part 47

22 3 0
                                    


Dua pasang mata tajam masih lagi tak berhenti merenung sesama sendiri. Cukup dengan isyarat mata, mereka boleh faham apa yang disampaikan satu sama lain.

Kau pergi dulu.

Asal aku pulak ?

Haritu aku dah kena, kau pulak.

Mana aci.

Apa tak aci ? Aci lah tu.

Clarissa berdehem kuat mengejutkan dua manusia yang sibuk bertengkar guna isyarat mata.

" Korang ni takde kerja ke lain ke? " soal Clarissa malas. Jari jemarinya masih sibuk membelek majalah yang siap tersedia di atas meja ruang tamu.

Perkara hangat berlaku di antara CEO syarikat K' yang diusahakan oleh Dato' Kyle dan syarikat terkemuka dunia iaitu Golden Lyi bertemu. Pada paparan video di atas, jelas kedengaran seperti CEO K' memohon maaf atas kesalahannya baru-baru ini. Apa sebenarnya konflik yang berlaku?

Clarissa belek muka surat seterusnya. Tiada sebarang info lagi? Hesy, memang netizen sekarang tak berapa pandai nak korek rahsia ke? Setakat bermodalkan video semata-mata buat apa.

" Kau lah! " suara Jim cukup nyaring sehingga semua pengawal yang berada di situ tunduk.

" Eh, aku dah kena tau. Kau lah pulak! " suara Raz juga tak beza dengan suara Jim.

" Tak, masalah sekarang ni, kau cuma nak tanya Auliya kat mana kau bole tidur petang ni sebab haiwan Auliya pinjam bilik kau je kan? " Jim picit dahinya yang mula rasa tegang sebab kerenah sahabat bodoh dia di hadapan ini.

" Ye. Kau tolonglah tanyakan. " Raz laju mengedip matanya, minta empati Jim.

" Aku cakap aku taknak kan? " Jim mengeluh perlahan. Ada juga yang makan kaki nanti.

" Kau tak sayang aku eh? " Raz mula merengek manja.

Clarissa boleh jadi gila kalau duduk lama lagi kat situ. Pertengkaran antara Raz dan Jim cukup membuatkannya rasa menyampah. Apatah lagi suara mereka yang nyaring.

" Even kau bagi aku sejuta sekali pun, no. A big no! " Jim silang kan kedua tangannya membentuk X. Tak mahu buat apa yang disuruh oleh sahabatnya.

" Just this time,please? You love me right? " nada suara sebak Raz menandakan dia mahu sangat Jim menolongnya walaupun berakhiran dengan perang dingin. Dia kenal sangat perangai Jim. Suka sangat tarik muka kalau orang lain minta tolong.

" Apa masalah kau ni ? Tapak kaki kau dengan mulut kau tu cacat sangat ke sampai tak boleh nak tanya sendiri? " Jim menjelingnya sekilas. Matanya perlahan tertumpu pada Clarissa yang khusyuk memerhatikan gelagat mereka berdua.

Jim malu.

" Kau ni. Aku minta tolong je pun. Takpelah, aku tidur kat hotel jelah. " Raz mengalah.

" Baguslah kalau macam tu. " gelas ditangannya diletakkan ke dalam singki. Niat nak basuh tapi takpe lah. Nanti maid mesti tolong basuhkan.

Raz mengeluh.

Sesekali matanya terlirik ke arah jam besar di dinding. 4:56 p.m. Oh ye, selalunya sekarang Auliya akan balik rehat sekejap. Itu pun kalau takde urusan luar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now