Di pagi yang indah dan sinaran matahari yang lembut, menyelubungi Sofea saat dia melangkah ke dalam klinik. Udara sgar sedikit sebanyak memberikan ketenangan dalam hati.
Sahabat baiknya, Mawar, yang menghantarnya ke klinik, tidak sempat menemaninya hari itu.
"Sofea, kalau dah siap, jangan lupa call, tau? Aku ada hal sikit." pesan Mawar sambil memandang Sofea dengan senyuman manis sebelum berlalu pergi.
Sofea mengangguk, tersenyum walaupun hatinya merasa ada sesuatu yang akan berlaku. Hari ini, entah kenapa, ada sesuatu yang terasa lain. Fikirannya melayang jauh saat dia duduk di bangku hadapan bilik doktor, menanti namanya dipanggil.
"Sofea Alisa..." suara pembantu klinik memanggil dari pintu bilik pemeriksaan, memecah lamunannya. Sofea terkejut sedikit sebelum berdiri dan berjalan menuju ke bilik doktor.
Dengan senyuman kecil, dia berjalan menuju ke bilik pemeriksaan. Namun, di sebalik senyuman itu, hatinya masih diselubungi kegusaran.
Setelah beberapa minit, Sofea selesai melakukan check up kandungannya. Dia melangkah keluar dari klinik dengan hati yang sedikit lega. Dia mengusap perutnya dengan lembut, bersyukur segalanya berjalan lancar
Saat Sofea ingin menggeluarkan telefon bimbitnya, berniat untuk menghubungi Mawar, tiba-tiba suara yang sangat garau memanggil namanya.
"Sofea..." suara itu sangat jelas, menyebabkan Sofea serta-merta menghentikan segala pergerakannya.
Degupan jantungnya semakin laju, suara itu terasa familiar. Dia berpaling perlahan, dan di hadapannya muncul seorang lelaki yang dia kenali.
"Rafael? Apa awak buat kat sini?" ucap Sofea dengan nada yang sedikit terkejut.
"Tak buat apa-apa. Cuma, saja jer jalan-jalan, tak tahu pulak terserempak dengan awak." jawab Rafael.
Sofea menarik nafas, cuba menenangkan debaran di hatinya. "Owh... saya baru selesai buat check up," jawab Sofea dengan lembut, sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.
Rafael memandang Sofea dengan senyuman yang tenang, walaupun ada sedikit rasa ingin tahu dalam pandangannya.
"Lepas ni awak nak pergi mana?" tanyanya.
Sofea membalas dengan senyuman kecil, cuba menahan kegugupannya. "Saya nak balik terus rasanya, tunggu kawan ambil je," jawabnya perlahan, sambil matanya melirik ke arah jalan, seolah-olah berharap Mawar tiba segera.
Rafael mengangguk. "Kalau macam tu, biar saya hantar. Tak payah susah-susah tunggu," katanya, menawarkan diri dengan wajah yakin.
Namun, Sofea segera menolak dengan lembut. "Takpe, Rafael. Saya balik dengan kawan saya. Dia dah janji nak jemput."
Rafael kelihatan sedikit kecewa tapi dia tidak menunjukkan perasaannya.
"Kalau macam tu, saya teman awak, sampai kawan awak sampai," balas Rafael.
Tiba-tiba, telefon Sofea berdering. Dia melihat nama yang tertera di skrin "Mawar". Dengan pantas, dia menjawab panggilan itu.
"Mawar? Kau kat maa?"
"Sorry, Sofea. Aku lambat sikit, jalan jem ni. Tunggu je kat situ, okey?" suara Mawar kedengaran sedikit cemas di hujung talian.
Sofea menarik nafas panjang, cuba menenangkan dirinya.
"Takpe, aku tunggu je," balasnya.
Sofea merasa sedikit risau dengan kelewatan itu. Setelah menamatkan panggilan, Sofea menghela nafas sambil memandang Rafael. Rafael, yang mendengar perbualan itu, tersenyum dengan lebih yakin kali ini.
"Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik. Lagipun, tak elok untuk awak tunggu lama-lama kat sini," ujarnya, memanfaatkan situasi yang berlaku.
