Anak mata koko keemasan milik Han Qaleef Qaydar menatap tajam kearah Hilman Adriel yang berada di hadapannya sambil menjamah nasi lemak dengan penuh selera tanpa menghiraukannya.
Hilman boleh makan dengan tenang!
Tapi dia? dari semalam tidak henti-henti berfikir kemana sahabatnya pergi semalam sehingga pukul 3 pagi baru jumpa jalan balik, itupun dia boleh perasan sebab terjaga bila terdengar pintu dibuka.
"kau pergi mana semalam? aku 𝑐𝑎𝑙𝑙 kau banyak kali tak jawab-jawab" Tanya Han tanpa berdalih.
Tak puas hati pun ada sebenarnya sebab semalam Hilman janji nak main game sambil melepak sampai 2 pagi tapi alih-alih bayang pun tak nampak.
"pergi dating dengan buah hati kau la... apa lagi" balas Hilman tanpa nada, namun dia tetap jujur disebalik balasan nya itu, wajah Han tidak dipandang lalu dia bangun untuk mengambil minuman di dapur.
"kau jangan main-main pasal buah hati aku Riel..aku bunuh kau nanti" tegas Han pula tanpa memaksudkan apa-apa. Dia tidak tahu kenapa Hilman berkata begitu, saja nak sakitkan hatinya atau punya maksud lain disebalik itu.
"suka hati kau la nak percaya ka tak....."
"ehh tapi kan.. kau bukannya kenal sangat pun awek baru yang aku nak 𝑡𝑟𝑦 tu.... tu tandanya kau main-main jelahkan?" Soal Han lagi.
"Apa apa la Qay.. sekarang dah.. jom gerak, sat gi lambat kena tinggal" ajak Hilman untuk mengelakkan diri dari disoal.
Sengaja dia biarkan persoalan Han tergantung sepi kerana dia sudah penat asik sibuk mencari alasan untuk mengalihkan perhatian Han...
Bukan sengaja tapi lebih kepada terpaksa!
Sebenarnya dia tidak mahu rosakkan persahabatan mereka yang terbina sudah 16 tahun lamanya, dia sayang kan persahabatan mereka, kalau boleh dari dulu lagi dia mahu jujur dengan Han tapi dia tidak mampu, ini semua demi si gadis itu.
16 tahun yang sangat memaksa dirinya, menjadi duri dalam daging, duri yang sangat berbisa sehingga mampu buatkan hati seorang Han tertutup rapat untuk mana-mana perempuan.
16 tahun itu juga dia sendiri menjadi saksi dimana kesetiaan tulus seorang lelaki bernama Han Qaleef Qaydar kepada seorang budak perempuan bernama Adriana yang dikenali juga Ryn a.k.a 𝑔𝑖𝑟𝑙𝑓𝑟𝑖𝑒𝑛𝑑 Han.
Dia tahu segalanya, dari mula Ryn menjadi 𝑔𝑖𝑟𝑙𝑓𝑟𝑖𝑒𝑛𝑑 Han kerana Han sendiri yang menceritakan hal itu dan dia juga mendengar dari mulut si gadis itu.
Macam mana dia boleh tahu dari gadis itu? kerana dia membesar bersama-sama gadis itu sehingga dia menjadi tempat gadis itu meluahkan segalanya dan dia juga lelaki yang diamanahkan untuk menjadi pelindung gadis itu.
Begitu juga dengan Han, Han seorang yang tidak mudah bergaul dengan orang lain, 𝑖𝑛𝑡𝑟𝑜𝑣𝑒𝑟𝑡 la katakan seperti nya, tidak ada ramai kawan sebab itulah ketika di sekolah Dairus Salam dulu mereka berkawan rapat... mereka faham antara satu sama lain.
Mereka berdua seperti belangkas
Segala susah payah dan peritnya ujian ketika di asrama Dairus Salam dulu, mereka akan kongsi bersama, tidak tinggal satu pun kecuali....
Tentang si gadis itu yang tidak pernah Hilman ceritakan walaupun sedikit.
Disaat mana dia diamanahkan untuk menjadi penjaga gadis itu dengan cara menyembunyikan kewujudan gadis itu, di saat itu jugalah Allah mengujinya dengan sahabat sendiri yang ingin mencari keberadaan gadis itu.
Dia hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Antara gadis itu dengan sahabatnya siapa yang harus menjadi keutamaannya?
Gadis yang diamanahkan untuknya?
YOU ARE READING
HQQ: It's Mine Sweetie
Romance"Only mine and forever mine" ~HAN QALEEF QAYDAR '𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖' •𝐻𝐴𝑁 𝑄𝐴𝐿𝐸𝐸𝐹 𝑄𝐴𝑌𝐷𝐴𝑅• •𝐻𝐴𝑁𝐼𝑍𝑍 𝐴𝐷𝑅𝐼𝐴𝑁𝐴• "siapa sebenarnya awak sweetie?" -𝐻𝑎𝑛 𝑞𝑎𝑙...