Bab 6

63 8 0
                                    

LAGI beberapa jam aku dan yang lain akan pulang ke Kuala Lumpur. Tak sabarnya nak duduk bawah ketiak mak! Lesgo!

Aku dan yang lain menanti di lobi menanti Wani dan Intan bersiap. Lama juga diaorang berdua nak bersiap. Aku pula bersiap ala kadar sebab rindu mak punya pasal.

Sudahnya aku sampuk Roslan, Azizi dan Nizam berborak sakan tentang game online. Aku hanya menyampuk tapi aku tak faham satu benda yang diaorang borakkan.

Ada lagi ke orang tak minat main game online ni?

Lagu Heart Will Go On dinyanyikan oleh Celine Dion bergema mematikan bicara kami.

Aku keluarkan telefon dari kocek seluar track aku berwarna hitam. Nama mak terpapar menelefon aku.

"Hello, assalamualaikum. Hah, baru ingat nak call Rina ke? Rina dah tiga hari dekat Penang ni baru ingat ke?" perli aku dengan berbaur usikkan.

"Waalaikumussalam. Rina lambat lagi ke nak sampai sini?"

"Err... dalam tujuh ke lapan jam macam tu Rina sampai. Rina kena check tapak pembinaan bangunan tu dulu baru balik KL. Kenapa mak? Rindu ke?" aku usik mak lagi.

Mak diam.

"Mak? Ai, mak. Tahulah rindu tak payahlah nak bagi silent treatment dekat Rina." makin galak aku usik mak.

Mak ni kekadang aku anggap macam kawan tak pun aku anggap macam kakak aku sendiri. Almaklumlah tak ada kakak dan adik yang lain.

"Rina ada sorok apa-apa dari mak ke?"

Berkerut dahi aku.

Sorok apa eh? Mak tahu ke aku makan benda manis-manis waktu malam? Tak boleh jadi ni!

"Sorok apa? Mana ada Rina sorok apa-apa." lemah jantung aku dibuatnya.

"Pandai eh Rina sorok benda ni dari mak."

"Ai? Sorok apa mak? Mak janganlah buat Rina takut. Sorok apa?"

Kantoi ke? Tak boleh jadi ni!

"Kata tak ada calon suami. Tup-tup bakal suami datang meminang Rina kelmarin."

"Calon suami? Meminang?"

Aku menegakkan tulang belakang. Mata aku melirik ke arah 3 pasang mata yang memandang aku. Aku bingkas bangun dan bergerak jauh dari mereka.

"Pandai Rina cari bakal suami." melambung lagi pujian mak.

"Kejap, kejap, mak. Sejak bila Rina ada bakal suami ni? Bercinta pun Rina tak. Apa ni? Rina tak fahamlah."

"Eleh! Buat-buat tak faham konon. Mak dah tahulah Rina ada hati dekat bos Rina tu."

"Nuf?!" aku pandang kiri kanan seraya aku menekup mulut.

"Ha'ah, Nuf nama dia. Kelmarin dia dengan mummy dan daddy dia datang untuk merisik Rina."

"Habistu mak terima tak?"

"Ai? Yang nak kahwin ni Rina bukannya mak."

Aku menepuk dahi. Salah seorang pekerja hotel yang ketika itu melewati aku terkejut dengan bunyi hempasan kulit dahi aku. Boleh tahan juga kuat dia aku pukul. Aku tersengih tanda maaf lalu mengangguk kecil.

"Okey, okey. Kejap lagi Rina balik. Assalamualaikum, mak." terus aku tutup panggilan tanpa menanti salam mak.



SELEPAS aku hantar Intan dan Wani ke rumah sewa mereka, aku berputar arah. Aku tak pulang ke rumah tapi aku menuju ke syarikat.

Bukan Aku Tak CintaWhere stories live. Discover now