Bab 1

446 30 4
                                    

Perkarangan rumah Semi-D dua tingkat bewarna putih tu sunyi sepi bila kereta Axia kelabu masuk selepas remote pagar elektrik di tekan. Jam di dashboard menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Aku pandang kiri kanan sebaik saja turun dari kereta. Abah keluar ke? Tak ada pun kereta dia?
Aku buka pintu belakang dan keluarkan shopping bag dari Lotus yang penuh dengan barang. Ada susu segar, rempah kari, sos tiram dan beberapa barang dapur lagi yang dah habis.

Rutin biasa setiap sabtu aku akan balik rumah abah untuk masak dan basuh baju. Orang gaji yang di bayar hari pun akan datang sabtu. Jadi senang lah sekali harung basuh baju dan kemas rumah sekali.

Tapi sejak sebulan ni abah minta balik dua hari seminggu. Jadi di sinilah aku setiap Sabtu Ahad kena jadi tukang masak. Dah lah menu yang di minta sejak berapa minggu ni makin lama makin banyak, padahal nak makan dua orang aje. Tu pun aku makan tengahari aje dengan dia, malam pula selalunya abah minum susu ataupun makan biskut aje. Jarang sangat dia makan nasi.

Aku buka pintu dengan kunci di tangan dan masukkan barang ke dapur. Letak atas kitchen island berwarna hitam. Memang tak ada orang kat rumah nampaknya. Aku capai telefon dalam beg tangan.

"Abah keluar ke?" Tanya tanpa mukaddimah.

"Abah kat atas ni."

"Hah kat atas?" Aku terus keluar dari dapur dan naik tangga menuju tingkat atas tanpa mematikan panggilan.

Bila saja nampak abah keluar dari bilik baru aku tekan butang merah di telefon.

"Ingat abah keluar. Tak ada pun kereta." Aku terus hulur tangan untuk bersalam.

"Ooh ada orang pinjam."Abah yang berseluar slack hitam dan t-shirt biru jawab.

"Siapa?" aku kerut kening.

"Alin tak kenal." Dia turun tangga tanpa tunggu aku lepas jawab.

"Orang sebelah ke bah?" Aku masih nak teka siapa yang pinjam kereta sebab belum pernah lagi orang pinjam kereta selama ni.

"Adalah." Abah jawab sepatah. Lepas tu dia terus duduk atas sofa depan TV untuk baca berita di iPad.

"Lama ke dia pinjam. Abah nak pakai kereta Alin ke?"

"Kejap aje tu. Nanti dia pulangkan lah." Mata abah hanya pada skrin tanpa pandang aku.

Aku masih lagi kerut kening. Tapi berlalu ke dapur untuk basuh baju tapi terlupa nak ambil baju kotor kat atas. Ni semua sebab kes pinjam kereta tu lah.

Bila aje aku nak langkah naik tangga semula. Abah bersuara.

"Alin nak pergi mana?"

"Nak ambil baju kotorlah."

"Tak payah. Dah siap basuh pun."

"Laa, kan Alin dah cakap abah tak payah basuh. Alin boleh buat."

"Alin masak aje yang abah suruh tu, yang lain abah boleh buat sendiri."

"Minggu depan abah jangan basuh tau. Lagi satu, abah mana boleh makan udang. Kenapa suruh Alin masak sambal udang pula?"

Abah ada gout jadi dah lebih 10 tahun dia tak makan seafood. Kalau termakan, alamatnya tak boleh berjalan sebab kaki bengkak.

"Orang yang pinjam kereta tu nak makan."

"Eh, dah lah pinjam kereta. Boleh pula minta nak makan itu ini." Aku tak puas hati.

Abah hanya ketawa dengar aku membebel.

Tapi tengahari tu tetaplah aku masak semua yang abah minta. Asam pedas ikan parang, sambal udang, daging blackpaper, kailan ikan masin dan telur dadar.

Sampai aku balik aku tak jumpa orang yang pinjam kereta.

RAFALINWhere stories live. Discover now