08

203 29 10
                                    

MATI langkah Hafiq serta-merta apabila diganggu dengan deringan telefon yang berada di dalam poket seluar. Hampir saja pintu kaca Meribella Bakery Café ditolak sebelum tangannya pantas menyeluk ruang belah kanan jeans hitam yang sedang dikenakan untuk menyambut panggilan. Perlahan, kaki dihayun ke tepi, membawa langkah ke penghujung premis perniagaan. Meribella Bakery Café yang terletak di deretan terakhir belah kiri itu membolehkan Hafiq untuk berdiri di luar dengan selamat kerana tak ramai yang lalu-lalang di kawasan tersebut.

"Waalaikumsalam. Ya, mama." Salam disambut Hafiq sebaik sahaja suara Puan Elysha di hujung talian menyapa dahulu.

"Fiq dekat mana tu? Ada schedule ke hari ni? Kalau free, mama nak ajak Fiq teman mama keluar. Boleh tak? Kita pergi makan, pergi shopping. Dah lama Fiq tak keluar dengan mama, kan? Asyik sibuk aje memanjang."

Berkemut-kemut wajah Hafiq tika ayat akhir itu dikemukakan oleh Puan Elysha. Soalan lain itu tak ada hal dia nak jawab, tetapi hujung bicara wanita tersebut agak merunsingkan kepala Hafiq untuk membalas.

"Alah, ma... Fiq bukan sengaja tak nak teman mama keluar. Mama tahu kan sebelum ni Fiq busy dengan shooting?"

"Hmm, tahu..." Suara Puan Elysha kedengaran berjauh hati. Entah benar-benar serius atau ingin bergurau sahaja dengan Hafiq.

Resah, tangan Hafiq spontan membetulkan kedudukan topi di atas kepala lalu oversized blazer yang sedang digayakan itu ditarik ke dalam bagi menampakkan lebih kemas.

Pabila sepasang matanya bertentang dengan Noah, jejaka itu terus mengangkat kening kepada Hafiq. Dia tertanya-tanya asbab Puan Elysha tiba-tiba menghubungi Hafiq pagi-pagi begini.

Baru beberapa hari lepas Hafiq pulang ke rumah keluarganya, takkan Puan Elysha tidak puas lagi berjumpa dengan si anak?

Hafiq tidak memberi balasan apa-apa, tetapi dia mengangkat tangan sebagai tanda 'sekejap' kepada Noah. Telinga dipasang dengan tekun untuk mendengar kata-kata Puan Elysha.

"Fiq boleh teman mama, tapi mama nak keluar bila?"

"Mama tengah siap-siap nak keluar dah ni."

"Sekarang?!" Ruas dahi Hafiq automatik berkerut. Terkebil-kebil dia pandang Noah. Aduhai, macam mana pula dia nak teman Puan Elysha kalau sekarang mereka dah sampai sini. Pula tu, ada janji temu dengan seseorang.

"Hmm, sekarang. Kenapa? Fiq ada hal ke?"

"Err, ma... kalau pagi ni tak boleh la sebab Fiq nak kena jumpa someone." Berhati-hati Hafiq susun bait bicaranya. Bimbang Puan Elysha terasa dengan penolakan tersebut, walaupun sebelum ini memang Hafiq banyak berdalih sebab dia tak suka Puan Elysha heret dia sekali apabila keluar bersama kawan-kawan wanita itu.

"Lah... ya ke? Kalau macam tu tak apa la, mama faham. Lain kali, Fiq kena simpan masa untuk mama siap-siap ya. Tak boleh ada alasan lagi." Puan Elysha memberi amaran.

Terangguk-angguk kepala Hafiq biarpun tidak kelihatan melalui corong telefon. "Okey, ma. Fiq janji next time kita spend time masa sama-sama ya?"

"Yalah, elok-elok dekat luar. Sarapan jangan lupa."

"Hmm, mama pun. Take care, breakfast mahal-mahal sikit. Nanti Fiq transfer duit dekat mama okey? Sebagai tanda minta maaf."

"Tch! Ingat mama heran sangat ke dengan duit Fiq? Apalah sangat harta tu nak dibandingkan dengan masa Fiq yang berharga." Puan Elysha berdeham. "Kalau boleh, transfer la lebih-lebih sikit. Dapat banyak pahala."

Hafiq tergelak. "Baik, mamaku sayang. Nanti Fiq bagi duit untuk shopping sekali. I love you, ma."

Usai Puan Elysha menyudahkan kata-kata terakhir, Hafiq matikan panggilan. Telefon disimpan rapi di dalam poket seluar.

Love, In Action! | ON-GOINGWhere stories live. Discover now