Bab 4

96 9 2
                                    

AKULAH orang paling bahagia bangun awal pagi dekat kampung. Sebabnya pagi ni aku dengan mak pulang Kuala Lumpur. Tak nak aku duduk lama dekat rumah neraka ni.

Tersengih-sengih aku sumbat baju dalam bagasi. Tak berlipat aku sumbat saja macam aku sumbat kepala mak ngah dengan mak long dalam tangki air. Gurau je!

"Rina, dah siap ke? Kalau dah siap pergi salam Nek Bonda dengan yang lain."

"Baik, Puan!" aku tabik. Mak gelak geli dengan tingkahku itu.

Mak menghilang entah ke mana aku tak tahu tapi yang pastinya mood aku hari ini tersangat baik aku maafkan siapa saja yang ganggu aku. Tapi tu kalau Nek Bonda atau mak ngah dengan mak long, sorry naik lorrylah.

Siap saja aku kemas semua barang, aku angkat beg sekaligus dengan beg sandang aku dan berlalu keluar dari bilik bersama senyuman.

Semua orang berada di ruang tamu. Nek Bonda Rahimah tersenyum memandang Suria dan Razman bergelak tawa di atas pelamin.

Majlis dah habis pun masih lagi nak jadi puteri raja. Hmp!

"Rina." mak mengambit aku datang mendekat.

Dengan terpaksa rela aku melangkah maju mendekati Nek Bonda Rahimah. Tangan aku hulur dan sesaat Nek Bonda Rahimah acuh tak acuh menyambut huluranku.

Aku ni tak adalah kurang ajar mana tapi orang tua tetap orang tua. Kekura tangan sejuk Nek Bonda Rahimah aku cium dan kerana itu adalah Nek Bonda Rahimah dan aku adalah cucu yang tak diingini, Nek Bonda Rahimah terus menarik tangannya seolah dia jijik dengan ciumanku.

Aku mencebik.

"Kau bila nak kahwin?" mahu tak mahu Nek Bonda Rahimah menyoal.

Ai? Selama ni aku ada kacau beras dia ke?

Kalau dulu aku terasa lah sebab cuma aku seorang saja cucu Nek Bonda Rahimah yang guna kata aku dan kau. Tapi sekarang aku tak hairan sangat.

"Mak, kitaorang balik dulu." mak datang mencelah.

Nasib baik mak kacau kalau tak sakit pula jantung orang tua tu. Tak memasal tak sempat tengok aku naik pelamin nanti.

"Kau jangan manja sangat anak kau ni, Dina. Umur dia tu dah layak gelar mak orang." sindir Nek Bonda Rahimah.

Aku berura hendak melawan kata Nek Bonda Rahimah namun sentuhan hangat pada tanganku mematikan perbuatanku. Aku pandang mak. Mak geleng kepala. Bibir bawah aku pagut mengumpul kekuatan agar aku tak melawan kata-kata Nek Bonda Rahimah lagi.

"Ke anak kau ni tak ada yang nak. Kalau tak ada kau cakap je. Aku boleh kenankan anak kau ni dengan Yusof." tambah Nek Bonda Rahimah dan semestinya menambahkan lagi api kemarahanku.

Maaf, mak.

"Siapa kata Rina tak ada yang nak? Bulan depan Rina dah nak kahwin." kataku tanpa berfikir akibatnya nanti.

Nek Bonda Rahimah tersengih mengejek.

"Ada ke yang nak kan kau ni? Perangai pun tak senonoh. Kurang ajar pula tu. Eh, Dina. Kau tak ajar anak kau ke adab bercakap dengan orang tua? Aku ni nenek kau tau? Kau jangan nak melawan kata-kata aku."

Aku menggigit isi pipi. Nek Bonda Rahimah aku tengok kecik besar je.

Mak hanya tersenyum pahit. Tangannya kuat menggenggam tangan aku.

"Macamlah cucu Nek Bonda yang lain tu senonoh juga."

"Apa kau cakap?!" tampik Nek Bonda Rahimah seraya bangkit.

"I said what I said." terus aku tarik mak keluar dari rumah. Jeritan Nek Bonda Rahimah bergema di pelusuk rumah.

Beg aku campak ke dalam but kereta sebelum aku masuk perut kereta. Tali pinggang keledar aku sarung. Enjin aku hidupkan dan seminit barulah aku pandu keluar dari perkarangan rumah.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now