Bab 5

78 9 0
                                    

AKU mendongak memandang bangunan yang belum siap lagi. Kehangatan cuaca membuatkan aku hampir-hampir hendak pitam. Sesekali aku menanggalkan topi putih tersarung di kepalaku. Tudung yang aku kenakan juga sangat tidak membantu saat itu. Terima kasih!

"Rina, kitaorang letih dah ni." Roslan, ketua anggota yang mengurus projek bangunan tersebut mula bersuara. Wajahnya kelihatan lesu tak bermaya.

Aku menelan air liur yang terasa hangat dan kering. Panasnya bukan kepalang. Aku lihat yang lain juga merasa apa yang aku rasa. Setibanya kami di Penang, aku bersama Roslan dan 2 lagi rakannya lain terus pergi melihat tapak pembinaan bangunan tersebut. Manakala 2 lagi mengurus penginapan kami di hotel.

Aku tilik jam pergelangan tangan. Sudah 3 jam lebih rupanya kami dekat sini. Berita baiknya, Tuan Nuf sediakan semua keperluan kami di sepanjang 3 hari kami di Penang. Tak adalah aku susah-susah nak jalankan plan aku nak jadi pengemis. Terima kasih Tuhan.

"Alright. Hm, dalam..." aku tilik jam lagi.

"Sepuluh minit kita berangkat ke hotel. Intan dan Wani dah check in hotel?" tambahku.

"Dah." Roslan mengangguk sebelum beredar untuk memberitahu 2 lagi rakannya untuk bersiap sedia untuk pergi ke hotel.

Tepat masa Roslan melangkah jauh, perut aku tiba-tiba berkeroncong minta diisi. Aku mengeluh. Mahu tak mahu aku kena selesaikan dalam 10 minit lagi. Kesian yang lain kepanasan.

Setibanya kami di hotel, Intan dan Wani menyerahkan kad hotel masing-masing. Berkerut dahi aku bila Wani menyerah kad dengan tanda VIP.

Aku pandang kad bilik hotel masing-masing dengan pelik.

"Intan, Wani, awak berdua salah booking bilik hotel saya ke?" soalku.

"Sebenarnya kami tak booking pun, Rina. Receptionist tu kata Bos Singa dah booking awal. Untung awak dapat bilik VIP." Intan menyenggol lenganku. Masing-masing dah tersengih menyakat aku.

Aku mengeluh dalam diam. Aku dahlah letih lepastu dapat pula bilik VIP. Rasa macam tak adil lah pula.

"Okeylah kalau macam tu kami nak naik rehat dulu." ujar Wani sebelum menarik Intan menuju ke arah lif. Roslan, Azizi dan Nizam turut ikut sama. Semua sudah kehabisan energi.

Aku pandang kad VIP tadi dengan perasaan berbelah bahagi. Sudahnya aku keluarkan telefon bimbit dari beg. Aku tercungap kecil bila skrin telefon tidak menyala menandakan aku kehabisan bateri.

Patutlah telefon aku tak ada bunyi seharian. Ingatkan mak tak nak telefon aku. Selalunya kalau aku berjauhan dari mak, mak pasti telefon aku. Itulah padahnya terlupa mengecas bateri telefon. Tapi tadi sebelum berangkat elok je 16 persen aku tengok.

Kerana aku penat, aku malas nak berdebat dengan otak aku sendiri. Sudahnya aku menuju ke arah lif, menanti giliran aku untuk gunakan objek automatik tersebut.

Tiba saja di depan pintu bilik, aku tekan kad tadi dekat pemegang tombol pintu.

Tit!

Pintu terbuka dan aku tolak pintu bilik tersebut. Aku terpegun seketika melihat keindahan dan kecantikan ruang tersebut. Sangat luas sehingga aku merasakan membazir saja kalau aku seorang je yang pakai bilik tersebut.

Kali ini perhatianku teralih ke arah katil besar kelihatan empuk dan seolah memanggil aku untuk memanjatnya segera.

Aku mengeluh berat. Sebelum aku terlupa lagi, aku terus selongkar beg untuk mencari pengecas telefon. Seminit aku menanti, barulah telefon aku menyala hidup. Aku mengeluh lega.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now