Sofea tersenyum kecil, namun dia tetap menolak ajakan Rafael.
"Takpe, saya okay. Kawan saya dah nak sampai," balasnya lembut, cuba untuk tidak menyinggung perasaan Rafael.
Namun, Rafael tetap tidak berganjak. Dia melangkah mendekati Sofea, cuba meyakinkannya untuk menerima tawarannya. Wajahnya kelihatan tenang, tapi di sebalik senyumannya, ada niat yang sukar ditebak.
"Sofea, saya rasa awak tak elok duduk lama-lama kat sini. Tempat ni bahaya untuk perempuan macam awak." desaknya, kali ini dengan nada yang lebih bersungguh.
Jarak antara mereka sangat dekat, Sofea melangkah sedikit ke belakang, tidak selesa dengan jarak yang semakin rapat antara mereka.
"Saya okay. Terima kasih, Rafael," ucapnya, kali ini lebih tegas.
"Please... saya rasa tak selesa," sambung Sofea lagi.
"Saya... saya sebenarnya," kata-katanya terhenti seperti ada sesuatu yang mengunci mulutnya untuk bersuara.
Sofea tergamam seketika ketika Rafael tiba-tiba menyentuh tangannya, perasaan terkejut dan takut mula menghantui dirinya. Dia cepat-cepat menarik tangannya, wajahnya terkejut, matanya tajam merenung Rafael.
"Rafael, tolong hormat saya. Saya isteri orang," katanya dengan suara yang lebih kuat dan tegas.
Namun, Rafael tidak berganjak. Dia hanya memandang Sofea dengan pandangan yang sukar ditafsirkan, dan jurang antara mereka semakin rapat. Sofea melangkah ke belakang, cuba menjauhkan diri, tetapi Rafael terus mendekati.
"Sofea, please... " ucap Rafael dengan suara yang hampir berbisik, matanya tidak lepas memandang wajah Sofea.
Tetapi Sofea sudah terlalu tidak selesa. Dia tahu, apapun yang Rafael mahu katakan, dia tidak mahu mendengar.
"Tolong sangat-sangat... saya taknak dengar apa pun," Hatinya berdegup kencang, cuba menahan rasa panik yang semakin menguasai dirinya.
Tiba-tiba, suara lantang memecah keheningan.
"Oi!, Kau siapa, ah?!" jerit Mawar dari belakang.
Sofea dan Rafael menoleh serentak, dan kelihatan Mawar berlari ke arah mereka dengan wajah yang merah padam, penuh kemarahan.
"Owh, mamat ni rupanya. Please, berambus dari sini sebelum saya jerit." Mawar terus mendekati, berdiri di antara Sofea dan Rafael.
Rafael memandang Mawar sejenak, kelihatan berbelah bahagi sama ada mahu terus mendesak atau berundur. Namun akhirnya, setelah beberapa saat yang terasa sangat lama, dia menghela nafas panjang dan terus melangkah meninggalkan Sofea dan Mawar di situ.
"Kau okay, Sofea?" tanya Mawar, suaranya kembali lembut.
Sofea mengangguk perlahan, namun wajahnya kelihatan takut.
"Tak apa. Kau jangan risau. Nanti aku report dekat Zayn." ucap Mawar.
Namun Sofea segera menggelengkan kepalanya, "Jangan, Mawar. Please... " rayu Sofea.
Mawar mengangguk perlahan, walaupun dalam hatinya, dia masih merasa ragu dengan keputusan Sofea. Namun, dia menghormati permintaan sahabatnya. Dengan lembut, dia memimpin Sofea menuju ke keretanya. Sesekali, Mawar melirik ke arah Sofea yang masih kelihatan cemas, namun mereka terus berlalu tanpa sepatah kata.
Namun, ada seseorang yang berjaya menangkap gambar di sebalik kejadian tadi. Senyumnya dipenuhi dengan kepuasan.
"Hidup kau tak akan lama, perempuan," gumamnya perlahan, sambil memasukkan telefon itu ke dalam poketnya.
Dia menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju, meninggalkan tempat kejadian dengan niat yang jelas terukir di benaknya.
TO BE CONTINUED
For those yang tak kenal "Rafael", ada di s1 nya key...
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomantizmWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...