|𝐃𝐚𝐫𝐲𝐚𝟑𝟔

1.6K 109 8
                                    

༻ ༺

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

༻ ༺

"Kau memang dah hilang akal, Darya"

Terus tergamam perempuan itu saat namanya disebut oleh Hayyes.

Kata-kata itu memecah keheningan seperti petir yang menyambar, tanpa sedar juga telah menyedarkan Darya.

Darya kini membatu seperti patung, matanya pula terbuka luas. Dadanya berombak dengan cepat. Pantas bebola mata dilirikkan pada tangannya yang tiba-tiba bergetar. 

Tangan yang baru sahaja melakukan sesuatu yang dia tidak dapat percayai.

Dahinya mula berkeringat.

Apa yang baru saja dilakukan olehnya tadi?

Adakah memang dia yang menyakiti lelaki itu?

Satu persatu soalan mula terbit di dalam otak. Darya kemudian menggigit bibir bawahnya, rasa mual, takut, frust? Semuanya telah bercampur dalam diri.

Dia cuba mengingati apa yang baru berlaku beberapa saat yang lalu, namun otaknya kosong. Mungkin terlalu tepu kerana tidak dapat menerima kenyataan.

Selangkah.

Dua langkah. Kakinya menapak ke belakang.

Kepala menoleh tepat ke arah figura lelaki yang masih terlantar duduk di atas lantai itu. Manakala tangan memegang pipinya yang sakit dek tamparan yang kuat.

"A-apa yang aku dah buat?" bisiknya sendiri.

"Huh? Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi. Kau tu dah gila, Darya" sekali lagi suara itu memecahkan keheningan di antara mereka.

Darya pantas menggelangkan kepalanya.

Tak, tak, tak! Tak mungkin!

Dia tidak gila, ya dia masih lagi waras. Tadi dia baru sahaja keluar dari rumah. Memandu kereta. Niat untuk pergi ke rumah Datin Daliya. Namun, dirinya tiba-tiba sahaja dibawa ke sebuah tempat yang begitu asing. Dia pun tidak tahu bagaimana dirinya boleh berada di tempat ini. Ibarat apa yang terjadi tadi adalah sebuah misteri, seolah-olah segalanya telah hilang dari memorinya.

Yang dia ingat hanyalah, dirinya baru saja sampai di hadapan rumah Datin.

Kini dia didapati berada di dalam sebuah bilik usang yang sudah lama dibiarkan. Hanya sebuah sofa lama dan sebuah cermin yang sedikit pecah yang terdapat di dalam bilik itu. Dinding cat yang terhakis memenuhi setiap konkrit.

Sunyi.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Darya kemudian mendekati sebuah cermin yang kemas melekat di dinding.

Terbuntang terus biji matanya setelah dia melihat pantulan di cermin tersebut.

"S-siapa ni?" soalnya sendiri. Tangan mula memegang wajahnya. Terkejut dengan imej di dalam cermin itu. Imej seorang perempuan berambut coklat ikal mayang. Badan disarongkan dengan sepasang dress satin berwarna red wine.

𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬Where stories live. Discover now