"Cikgu, dia ni yang mulakan dulu!"Garang Adelina membantah apabila hanya orang tuanya sahaja yang dipanggil hari ini.
Tidak adil. Sepatutnya orang tua pelajar lelaki ini juga seharusnya di panggil!
"Raisa Adelina, behave" keras Aayden berbisik pada Adelina. Dia kembali duduk di tengah antara Aayden dan Camelia.
Dengan tajam dia menjeling pelajar lelaki tersebut. Benci!
"Siapa nama kamu?" lembut Camelia bertanya.
Isaac mengalihkan pandangan memandang ibu kepada Adelina. Dia tersenyum nipis.
"Isaac Danish, puan"
Adelina menjuling bola mata keatas menunjukkan betapa menyampahnya dia dengan Isaac. Cakap lembut konon, meluat.
Camelia mengangguk. "Isaac ada kacukan ke?"
soal Camelia dengan ramah.Tersengih kekok Isaac. "Ye puan. Daddy asal dari Thailand. Mummy saya asal Kuala Lumpur"
"Pa..." Belum sempat Camelia menghabiskan ayat, terus Aayden berdehem. Mengecil matanya memandang Camelia.
'Oppsss someone is jealous' bisik hati Adelina.
"Papa, jangan cemburu dengan lelaki macam tu. Dia tu gatal kalau papa nak tahu" bisik Adelina tetapi masih mampu didengari oleh Isaac.
"Ewah kau, sedap mulut je nak cakap aku gatal kan?"
"Eh perasan kenapa? Aku ada sebut nama kau ke?" balas Adelina dengan pedas.
Pening kepala Aayden dan Camelia melayan kerenah dua orang ini.
"Cukup, saya panggil kamu berdua kesini bukan untuk bergaduh. Saya dah fikir denda yang akan kamu berdua akan jalankan" kata Cikgu Wahab dengan tegas.
"Denda apa tu cikgu?" soal Isaac. Adelina juga memasang telinga.
Cikgu Wahab memandang Isaac dan Adelina bersilih ganti. Dia menghembus nafas.
"Kamu berdua di denda untuk kemas stor sukan bermula hari ini sehingga hujung minggu ini. Habis jam 4 petang"
"What?! Saya kena kemas dengan dia?" serentak Isaac dan Adelina berkata. Mereka terus terbangun daripada kerusi masing-masing. Terus mereka memandang sesama sendiri.
"No excuses. Titik" ringkas dan tegas Cikgu Wahab bersuara. Dia sedaya upaya menahan diri agar tidak menengking kedua-dua pelajar ini dihadapan Aayden dan Camelia.
Aayden dan Camelia hanya bersetuju sahaja dengan denda yang diberikan kepada Adelina. Bagi mereka, Adelina perlu di ajar agar tidak melakukan sesuatu di luar akal fikiran.
Aayden juga sudah memarahi Aaydan agar tidak mengajar perkara yang aneh-aneh kepada anaknya yang seorang ini. Tetapi balasan daripada Aaydan cukup untuk menaikkan lagi darah Aayden.
"Alah, aku ajar sikit je. Baru dia pandai jaga diri nanti"
Pening Aayden melayan perangai nakal anak bongsunya.
Boleh heart attack papa kalau selalu dapat kejutan macam ni Raisa Adelinaaaa!
🪽🪽🪽🪽🪽
Isaac berdecit keras apabila bola yang sudah di simpan kembali berterabur di atas lantai.
"Adel! Kau ni nak kemas stor ke kau nak sepahkan lagi stor ni?" soal Isaac sambil mencekak pinggang.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...