17 : Keluarga

12 2 0
                                    

Ain menatap sayu tanah yang masih baru dikambus. Nisan sementara daripada kayu diusap perlahan.

"Selamat tinggal, cinta pertama Ain. Ayah selamanya hidup dalam memori Ain." Ain meninggalkan tanah perkuburan Islam itu. Kali ini hatinya tidak terlalu berat seperti ketika mama pergi.

Mungkin... Kerana ayah telah menyakiti hati rapuh miliknya?

Aunty Sephia yang berkerusi roda dia hampiri.

"Assalamualaikum mak cik tua pembunuh," tegur Ain.

"Waalaikumussalam. Apa kau cakap ni budak?" Sephia tersenyum sinis.

"Kau ingat, aku tak tahu kau racun arwah ayah?" Ain melutut di hadapan Sephia.

"Kesian kau kan. Yatim piatu." Sephia ketawa jahat.

Ceh, dasar antagonis sejak lahir.

"Kesian kau kan, miskin dah sekarang." Ain meniru gaya Sephia tadi.

"Aku ada dua rumah banglo bapak kau belikan."

"Untuk pengetahuan kau, buaya tua kerepot... Semua harta bapak aku atas nama Tuan Najmuddin Fathullah, Tuan Mikail Ghaffar, Tuan Afif Huzair dan Tuan Ain Irrisa. Kenapa? Oh, sebab sebelum kau racun arwah ayah, ayah dah tahu semuanya dan tukarkan nama waris SEMUA aset, termasuk banglo kau tu. Sekarang siapa yang kalah?" Ain ketawa hebat. Sephia terpaku.

"TIDAK!!!" Sephia seolah orang gila. Dia meraung dan meratap.

Tak berguna.

"Mungkin kau boleh menang atas nama kejahatan, tapi ingat. Allah tu Maha Adil." Ain menepuk bahu Sephia sebelum berlalu pergi.

"Syah, kau kan kerja. Nanti siapa jaga mak kau tu?" Tanya Ain sebaik tiba di kawasan parkir kereta. Semua abangnya termasuk Syah berkumpul di situ.

Mengapa tak masuk? Kerana Najmuddin masih tidak sihat dan tidur di dalam kereta. Enjin dimatikan dan si sulung itu membuka tingkap. Itulah mengapa Ghaffar, Afif dan Syah turut di situ.

"Bakal isteri dengan adik perempuan aku," jawab Syah.

"Hah, kau dah nak kahwin!?" Afif yang santai mencabut rumput tadi terus melompat dan menerpa Syah.

Well... mereka dah berbaik. Seronok apa tambah koleksi abang?

"Ikut perancangannya hujung tahun nanti. Ingatkan dapatlah merasa ada ayah, rupanya tak sempat. Tapi tak apa, asalkan belah perempuan ada ayah lagi." Syah tersenyum redup. Suasana hiba menyelimuti kawasan itu.

"Tak apa. Kau mungkin tak ada ayah dah tapi kau ada ramai adik sekarang." Ghaffar menepuk bahu Syah.

Oh terlupa, Luqman juga ada di situ. Dia hanya bersandar pada kereta dan bermain telefon.

Sekarang, naik stres Ain mahu menjaga aurat di rumah. Tiba-tiba Syah datanglah, tiba-tiba Luqman datanglah, tak boleh ke kalau datang tu bagi tahu dulu?

"Luq, hidung kau berdarah," tegur Afif. Benda biasa, biarlah.

"Oh," balas Luqman, pendek. Dia terus mengambil tisu di dalam poketnya dah mengelap darah itu.

"Jadi, nak tipu lagi kau sihat?" Tanya Ghaffar, penuh makna. Syah pula bingung dengan situasi ini.

"Kau ingat aku tak tahu, kau jumpa doktor waktu pergi Indonesia hari tu? Jangan salahkan BFF kau si Aeril tu. Kita orang yang ugut dia." Afif merenung tepat ke dalam mata sepupunya.

"Kalau tahu pun tak ada guna. Tak boleh sembuh." Luqman tertawa sinis.

"Mak ayah kau tahu?" Soal Ain.

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now