"Isaac, sampai bila kita nak terperangkap dalam stor ni? Sekarang dah nak maghrib. Mesti papa aku risau"Adu Adelina. Dia sudah bosan kehulur kehilir didalam stor itu. Dia tahu pasti Aayden risau kerana dia tidak pernah pulang lewat. Sudah hampir 4 jam mereka terperangkap didalam stor ini.
"Masalahnya sekarang ni, macam mana kita nak keluar? Dia kunci dengan mangga daripada luar" balas Isaac.
Santai Isaac berbaring diatas meja yang berada disitu. Sebelah tangannya diletak bawah kepala sebagai bantal.
Mengeluh Adelina. 'Mama, Adel nak balik hiks'
"Del" panggil Isaac.
Adelina mengumam. "Apa?"
"Asal kau pancitkan tayar motor aku eh? Lepas tu kau cakap aku nak mengorat kau pulak tu" soal Isaac.
Dia mengiringkan badan kearah Adelina dan menongkat kepalanya dengan tangan. Begitu santai gayanya.
"Yelah, memang kau nak mengorat aku pun, kan?"
Berkerut kening Isaac. "Mana ada, aku tahu kau cantik. Tapi takdalah sampai nak mengorat kau" balas Isaac dengan selamba.
Terkedip-kedip mata Adelina memandang Isaac. "Hari tu kau halang jalan aku, bukan nak mengorat ke?"
Isaac menggeleng laju. "Taklah, aku nak keluarkan motor. Siapa suruh kau jalan dekat tempat parkir motor, memang kena halang la kalau aku nak undur motor aku"
Bulat mata Adelina. Shit! Malu.
Terus Adelina memandang ke tempat lain. Sedaya upaya dia menahan malu kerana menuduh Isaac. Dan lebih memalukan, dia sudah memancitkan tayar motor Isaac.
"Malu ke tu?" usik Isaac. Tertawa kecil dia melihat pipi Adelina yang semakin kemerahan.
"Ish, diamlah kau" Adelina menjeling manja. Dia menghembus nafas. Dia memandang sekeliling. Mencari suis lampu di stor itu.
"Kau cari apa?" soal Isaac.
"Aku cari suis lampu. Dah senja ni, kejap lagi mesti gelap" balas Adelina.
Isaac menjongket sebelah kening keatas. "Suis lampu dekat luar, Adel" lembut suara Isaac memberitahu.
Terus Adelina memandang Isaac. "Maknanya kita kena duduk dalam kegelapan ke?" semakin lama, Adelina merasa semakin berdebar.
Dengan perlahan Isaac mengangguk. "Kenapa? Kau takut gelap ke?" soalnya.
Laju Adelina menggeleng. "Taklah"
Dia cuba mengawal pernafasannya.
Dia merasa dadanya seperti sempit. Tidak pernah dia berada di tempat gelap tanpa sebarang lampu. Adelina memilih untuk mendiamkan diri dan cuba bertenang.
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Isaac melihat jam di pergelangan tangan. Nasiblah jam yang dipakai ada cahaya lampu. Kalau tidak, nak tengok jam pun dia taknampak kerana terlalu gelap.
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Dia duduk menyandar di sebelah Adelina yang mendiamkan diri sejak tadi.
"Kau okey tak?" soal Isaac.
YOU ARE READING
1 | Aayden's Amore [ C ]
Romance[ KARYA PERTAMA 💄] Aayden Nadhif x Camelia Razqya Mengisahkan tentang seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan ayahnya ketika berusia 8 tahun akibat nahas kemalangan. Kehidupannya yang sebelumnya ceria dan periang berubah menjadi seorang yang pe...