks.
Bunga langkah masuk ke dalam hotel mewah itu diikuti Qhalis dari belakang. Kaki runcing nya diatur membawa ke arah lif. Butang lif ditekan oleh Qhalis.
Berapa saat pintu lif terbuka luas. Mereka berdua masuk ke dalam lif itu dengan keadaan sunyi sahaja. Ada berapa orang juga yang turut ada didalam lif tersebut. Button paling atas ditekan oleh Qhalis. Bunga hanya melihat sahaja tanpa berkata apa.
Sesampainya di tingkat atas mereka berdua melangkah keluar dari lif. Qhalis membawa Bunga ke sebuah restoran mewah yang berada di dalam hotel ini yang bernama. Al-Ryann Orlando.
"Qhalis, Eider belum sampai lagi ke?" Tanya Bunga pada Qhalis.
Belum sempat hendak menarik kerusi itu. Tiba-tiba kerusi tersebut sudah ditarik oleh seseorang.
"I'm here Bunga." Bisik Eider ke cuping telinga Bunga.
Lekas Bunga berpaling ke belakang lalu mengerutkan alisnya tatkala
rongga hidungnya terhidu bau wangian yang menyengat dari lelaki itu dan menbuatkan dirinya terkaku sejenak memandang wajah tampan lelaki itu ketika ini.Eider yang perasan akan itu langsung
memetik jarinya di hadapan wajah gadis itu dengan kuat. Supaya menyedarkan gadis itu daripada terus merenung dirinya seumpama mahu menelan dirinya pun ada."Oh Eider.. bila awak sampai?" Tanya Bunga lalu tersengih lebar. Untuk menutup perasan malunya terhadap Eider ketika ini.
Qhalis yang berdiri di situ hanya tersenyum sahaja. Tengah tengok drama romantik tv3 ni.
"Baru lima belas minit lepas." Balas Eider kepada Bunga.
Sempat dia memberi isyarat mata kepada Qhalis. Tanda menyuruh pembantu peribadi nya itu meninggalkan mereka berdua disini.
Bunga meng"oh"kan sambil angguk.
Qhalis yang faham akan isyarat itu terus meninggalkan Tuannya dan Bunga disitu. Namun belum berberapa langkah Qhalis menapak tiba-tiba dia berhenti.
"Oh ya lupa saya nak cakap." Terus Qhalis berpaling ke belakang semula.
"What??" Eider menyoal.
"Sama padan erk kau orang hari ni, okey itu aje bye." Pantas Qhalis menyusup menghilangkan dirinya.
Terkedip-kedip mata mereka berdua seketika ini. Otak sedang berproses memikirkan apa yang Qhalis katakan tadi. Sama padan?
"Sila jemput duduk tuan puteri ku.." Ujar Eider. Tangan ditunjuk ke arah kerusi yang ditarik tadi.
Dengan senang hati Bunga melabuhkan pinggul di kerusi tersebut. Eider bergerak ke tempat kerusi satu lagi, duduk bertentangan dengan gadis itu.
"Awak booking ke tempat ni?" Soal Bunga. Matanya meliar melihat sekeliling restoran yang luas itu. Kosong! hanya ada mereka berdua sahaja di ruang besar ini.
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Любовные романы✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...