"MY office." Tuan Nuf mengetuk meja aku sebelum berlalu masuk ke dalam pejabatnya sejurus saja dia tiba.
Aku tanpa diarah lagi terus mencapai iPad dan sempat lagi aku betulkan tudung aku yang sedikit senget. Kaki aku bawa melangkah masuk ke pejabat Tuan Nuf bersama ketukan kecil di atas dedaun pintu.
"Come sit."
Aku hanya turuti saja kemahuannya. Tak ikut nanti keluar pula haiwan peliharaan dia.
"Hari ini Tuan Nuf tak ada..."
"Diam sekejap."
Aku terdiam. Sudahnya iPad aku tutup dan aku menunduk menekur tanganku yang tak keruan memegang iPad. Dah serupa orang nak terkucil pun ada juga.
Seminit. Dua minit. Tiga minit.
Aku mengeluh dalam diam. Kepala aku angkat dan tak semena-mena mata kami bertembung sama. Aku berdehem kecil.
"Tuan Nuf..."
"What are you plans for the future?"
Mata aku terkebil-kebil.
Dia ni betul ke tak? Semalam tanya aku ada boyfriend ke tak. Sekarang dia tanya masa depan aku. Sah bos aku ni otak biul.
"Err... saya belum plan apa-apa, Tuan Nuf." jawabku kurang pasti.
Yalah, aku belum pasti lagi dengan apa yang terjadi di masa depan tapi setiap perempuan pasti inginkan masa depan mereka dengan memimpin tangan suami bersama anak-anak. Cuma masalahnya aku belum jumpa lagi pendamping hidup aku tu.
"Tak akan tak ada rancangan apa-apa."
Kening aku bertaut sama.
"Berapa tahun kau kerja dengan aku?" soalnya lagi.
Aku mengira di dalam otak sambil bibir aku terjuih ke depan berfikir.
"Dalam... enam tahun." balasku.
"Dalam enam tahun kau kerja dengan aku ni apa yang kau nampak dari aku?"
Soalan apa pula ni?
"Err... Tuan Nuf kacak?" aku tersengih.
"Gosh, Tihani! Not that. Anything but not about my appearance."
Aku cuma mengingatkan apa yang aku nampak pada Tuan Nuf 6 tahun ke belakang.
Apa yang aku tahu?
Tuan Nuf degil orangnya dan keras kepala. Kalau pasal keluarga, aku cuma pernah terserempak mereka 3 bulan sekali. Itupun bila ada majlis syarikat je.
Oh! Tuan Nuf ada bekas tunang, Maya. Alasan mereka putus tak ada siapa yang tahu melainkan Tuan Nuf dan keluarga Tuan Nuf sendiri saja. Yang aku tahu, Tuan Nuf memang cinta mati dengan Maya. Itu je yang aku dengar.
"Saya tak faham. Maksud Tuan Nuf?"
"I needed a wife, Tihani. Tak faham lagi ke?"
Aku meng'oh'kan saja sambil mengangguk kepala.
"Tuan Nuf nak saya carikan ke?"
Tuan Nuf menepuk dahi.
"Gosh! Lembabnya kau ni Tihani. You know about me and I know about you. I needed a wife dan kau pun tak ada sesiapa sekarang ni. Pull some strings." jelas Tuan Nuf.
Aku masih blur. Tak faham.
"Tuan Nuf nak kahwin dengan saya lah ni?" aku meneka tanpa sedar apa yang terpacul keluar dari mulutku.
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
Romance[update on friday and sunday] "Bila mulut gagal mengatakan Namun mata membicarakan segalanya." • • Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doa ku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta melai...