~NOT EDITED~
Ting! Ting! Ting!
Aku capai telefon pintar dari poket beg laptop aku.Tak lain dan tak bukan, aku dapat mesej dari senah sorang ni. Dah ape pasal minah ni spam mesej dekat aku awal pagi ni?
"Wei perempuan! Kau kat mana ni?"
Seperti biasa, tanpa salam tanpa apa terus di perempuankan aku, itulah perangai seketul Ilyana Ayesha. Bukan nak kata salah tapi ye lah, mama ayah aku bagi nama aku sedap kut! Nur Delisya Binti Muhammad Dani Asyraf, ha kan sedap tu!
"Dah kenapa kau ni? Aku tengah otw la ni."
"Lari weh lari! Lecture kita dah nak sampai ni!"
Eh senah ni? Tak pernah-pernah suruh aku berlari ke kelas dari zaman diploma sampai zaman degree sekarang tiba-tiba suruh aku berlari dah kenapa?
" Dah kenapa? Kalau aku lambat pun, aku lambat berapa minit je."
"Kau tak faham! Kau kena ada dengan aku untuk first impression"
Perempuan ni ingat nikah ke nak ade first impression bagai?
"Memang aku tak faham pun dengan kau ni, dari dulu sampai sekarang."
"Eishh cepatlah!!"
Geleng kepala aku dibuatnya, tak faham apa yang dia cuba sampaikan.Semester baru nak start ni, terlalu awal untuk aku menghadapi drama senah tu. Tetapi belum sempat aku membalas mesej itu, bahu aku dirempuh ke belakang seperti dirempuh oleh tiang di tengah jalan.
Tapi sebelum otak aku dapat proses apa yang yang berlaku, ada suara lelaki yang agak dalam mengeluh kasar di belakang aku. Tapi bila aku toleh ke belakang...
Orangnya tinggi, berpakaian kemas...segak pun segak jugak...dan yang penting dia pakai cermin mata sama model macam aku...ni kali pertama aku nampak orang berpakaian elok macam ni dalam kampus...
mungkin orang atasan kot...tapi...asal pandangan dia sejuk semacam?! Pandangan dia memang nak tengok roh orang ke ape sampai meremang aku dibuatnya.
"Tsk! Can't you use your eyes when you walk?"
Eh? Aku pulak yang kena marah?
"I'm sorry about that. Tapi pakcik yang sepatutnya boleh elak je saya. Terang lagi bersuluh saya tengah menghadap telefon saya tadi." Ujar aku dengan suara yang tak seberapa ikhlas nak minta maaf.
"Eh, budak. Allah dah kurniakan dua mata, tambah lagi awak pakai cermin mata, jadi dikira sudah bermata empat pun masih tak nampak? Ke power cermin dah naik? Muka macam saya awak panggil pakcik?" Bercakap dengan nada yang kasar sambil silang kedua tangannya di bahagian dada.
Mamat ni di budakkan aku? Dengan rupa aku comel lagi menawan ni dia budakkan? Itu biadap namanya!
"Eh sedap sikit ayat tu eh, memang sesuai pun dengan rupa paras pakcik. Diri sendiri pun bermata empat, ni kan nak cakap orang."
"you should mind your own words little lady. If not, you will regret it later" Amaran di bagi.
"Dah la pakcik! saya dah lambat ke kelas ni. Pakcik pergi la balik rumah ke jaga bini ke eh? Assalamualaikum."
Makin lama makin stress aku dibuatnya. Lagi lama aku melayan lagi annoying jadinya, baik aku pergi dulu. Sebelum mamat tu sambung bercakap, aku pusing ke arah lain lalu berjalan ke arah kelas aku yang sepatutnya sudah sampai kalau tidak bertembung dengan pakcik yang entah muncul dari mana.
YOU ARE READING
Hasrat Terakhir "Cinta Yang Tidak Dijangka"
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang pelajar Universiti yang bernama Nur Delisya yang sedang sedaya upaya berusaha untuk menghabiskan degree nya dan seorang pensyarah yang bernama Aryan Iskandar atau diberi gelaran sebagai Dr Aryan Iskandar, pensya...