Di pagi yang indah, mentari menyinari perlahan-lahan di celah awan, memberikan kehangatan lembut. Suasana rumah Zayn begitu tenang, hanya bunyi kicauan burung yang menyambut hari baru.
Zayn, seperti biasa, sudah keluar awal untuk ke tempat kerja, meninggalkan ciuman ringan di dahi Sofea dan Ziyad sebelum berangkat.
Sofea kemudiannya bersiap-siap. Hari ini, dia dan anaknya Ziyad akan pergi membeli-belah bersama rakan baiknya, Mawar.
"Iyad, cepat sayang. Kata nak jalan-jalan dengan Aunty Mawar," panggil Sofea lembut.
Ziyad, yang masih berbaring di katil sambil memeluk bantal, tersenyum lebar dan melompat dari katil.
"Yay! Iyad tak sabar nak ikut Aunty Mawar, nanti dapat makan aiskrim!" ujar Ziyad, dia berlari ke arah Sofea.
Sofea ketawa kecil melihat gelagat anaknya. "Ye, ye. Tapi, Iyad kena mandi dulu, mana boleh pergi jalan kalau Iyad tak mandi lagi. Bau busuk..."
Iyad mengangguk kepalanya laju, dan dia terus berlari mengambil tuala dan menuju ke arah tandas.
"Haish...lajunya..." bisik Sofea dalam hati.
Selepas beberapa minit, mereka berdua siap sepenuhnya. Ziyad hanya memakai baju bewarna biru dengan gambar superhiro kegemarannya, manakala Sofea tampil ringkas tetapi anggun dengan abaya nya.
Sedang menunggu di ruang tamu, akhirnya deruan enjin kedengaran di luar rumah. Mereka melihat sesosok wanita yang memasuki ruangan rumah itu.
"Mama! Aunty Mawar dah sampai." jerit Ziyad dengan keterujaannya.
Senyuman manis terukir di wajah Sofea, dia mengusap lembut kepala Ziyad. Ziyad melompat gembira dan berlari kecil menuju pintu, Sofea mengikut di belakang dengan langkah tenang.
"Aunty Mawar!"jerit Ziyad lagi, kali ini lebih dekat.
Mawar ketawa kecil, membuka tangannya, dan memeluk Sofea erat sebaik sahaja mereka bertemu. Sofea membalas pelukan itu dengan hangat.
Selepas melepaskan pelukan, Mawar mengalihkan perhatiannya kepada Ziyad. Dia membongkok sedikit dan mencium lembut dahi Ziyad, yang tersenyum lebar.
"Ya Allah, hansemnya anak buah Aunty ni..." puji Mawar sambil mengusap rambut Ziyad.
Ziyad tersipu-sipu sambil memegang tangan Sofea erat. "Papa cakap, muka Iyad macam muka papa waktu kecik."
Mawar memberi senyuman manis, dia terus menangkat Ziyad dalam pelukannya. Mereka terus melangkah menuju ke arah kereta Mawar dipakirkan.
"Aunty, kita nak pergi mana lepas ni?" tanya Ziyad dengan penuh rasa ingin tahu.
"Iyad dah breakfast?" tanya Mawar.
Ziyad menggelengkan kepalanya, "Iyad lapar." ujarnya.
"Okay, okay, kalau macam tu, kita pergi breakfast dulu, lepastu baru kita fikir nak pergi mana, ya?"
"Okay Aunty Mawar..." balas Ziyad dengan nada yang ceria.
Di dalam kereta, suasana ceria dipenuhi dengan gelak tawa Ziyad yang tidak sabar untuk sampai ke destinasi. Sofea duduk di sebelah Mawar, memandang ke luar tingkap sambil tersenyum melihat kegembiraan anaknya.
Mawar memandu dengan tenang sambil berbual-bual santai dengan Sofea, menyentuh tentang kehidupan mereka, tentang Ziyad yang semakin membesar, dan tentang masa depan yang mereka harapkan untuk anak kecil itu.
Setelah melangkah keluar dari kereta, Sofea, Mawar, dan Ziyad bergegas menuju ke pintu masuk mall yang besar dan megah itu. Lampu-lampu neon yang terang benderang menyinari laluan mereka, sementara deretan kedai dan kafe menghiasi setiap sudut mall tersebut.
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...