Zyan Rafael yang baru selesai membersihkan diri terus keluar dari tandas yang berada di dalam ward isterinya.
Buka sahaja pintu dada bidangnya tersentuh sesuatu,apabila melihat kebawah ternyata kepala isterinya.Dahinya berkerut apabila melihat wajah polos itu yang sudah basah dengan airmata.
"Sayang kenapa menangis ni?sakit kepala lagi ke hmm?"Soal Zyan Rafael yang sudah memeluk tubuh kecil itu.Rambutnya yang basah di biarkan.Pujuk isteri lebih utama.
Alya menggeleng kepalanya sambil mendongak memandang wajah kacak suaminya.Air matanya masih mengalir.
"Ya Allah janganlah menangis,cuba cakap sayang kenapa?"
"Liya hiks ingat abang hiks dah tinggalkan Liya hiks hiks hiks."Ucap Alya sambil teresak-esak.
Zyan Rafael yang mendengar itu terus memejam matanya.Ya Allah dia ingatkan apalah tadi.Rupanya takut kena tinggal.
"Sayang kenapa fikir macam tu?abang mandi tadi bukan tinggalkan sayang."
"Hiks Liya takut hiks."
"Okey okey dah, lepas ni abang bagitahu sayang abang nak pergi mana,pergi mandi ke makan ke okey.Sekarang sayang stop menangis."
Alya mengangguk dan menghapus airmatanya.
"Sayang nak makan apa?"Tanya Zyan Rafael setelah isterinya sudah berhenti menangis.Tubuh kecil itu masih berdiri di depannya.
"Taknak,takde selera." Balas Alya sambil melihat suaminya yang sudah mengambil tuala kecil untuk mengelap rambutnya yang basah.
"Tapi sayang kena makan juga sikit pun takpe.Abang risau tengok badan sayang makin susut."
"Liya nak coklat boleh tak abang?"Ucap Alya sambil melihat suaminya dengan mata terkebil-kebil.
Zyan Rafael tersenyum melihat wajah polos itu.
"Boleh tapi kena makan nasi dulu."Balas Zyan Rafael.
Alya mencebik setelah mendengar balasan suaminya.
Zyan Rafael buat-buat tak nampak wajah polos itu mencebik tidak puas hati.Dia sengaja meninggalkan isterinya yang masih berdiri di depan pintu tandas.
Dia terus duduk di sofa yang terletak di dalam ward itu.Dia bersandar pada kepala sofa sambil tertawa melihat isterinya berlari kearahnya.
Alya yang sudah sampai di depan suaminya terus duduk di damping suaminya. Tangan kecilnya menarik tangan suaminya sebelum bersuara.
"Abang bolehlah."
"Bila masa abang cakap tak boleh.Abang kata boleh tapi makan nasi dulu." Balas Zyan Rafael,sebelah tangannya naik memeluk erat bahu kecil itu.Dia tahan senyum melihat tubuh kecil itu,dengan rambutnya yang tak di sikat,pijama bercorak elsa tersarung di tubuh kecil itu.
"Tapi Liya taknak nasi,Liya nak coklat dengan air coklat.Bolehlah abang."
Zyan Rafael menggeleng kepalanya.
"Kalau abang tak bagi,Liya minta dengan Zafran."
Zyan Rafael terus melihat wajah isterinya.Amboi dah pandai ugut dia nampak.Siapa ajar pun dia tak tahu.
"Siapa ajar sayang ugut-ugut ni hmm?dah pandai eh sekarang."
Alya hanya tertawa sambil menggeleng kepala.
Tangannya naik mengalihkan rambutnya yang menutup mata."Sayang jangan berani minta dekat Iqie.Abang boleh jadi singa tahu."
"Yeke?patutlah Zafran kata abang bapak singa.Macam mana abang boleh jadi manusia?" Balas Alya dengan polosnya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...