Setahun kemudian...
"Mahkamah telah mendengar semua bukti dan hujah yang dikemukakan. Berdasarkan keterangan yang ada, tertuduh didapati bersalah atas tuduhan pemerdangan organ. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, mandatori ke atas tertuduh."
Tiga kali ketukan kedengaran dari meja pihak hakim menandakan hukuman telah dijatuhkan secara muktamad. Suara tangisan dan bisik-bisik bercampur baur menghiasi ruangan mahkamah.
"Dengan ini, mahkamah bersurai." Dan para hakim mula berjalan keluar daripada ruangan bilik mahkamah.
Raja Kashim merenung kosong meja di hadapannya. Usapan oleh peguam bela di bahunya langsung tidak dapat menenangkan jiwa yang sedang kocak gelisah itu.
Hukuman ganting sampai mati, mandatori, bermaksud tiada lagi rayuan yang akan dipertimbangkan oleh pihak hakim. Mahkamah perlu wajib menjatuhkan hukuman mati melalui gantung tanpa pilihan hukuman lain disebabkan oleh jenayah yang telah dilakukan sangat keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan.
"Pergi mampus lah kau dalam penjara sana! Pembunuh!!!" Herdik salah seorang lelaki yang turut berada di dalam bilik mahkamah tersebut.
Raja Kashim memandang tajam lelaki itu. Amarah terasa meruap-ruap dan tanpa disangka, dia terus meluru mendekati lelaki itu namun dengan pantas dihalang oleh beberapa orang pegawai polis yang sedang mengawal.
Tangannya yang bergari kemas direntap sedikit kuat oleh pegawai polis namun itu tidak mematahkan renungan membunuhnya kepada lelaki tadi.
"Kau tu dah bunuh orang! Memang patut kena herdik macam ni! Bodoh punya raja!! Pergi mati lah kau dengan anak bini kau!!!"
Dan tatkala itu, ingatannya menerawang mengingati anak gadisnya yang telah dijatuhi hukuman beberapa bulan yang lalu. Puteri Mirdal... Anaknya... Telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana turut menjadi salah seorang rakan subahat dalam menjalankan aktiviti pemerdangan organ serta penculikan. Tidak lupa juga dalang di sebalik kemalangan Putera Han dan Bunga pada beberapa tahun yang lalu.
Permaisuri Ratna pula, dikenakan hukuman penjara selama tiga puluh tahun kerana berdiam diri dan turut dikira sebagai rakan subahat. Raja Kashim mengikut longlai langkah pegawai polis yang memegang kiri dan kanan tangannya. Tubuhnya longlai dan dunia terasa hening. Masa pula seakan membeku.
Manusia sekeliling begitu berpuas hati dengan segala keputusan dan membiarkan ianya mengalir lalu terjatuh ke dalam arus takdir yang telah ditetapkan. Berakhirnya kes ini, kisah ini bakal ditutup. Namun... Kesan dan akibatnya akan terus melekat di kalbu mereka yang terlibat. Sekali gus menjadi coretan halaman sebagai sejarah yang belum selesai.
YOU ARE READING
Bunga, A Lady In Waiting [COMPLETE]
RomancePerkenalan bersama anak raja, hanya sekadar batas perkerjaan. Tidak dibenarkan mempunyai sebarang perasaan. Sayang, cinta dan kasih. Semua ini adalah halangan. Halngan bagi seorang pemangku diraja untuk meluaskan empayar. Sakit? Sudah semetinya. Tap...