4

5 0 0
                                    

Qalid memandang semula ke arah datangnya dia tadi, gerbang yang sudah pun hilang sepenuhnya di hadapan matanya.
Langkah kaki terhenti, nafasnya pendek dan terputus-putus.
Dalam keputusasaan, dia cuba berlari, tapi setiap langkah yang diambil seperti menariknya semakin dalam ke dimensi asing ini.

Peluh mengalir deras di wajahnya, dan dia tidak pasti sama ada itu kerana kepenatan atau panik yang semakin membuak dalam dadanya. Dia berpaling, memandang sekeliling. Dunia di sekitarnya terlalu indah, namun terasa salah. Keindahan ini tak membawa kedamaian, malah menambah kegelisahan.

Tiba-tiba, dari balik pohon yang menjulang tinggi terdengar bunyi derap reranting kayu dipijak, seorang gadis muncul.
   Gadis itu dengan berbusana indah berwarna krim-merah muda dan aksen perak yang menghiasi pakaiannya, seolah-olah dia sebahagian daripada alam ini.

Rambutnya panjang dan disanggul dengan aksesori tradisional, berkilauan lembut dalam cahaya yang aneh dari langit merah jambu dan ungu.

   Qalid terpandangkan telinga runcing dan mata gadis itu yang agak tajam jelas menampakkan bahawa dia bukan manusia biasa, tapi pun begitu kecantikan dan keayuan darinya tetap memukau jiwa kelelakian bagi sesiapa yang terpandangkan.

   "Hei!" sapanya ceria, melangkah ke arah Qalid dengan senyuman bersahaja.

   "Kau nampak seperti tersesat."
Sedikit tergelak gadis itu, entah apa yang lucu.

Qalid terkaku. Dia ingin menjawab, tetapi otaknya masih cuba memproses kejadian pelik ni. Dia mengambil beberapa langkah Kebelakang. Bersiaga.

Semua perasaan itu bercampur dengan ketakutan dalam dirinya.

   "Kau siapa?" tanya Qalid, suaranya masih terselit dengan ketegangan.
   "Kat mana aku sebenarnya ni?"

Gadis itu menatapnya dengan tenang. Matanya yang memancar keceriaan tidak sama sekali memperlihatkan kekhuatiran.

   "Nama kita Liora Ezadrea," katanya sambil tersenyum kecil. Seraya menghulur tangan.

Huluran tangan tak bersambut, dia menarik balik tangannya.

  "Dan tempat ini, kita panggilnya... Thaloria. Dunia ini mungkin nampak asing, tapi jangan risau. Gerbang yang kau lalui tadi akan muncul semula di tempat tertentu... tapi hanya pada waktu tertentu je."

Qalid menelan liur. Dia cuba memproses kata-kata Liora, tetapi fikirannya sukar untuk menerima kenyataan itu.

   "Aku... aku terperangkap kat sini?"

Dia bertanya, suaranya sedikit bergetar. Nafasnya terasa semakin laju.

   "Aku tak boleh tinggal sini! Aku ada hidup di dunia aku sendiri!"

Liora melangkah lebih dekat, pandangannya lembut dan menenangkan.

   "Kita faham. Memang susah untuk kau terima. Tempat ini... memang berbeza dari dunia kau, tetapi kita akan bantu kau. Percayalah, kita tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada kau."

Qalid menggeleng, cuba mengusir kekeliruan yang semakin menghimpit.

   "Ini tempat kita, kita boleh bawa kau keluar dari sini tapi kau kenalah ikut kita, ya?"

Dia menolak tawaran Liora untuk mengikutnya, memilih untuk berjalan sendiri, cuba mencari jalan keluar.

   "Aku tak kan ikut kau... Aku tak kenal kau siapa atau dari mana asal usul kau." Langkahnya semakin laju entah kemana mana, tetapi Liora setia mengikutinya dari belakang tanpa dipinta, gadis manis itu masih dengan senyuman sabarnya.

Namun, ketika Qalid mengambil langkah seterusnya, sesuatu yang lembut dan aneh terasa di bawah tapak kasutnya.
Rasanya dia terpijak sesuatu. Pandangannya segera melorot ke bawah, dan matanya terbuntang.
Tanah tiba-tiba terasa bergerak.

Gerbang KiiaraWhere stories live. Discover now