𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 12

17 4 2
                                    

"Q-Qaisara Mailana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Q-Qaisara Mailana..."

'Ya Allah, adakah ini waktu tepatnya...'

Tubuh Qaisara bergetar apabila namanya dipanggil oleh lelaki itu. Lelaki yang telah banyak melemparkan api derita didalam hidupnya.

"Qaisara..." Langkah dibuka mendekati Qaisara, wanita yang dicari-cari selama ini, wanita yang selalu mengganggu fikirannya. Wanita itu ada di depannya sekarang.

Qaisara mengundurkan langkah ke belakang, satu langkah, dua langkah namun Razaleigh tetap maju mendekat.

"Tolong, jauhkan diri awak dari saya," tutur Qaisara dengan wajah yang menunduk. Airmatanya menitis keluar sekarang, kenapa semua tentang Razaleigh dia sangat lemah.

Dia mengira hampir 3 tahun ini dia benar-benar melupakan semua kejadian buruk dia bersama Razaleigh namun itu semua dusta. Dia masih sahaja sama, dia masih gagal.

"Qaisara, please..." Rayu Razaleigh, siapa sangka airmatanya turut mengalir sekarang, setitis demi setitis. Dua perasan yang dia rasa sekarang, bahagia dan kecewa.

Dia bahagia apabila usahanya dalam mencari sosok Qaisara tidaklah sia-sia, Pemilik alam sudah menemukan dia dengan Qaisara. Tapi apa yang membuatkan dia kecewa adalah airmata Qaisara, dia sakit melihat airmata itu terus mengalir membasahi pipi mulus Qaisara.

Dia rasa bahawa dia masih orang yang sama disudut pandangan seorang Qaisara Mailana, kejam dan jahat.

Qaisara mengangkat wajahnya, menatap wajah Razaleigh dalam.

"Saya adalah perempuan jijik yang awak hindarkan dulu Raza," ucapnya perlahan.

Lelaki itu menangis, Razaleigh menangis? Bagaimana?

"Qaisara..." Panggilnya lagi, dia tak mampu berkata-kata apabila melihat mata Qaisara yang berkaca-kaca.

"Ya, perempuan tu adalah saya. Nama yang awak panggil adalah nama perempuan yang awak benci sangat dulu. Muka ni," Qaisara menunjuk wajahnya sendiri.

"Muka ni adalah muka yang awak nak pandang pun awak jijik. Awak lupa?" Bergetar-getar suara miliknya sekarang.

Ingin sahaja Razaleigh berkata 'cukup', dia sedar yang dia berlebihan dengan Qaisara.

"Ambil bunga ni dan tolong, pergi dari sini," bunga cantik itu Qaisara letak diatas meja dan Razaleigh sama sekali tidak memandang bunga itu, matanya lekat memandang Qaisara.

Qaisara memusingkan tubuh membelakangi Razaleigh, satu langkah dia buka untuk pergi dari situ namanya dipanggil lagi.

"Qaisara Mailana,"

Erat, cukup erat Qaisara memejamkan matanya. Kenapa lelaki itu terus memanggil namanya.

"Please, forgive me," akhirnya, perkataan itu berjaya dia ucapkan.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now