Bab 02

304 18 5
                                    

~NOT EDITED~


Jam sudah menunjukkan pukul empat petang, menandakan waktu kelasnya hampir bermula. Semua pelajar sudah berada di dalam kelas, tinggal untuk menunggu pensyarah kami sahaja sampai.

"Don't be late katanya, tapi tengoklah siapa yang lambat sekarang? Lambat lima minit sudah." Mengeluh aku ke Yana dengan kuat, tak pandang kiri kanan dahulu.

Tiba suara yang tersangatlah ku kenal sahut di belakang aku.

"Saya ke tandas tadi." Balasnya sambil berdiri tegak di belakang aku.

"Eh mak kau!" Cepat-cepat aku tutup mulut aku. Terkejut punya pasal sampai melatah aku dibuatnya. Yana yang duduk di sebelah hanya menahan ketawa sahaja.

"Ya kenapa dengan mak saya?"

"Eh takde pape sir...maaf, saya cuma terkejut bila tiba-tiba sir berdiri belakang saya"

Dengan tapak kaki nya aku tak dengar, bila masa dia ni dah masuk kelas? Dah macam hantu pulak suka kejutkan orang macam ni.

Pensyarah kami ni hanya mengangguk lalu berjalan ke arah depan kelas, meletakkan beg laptop nya di atas kerusi.

"I'm sorry for the sudden class exchange, i have an important meeting to attend last minute." Katanya dengan suara yang kuat dan jelas sambil menyandarkan punggungnya di tepi meja dan menyilangkan tangan di bahagian dada.

Murid lelaki dalam kelas kami hanya membalas dengan sekadar "okay sir" dan selebihnya hanya mengangguk tanda faham akan situasi pensyarah kami.

"I will formally introduce myself right now."

Aku hanya mengangguk. Nak tau juga background pensyarah aku sorang ni, dan tengok reaksi kawan sekelas aku yang lain, nampaknya bukan aku sorang sahaja yang ada sifat ingin tahu ni.

"My name is Aryan Iskandar bin Muhammad Ishaq,my educational level is until PhD so you guys can call me Dr. Iskandar." Sambil berjalan ke setiap satu baris meja dalam kelas kami.

"Fuyoo dah ade PhD lah pensyarah kita sorang ni. Mesti masa kecik-kecik telan kamus Dewan Bahasa" Yana berbisik kepadaku.

Aku hanya mengangguk, kali terakhir orang yang mengajar aku yang ada pangkat Dr. ni ustazah aku masa sekolah menengah, tapi itu pun umur dah berapa puluh baru dapat. Ini nampak muda lagi dah dapat PhD.

"Dr. umur berapa?" Soal dari salah seorang lelaki dalam kelas aku.

Tapi apa yang kami dapat hanyalah senyum sinis.

"Itu saya kena rahsiakan, apa yang saya boleh cakap...umur kita tidak jauh beza sangat." Sambil memandang ke arah aku.

"Lepas ni saya harap tiadalah yang salah memanggil gelaran saya lagi, bukan Pakcik, bukan sir, dan bukan juga suami orang." Sambil berhenti betul-betul di sebelah meja aku.

Lah main perli pula...memang dah takda meja lain ke nak berhenti dah? Tiba diri terasa kecil bila dia ni berdiri sebelah, Yana hanya memandang aku dengan sifat simpati sahaja dari tepi.

"Dr.! Dr. dah kahwin ke?" Lagi seorang pelajar lelaki sekelas aku bertanya. Memang tak tenang hidup kalau nampak pensyarah muda tak bertanya dah kahwin ke belum.

Tetapi bila aku memandang ke arah dia, senyuman yang misteri di bagi kepada kami.

"I haven't married yet since i have a promise from someone to fulfill first"

Janji? Janji apa sampai dia ni memilih untuk tidak berkahwin lagi?

"Anything else?"

Kami hanya mengeleng kepala. Kalau tengok reaksi muka pelajar yang lain termasuk Yana, pasti mereka juga bertanya apa janji yang Dr. kami maksudkan

Hasrat Terakhir "Cinta Yang Tidak Dijangka"Where stories live. Discover now