Prolog

40 8 4
                                    

^^^

Dia menuju ke arah abangnya yang sedang bersandar pada sofa sambil menilik telefon pintarnya. Gadis itu melabuhkan punggung di sebelah abangnya. Lelaki itu meletakkan telefon yang dipegang dan memandang gadis muda itu.

"Hm..nak apa Adira?" Lelaki itu bertanya dengan nada yang malas kepada adiknya yang tersengih.

"Eh? macam tahu-tahu je ehehehe." Adira bermain bersama tangannya sambil memandang lelaki itu.

"Ha cepatlah nak apa?" Kening lelaki itu terangkat memandang kearah adiknya.

'jangan macam-macam sudahlah'  Bisik hati lelaki itu.

"Bang jom pergi jalan-jalan." Gadis itu bertanya sambil mengelipkan matanya.

"Okey lah jom hang nak pergi mana?" Lelaki yang berumur 20 an itu bertanya.

"Jom kita pergi taman lama tak pergi. Rindu lah pulak." Adira memandang abangnya dan membuat nada merayu.

"Okey jom. Pergi nak naik kereta ke atau jalan kaki?" Lelaki itu berpaling lalu bangkit dari posisi duduknya.

"Eh mestilah jalan kaki kata Leftenan Aqhar Haris ni Komando GGK. Apa barang jalan kaki!" Aqhar merasakan Adira menggunakan nada yang begitu sinis ditelinganya dan sepertinya Adira mencabarnya.

"Eh Hang. Aku tanya mana tau hang penat kalau tengah jalan nanti hang yang mengah. Siap hang." Aqhar menjeling adik perempuannya sambil menahan geram.

"Eh ye ke??? Entah- entah hang bukan komando tapi biawak komodo yang jelir lidah tu." Gadis itu mengekek sambil mengata Aqhar. Dia menggunakan nada suara yang menjengkelkan.

"Eh budak ni!! Geramnya aku. Dah lah jom dari melayan hang ni. Hang ingat nak dapat beret hijau tu senang ka? Susah hang tau dak!" Dia mengetuk kepala adiknya menggunakan telefon pintarnya. Puas hati Aqhar apabila dapat mengetuk kepala Adira.

"Aduh." Adira menggosok kepala yang diketuk tadi lalu Adira menjulingkan matanya tetapi tidak diendahkan oleh Aqhar. Dia tersengih sendirian. Aqhar menyarung kasut sukan berwarna hitam. Sambil tangannya mencapai topi di belakang pintu utama.

"Oi duk sengih-sengih apa ka hang nak sengih macam kerang busuk tu cepatlah!" Aqhar berkata dalam nada yang menggesa.

"Ish ya ya sabarlah." Adira terus meluru kearah tudung sarung navy bluenya dan menyarung kasut sukan berwarna hijau cair. Mereka jalan beriringan ke arah pagar rumah. Adira mengunci rumah sebelum keluar lalu membaling kunci rumah kepada Aqhar. Sedikit sahaja lagi kunci itu hendak jatuh ke dalam longkang yang berada di hadapan rumah mereka. Mereka bernasib baik kerana Aqhar sempat menyambut kunci. Aqhar menarik nafas lega lalu memandang Adira dengan pandangan yang menahan geram.

"Eish hang ni! Kalau jatuh tadi tak pasai kena pecahkan pintu rumah." Bebel Aqhar sambil bercekak pinggang. Adira hanya mengiyakan sahaja jika dia menjawab makin panjanglah bebelan tidak bertauliah Leftenan Aqhar.

"Huft. Nasib aku ni penyabar. Dahlah jom kita lumba lari siapa sampai bangku hujung tu dulu dia menang." Aqhar tersengih kerana dia tahu Adira tidak mampu mengatasi kelajuannya. Sebelum berlari mereka meregangkan badan. Adira pula hanya menjulingkan matanya ke atas apabila mendengar perkataan 'penyabar' itu. 

"Okey kita lumba lari" Kata Adira sambil menolak tangannya ke atas untuk membuat regangan.

"Ok jom 3..2..1.. Mula!" Adira mula mengira.

Berdesup Aqhar lari tidak sampai 9 saat dia sudah tiba di bangku yang dinyatakan tadi manakala gadis itu masih di tengah jalan. Adira meneruskan larian walaupun ditinggalkan. Dia tiba dan mengomel kepada Aqhar dengan nada yang tidak puas hati. "Wei! Mana aci! Hang takpalah setiap hari practice. Ish.." Tangannya disilangkan di dada sambil berpusing ke arah bertentangan dari Aqhar

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 20 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KEBANGKITAN YANG DITUNGGU (OG)Where stories live. Discover now