Content Warning!
Ada gambar alien di akhir chapter
.
SIANG berganti malam, minggu berganti hari. Sedar-sedar hanya berbaki tiga hari sebelum festival Sekolah Menengah Tinggi Haji Osman bakal bermula. Persiapan untuk tema escape room mereka pun telah berada di peringkat terakhir.
Test-run atau dalam Bahasa Melayunya, ujian percubaan.
Kesemua pelajar 5 Sains akan melakukan ujian praktikal untuk menguji keberkesanan bilik permainan yang dicipta mereka. Empat orang wakil dari setiap kumpulan diarahkan menjadi pemantau di checkpoints masing-masing. Sementara 15 pelajar yang lain dibahagikan kepada empat kumpulan secara rawak.
Setiap kumpulan akan melalui semua ruangan bermula dari bilik bertemakan Matematik, Sejarah, Bahasa dan berakhir dengan bilik Sains.
Awani sudah dapat menduga dari awal bahawa dia bakal dipilih sebagai wakil untuk kumpulan logistik. Jadi dia hanya mengangguk kecil apabila Tengku Naufal bertanya jika dia bersetuju dengan undian majoriti.
Sementara menunggu kumpulan pertama tiba di checkpoint bilik Sains, Awani mengambil peluang untuk memeriksa peralatan dan bahan yang disediakan di ruangan tersebut. Bahkan dia mencuba menambahkan pewarna merah, serbuk kapur, dan baking soda ke dalam salah satu tabung uji yang tersedia cecair hijau.
Setelah Awani pasti semuanya berjalan seperti yang dirancang, dia kembali duduk di kerusi. Selain memantau para peserta, tugas Awani juga adalah untuk memastikan tiada kemalangan yang berlaku. Dia yang akan dipersoalkan jika ada para peserta yang tercedera ketika menjalankan permainan. Kesemua laluan kecemasan dan prosedur rawatan awal telah dihafalnya jika berlaku kecelakaan yang tidak dijangka.
Empat puluh lima minit menunggu, akhirnya tirai yang menjadi pemisah ruangan akhirnya terselak.
Wajah Zunirah yang dahulu menyapa pandangan Awani. Bibirnya langsung mengukir senyum tatkala wajah keempat-empat rakan sekelasnya tampak terpegun dengan hiasan bilik Sains mereka.
Terlebih lagi apabila mereka mendapati ada sebuah tangki di atas meja yang mengandungi makhluk aneh di dalamnya.
"Eeww, apa tu? Duyung ke?"
Amelia yang mendekati tangki itu kembali berundur ke belakang. Mukanya terpampang riak geli setelah melihat makhluk asing tersebut.
"Duyung apa yang ada kepala ular? Mungkin ini Medusa?" Teka Adira pula yang tidak menunjukkan reaksi takut seperti Amelia.
Manakala Aaliya yang masuk paling akhir tidak berganjak dari posisinya di muka pintu. Wajahnya pucat tanpa darah melihat alien yang berupa seperti duyung namun berkepala ular tersebut.
Kemudian, matanya beralih ke arah Awani yang berada berdekatan. Dengan suara gugup, Aaliya bertanya kepada Awani.
"A-Awani. B-Benda tu tak gerak kan? A-Aku ada fobia dengan ular." Ujarnya yang sesekali melirik tangki tersebut.
Soalan yang tidak disangka-sangka itu membuat Awani tersentak. Dia mengangguk laju sebelum mula memberi penerangan.
"Jangan risau, Aaliya. Itu cuma ukiran daripada tanah liat. Benda tu tak boleh bergerak pun." Jelas Awani apabila dilihat gadis itu hampir menangis.
Mendengarkan itu, barulah Aaliya dapat bertenang sedikit. Namun dirinya masih tidak selesa dengan keberadaan makhluk aneh itu. Jadi dia bersembunyi di belakang Zunirah yang juga agak takut dengan alien tersebut.
YOU ARE READING
PENOLONG KETUA KELAS [OG]
Teen Fiction𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 Penolong Ketua Kelas by honey_buzz. ✓ Teen Fiction ✓ School Life ✓ Slice Of Life ✓ Drama 『✎ Start : 2.8.2024』