"Assalamualikum, nanny!!"Jerit Ayra dan Dayana apabila mereka sudah pun sampai di rumah nanny mereka, tubuh Ayra dan Dayana dipeluk erat oleh nanny dibuatnya macam cucu sendiri.
"Waalaikumusalam"Balas nanny
"Mommy, sihat?"Soal Datin Alina pada ibunya.
"Sihat alhamdulillah, kamu semua ni sihat ke? ni dua ketul mak buyung ni sihat? baby semua okay?"Tanya Nanny pada Ayra dan Dayana.
"Sihat nanny!"
"Ha bagus la kalau macam tu, mari masuk kita makan - makan ramai dah yang tunggu kamu semua"Mereka mengambil langkah masuk kedalam rumah nanny mereka lalu bergerak terus ke arah dapur untuk menjamu selera, ramai yang telah menunggu mereka termasuklah keluarga puan Natisya, Ameer dan Aydan sudah menggenggam tangan isteri masing - masing, semakin lama semakin ketat mereka mengawal isteri mereka apabila keluarga puan Natisya ada.
"Maira!"Ayra terus berlari kecil mendekati Maira, tubuh Maira dipeluk kuat terkejut Maira disitu manakala Ameer dan Aydan pula berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka.
"Dayana sini"Ayra menarik lengan Dayana supaya dekat dengannya kerana dia tahu puan Natisya dan kedua anak perempuannya sedang memperhatikan mereka, Ameer dan Aydan berada di meja makan hanya para wanita sahaja diarahkan untuk kedapur.
"Nanny ada apa-apa lagi nak kami tolong?"Tanya Ayra pada nanny yang sibuk menggoreng ikan, Datin Alina pula sedang memotong sayur-sayuran.
"Tak ada apa dah, kamu bertiga pergi la ke meja makan, rehat-rehat ibu mengandung tak boleh berdiri lama sangat"Ucap Nanny pada ketiga wanita itu.
"Tisya! Clara! tolong nanny goreng ikan ni ha kamu berdua tak buat apa pun dari tadi, perempuan kena buat kerja-kerja macam ni bukan tengok telefon tu aje, nak jadi apalah anak-anak kamu ni Natisya oi!"Bebel Nanny pada Tisya dan juga Clara yang dari tadi hanya main telefon sahaja.
"Tisya tak larat nanny, nanny tak kesian ke dekat Tisya dengan baby dekat dalam perut ni"Ucap Tisya sahaja tekankan perkataan baby apabila Maira,Ayra dan Dayana lalu dihadapannya.
"Alasan, Clara! sini tolong nanny kamu tak boleh nak lari dah kamu aje yang belum kahwin entah bila nak kahwin tunggu muka tu berkedut baru nak kahwin agaknya"Sempat lagi Nanny berbicara tentang perkahwinan.
"Mommy..."
"Apa? kamu nak bela anak kamu ni? itulah kamu terlalu manjakan anak-anak kamu ni cuba la ajar mereka ni jadi macam Ayra,Maira,Dayana,Ameera tu elok aje mereka buat kerja tak perlu disuruh pun, dalam keadaan tak sihat pun boleh aje buat kerja, anak kamu? baru suruh buat kerja sikit tak larat, alasan aje orang lain pun mengandung juga, dah la aku nak ke depan makin stress aku duduk didapur ni"Nanny berlalu pergi.
"Mommy, tolong gorengkan ikan ni, minyak merecik ni nanti kena muka Clara macam mana"Ucap Clara.
"Ha yelah"
"Nanti tolong hidangkan dekat meja ni!"Jerit Nanny pada tiga anak beranak itu.
"Nanny ingat kita ni kuli dia ke? dah nak mampos menyusahkan orang lagi"Ucap Tisya.
"Ish kamu ni mulut tu jaga sikit"Tegur Natisya pada anaknya.
"Tak sangka kan kita boleh pregnant serentak, tapi orang tu dah kali kertiga dah kita dua ni baru pertama kali hm"Ucap Ayra didengar oleh Dayana dan Maira.
"Ala Dayana pun tunggu lama juga nak dapat Mikha tu, Dayana pun pernah rasa apa yang korang rasa, mulut maklong tu memang dari dulu macam tu tak pernah berubah, setiap kali balik je rumah nanny mesti ada aje yang dia tak puas hati"Ucap Dayana.
"Tisya tu dah berapa tahun kahwin Dayana?"Tanya Maira.
"Tujuh tahun dah dia berkahwin"Jelas Dayana.
"Dia tak pernah ada anak ke?"Sampuk Ayra dengar nada sedikit perlahan.
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
General FictionAku seorang pendosa yang engkau cintai