༻ ༺
"Darya, apa khabar? Datang sini tak bagitahu mama pun. Tapi tak apa, mama dah lama tak berborak dengan Darya. Rindu." sapa Datin Daliya seraya melabuhkan punggung di atas sofa.
Tangan lembut mencapai tangan Darya, untuk mengajak si gadis itu turut duduk disebelahnya.
Darya tersenyum lebar setelah mendengar celoteh wanita tua itu, tangan menapak di atas tangan Datin. Ibu jari mengelus lembut pada bahagian belakang tangan wanita itu.
"Alhamdullillah, Darya sihat je ma. Sorry tak bagitahu yang Darya datang sini, Darya datang pun sebab Darya rindukan mama Daliya juga tau!" balasnya lembut sebelum kedua-dua mereka melepaskan tawa di ruang tamu.
"Hayyes, mana? Dia tak ikut kamu sekali ke, Darya?" Soal Datin, keningnya berkerut. Pelik apabila gadis yang baru sahaja kahwin itu datang berseorangan. Mana pergi si suaminya?
"H-Hayyes? Dia sekarang ni duduk dekat kondo dia." balas Darya acuh tak acuh.
"Kondo? Kenapa pulak dia duduk sana, hah? Dia tinggalkan Darya seorang-seorang ke dekat rumah tu?" kini suara Datin yang tenang terus bertukar tegas. Mana tidaknya jikalau gadis yang dianggapnya sebagai darah daging itu dibuat sedemikian oleh Hayyes.
Dimanakah tanggungjawab Hayyes sebagai suami? Biarkan isteri terbiar di rumah itu seorang-seorang? Agaknya ada ke tidak duit di berikan pada Darya untuk si gadis itu hidup selama dia tiada?
Makan? Minum?
Kini otak Datin ligat memikirkan tentang soalan-soalan yang tercetus di kepalanya.
Risau.
Ini semua kerana dia begitu kenal akan lelaki yang bergelar suami kepada Darya. Tengku Shah Hayyes, nama yang begitu terkenal di dalam setiap industri bisnes di Malaysia. Dia terkenal pun bukan di atas kehebatannya mengendalikan hal ehwal syarikat. Tetapi terkenal di atas perangai dan imej buruknya yang tersebar di dalam kalangan industri mereka.
Setiap hari, ada sahaja cerita hangat yang disebarkan oleh staff-staff yang bekerja di dalam syarikat H.R sejak tiga tahun yang lalu. Tidak tahu adakah ia betul mahupun tidak. Tetap nama itu telah dipandang serong oleh syarikat yang lain.
H.R Company. Sebuah syarikat yang telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu syarikat paling berpengaruh di Malaysia. Ini semua kerana kehabatan dan betapa besarnya perniagaan mereka yang meliputi pelbagai sektor.
Antaranya adalah, H.R Airlines. Sebuah jenama dan syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Selain itu, syarikat ini juga memiliki bangunan pusat membeli-belah terbesar yang menempatkan pelbagai jenama mewah, restaurant terkenal dan sebagainya.
Last but not least, sebuah hospital swasta milik penuh H.R Company. H.R Valora Private Medical Center, sebuah hospital swasta yang dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini dan juga doktor pakar yang berkualiti.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...