TALI leher dibetulkan. Rambut coklat gelap dirapikan teliti sebelum dia mengambil beberapa langkah ke belakang untuk melihat dirinya di hadapan cermin besar tersebut.
Vest? Check.
Dompet? Dia meraba pada poketnya, okay check.
Spek mata? Check.
Setelah memastikan semua barang ada, dia memandang dirinya pada cermin besar tersebut. Di hadapannya ialah seorang jejaka, dan jejaka itu ialah dia.
Jejaka itu memerhati setiap inci dari tubuh badannya, memastikan semua rapi dan tiada satu pun habuk atau kedut. Dia tersenyum senget, puas dengan penampilannya.
Badan dipusingkan, dan jejaka itu berjalan keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga dengan riak tenang.
Kenapa?
Entah, Dia pun tak tahu.
Akhirnya dia sampai di dapur, dia membuat iced latte yang senang dibuat dan menuang ke dalam tumblrnya.
Setelah selesai, dia mengambil tumblr bersama dengannya dan menuju ke pintu utama. Jam tangan ditilik seketika.
8:26 a.m.
Okay... sikit lagi.
Pintu utama dibuka dan jejaka itu terus menuju ke arah garaj yang besar itu. Kunci kereta yang berada di dalam garaj itu dilihat.
Tangan ditunjuk ke tiga kereta yang berada di hadapan matanya. "Hmm... mini mini minimo" dan jari telunjuknya berhenti pada sebuah kereta.
Dia tersenyum kecil, Kereta BMW M850i xDrive Coupé menjadi pilihannya. Dia mengambil kunci kereta itu dan terus menuju ke kereta BMW tersebut.
Rocka bye baby rocka bye!~
Pergerakan jejaka itu terhenti di hadapan pintu kereta. Keluhan dilepaskan dan dia mengambil masanya untuk mengangkat telefonnya.
Tut!
"Apa?" Terus sahaja dia menyoal. Kerutan di dahinya diurut perlahan.
"Woi cepat sikit datang kerja tu!-"
Tut.
Jejaka itu mendengus, makin lama makin otak dia boleh rosak sebab lelaki itu!
Telefonnya berdering sekali lagi, dan kali ini jejaka itu tidak mengendahkan panggilan dari pekerjanya itu. Dia mula memasuki dalam kereta, kunci dimasukkan dan menghidupkan enjin kereta.
Dia memandang sekali pada telefonnya yang masih berdering. Sudah kali ketiga pekerja itu masih tidak berhenti sehingga dia angkat.
Jejaka itu menghela nafas, sebelum dia mengeluarkan telefonnya dan menekan butang warna hijau.
"Merajuk ke sampai kau tak nak angkat hah!?"
Jejaka itu menjulingkan matanya, "aku lambat pun, aku buat kerja sampai siap. Bukan macam kau!" Katanya sinis, dan lelaki berada di talian mula membebel.
"Ha memang! Aku memang tak siap kerja! Tapi masalahnya, kau tu tak datang kerja waktu meeting dah nak dekat!" Bebelnya dengan nada geram.
"So?"
"Apa so? So? Nak kena lempang?!" Tempik lelaki itu dengan suara lantang.
Jejaka itu mendecit. "Relax, aku dah nak gerak lah ni." Ujarnya sambil tangannya bermain pada stereng keretanya itu. "Sabar boleh tak?" Soalnya tenang.
"Kau, Azhar, kalau aku tahu kau datang lambat... memang aku pukul kau sampai-" dan lelaki itu berhenti seketika. Selepas beberapa saat baru dia berkata, "Sampai masuk hospital!"
YOU ARE READING
[OG] .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Mystery / ThrillerAduh... kenapa banyak novel pada zaman sekarang lagi memberatkan cerita seperti mafia atau askar? masalahnya, dia adalah salah satu orangnya! tetapi bukan mafia mahupun askar. Nuryn Aqilah, seorang arkitek berpangkat master. Tetapi dia masih meneru...