Bab 03

462 16 1
                                    

~NOT EDITED~

Selepas dua jam berlalu, menandakan kelas kami dengan Dr. sudah habis. Kami sekelas hanya diberitahu apa kerja-kerja yang kami akan buat dan aktiviti untuk subjek ni.

"That's all for today's class, you all dismissed except you, Delisya." Katanya sambil melihat ke arah ku dengan renungan tajam.

Perlu ke nak pandang aku macam tu? Rasanya cakap elok-elok boleh rasanya. Aku pandang ke arah Yana, beritahu dia supaya tunggu aku di luar kelas sahaja.

"Kau tunggu luar tau"

"Okay...ada apa-apa kau jerit je nama aku tahu?" Risau Yana kepada aku.

Aku cuma lepaskan ketawa kecil, boleh tahan risau juga ya dekat aku kawan aku sorang ni?

"Iye iye aku jerit nama kau kuat-kuat okay? Dah pergi tunggu di luar." Halau aku dengan nada yang tidak serius mana.

"Hmm yela yela..." Yana berjalan ke arah pintu untuk menunggu aku di luar kelas.

Sekarang tinggal kami berdua sahaja dalam kelas yang agak sejuk dengan penghawa dingin.

"Come here." Arah Dr. kepada aku.

Aku hanya menurut arahannya, berjalan ke arahnya sambil menggalas beg laptop aku di sebelah bahu.

"Dr. ade ape nak jumpa saya?" Tanya aku kepada Dr. yang mula berdiri tegas dan meletakkan tangan kanan di bahagian pinggangnya.

Dia hanya diam buat seketika, sebelum bertanyakan soalan yang aku sendiri tak jangka.

"How are you doing?" Dr. Bertanya kepada ku dengan nada yang tenang, seperti dia senang berhati-hati dengan soalan yang dia tanya kepada aku. Pelik, tapi aku hanya menjawab,

"I'm fine. Kenapa Dr. tanya?" Muka aku ada tunjuk yang aku ni tidak okay ke?

"I just need to confirm something, that's all." Lembut suaranya, membuatkan aku bertanya, lelaki yang berdiri depan aku sekarang sama ke lelaki yang aku langgar pagi tadi? Seperti sudah bertukar kepada 360° darjah. It's too different!

"Um...Dr. ada benda penting lagi ke nak bertanya kepada saya?"

"No. You may go now, stay safe." Dengan itu sifat dinginnya kembali.

Berapa banyak personality lelaki ni ada sebenarnya?

"Baiklah...saya undur diri dulu"

Aku berpusing badan ke arah pintu lalu berjalan keluar ke arah luar kelas, meninggalkan Dr. di dalam kelas berseorangan.

"Ha! Apa yang Dr. Handsome cakap tadi dekat kau?" Sapa Yana di sebalik pintu sejurus sahaja aku menjejak kaki di luar kelas.

Ya Allah... panggil pensyarah sendiri handsome pula...aku hanya geleng kepala sahaja dengan usikkan dia.

"Tiada apa yang penting." Aku menghela nafas yang panjang, sangkaan aku ada lagi sesi soal siasat, rupanya tidak. Tak baik betul aku ni lah, cepat sangat bersangka buruk.

"For real?" Soal Yana lagi, sifat ingin tahu dia terlalu kuat kali ni.

"Iya Cik Ilyana Ayesha, tiada apa yang penting untuk awak tahu ya?" Aku mengheret lengannya keluar dari lorong kelas.

"Okay okay."

Kami mula beredar dari tempat itu dan pergi ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah sewa kami. Akhirnya kelas pertama kami untuk semester baru sudah berakhir.

Waktu malam sudah tiba, Aku dengan Yana berada di meja makan baru sahaja lepas makan makanan yang kami order di grab. Kami sedang bertukar cerita tentang cuti semester kami yang lepas, kemudian telefon pintar aku berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Bila aku buka untuk melihat siapa yang mesej aku di malam buta ni, ia dari orang yang tidak aku kenal.

"Unknown number?" Sambil menunjukkan telefon aku ke arah Yana

"Kau kenal tak nombor ni?"

Yana hanya mengeleng kepala sahaja pada soalan aku. Habis Tu siapa pula mesej aku malam-malam ni? Scamer ke?

Aku unlock telefon aku untuk melihat isi mesej yang aku dapat dari nombor itu.

"Assalamualaikum, saudari."

Itu sahaja, tiada apa-apa, cuma memberi salam dan memanggil aku saudari.

"Sorry, sudah bersuami anak dua" Jawab aku setiap kali aku dapat mesej dari nombor yang aku tidak simpan.

"Baru tadi jumpa tiba-tiba dah ada anak dua?"

"Sape ni?"

"Pakcik yang awak langgar pagi tadi"

Habis air dalam mulut aku tersembur. Nasib Yana sempat elak kalau tidak habis face mask dia disembur oleh aku.

Dr. Iskandar?!

Sudah! Macam mana mamat ni dapat nombor aku?Tidak...macam mana dia tahu ini nombor aku?!

"Saya nak suruh awak datang kelas awal sikit esok. Ada material untuk kelas saya nak bagi."

Otak aku seperti jatuh ke tanah lepas tu hilang bila baca mesej itu.

"Macam mana Dr. tahu ni nombor saya?"

"Sebab awak sorang je yang ada obsession dengan penguin dalam kelas. Gambar profil awak pun penguin, bio WhatsApp awak pun penguin. Beg keychain awak banyak penguin, ingat saya tak perasan ke?"

Malu tujuh keturunan sudah. Yela aku tau la obsess aku dengan penguin ni lebih sikit...sikit jela. Tapi tak perlu la cakap macam tu...

"Dr. memang suka kacau student waktu malam ke?"

"Esok tunggu di depan bilik pensyarah tingkat 3. Assalamualaikum."

Eh geram nya aku! Soalan aku tak berbalas tiba-tiba saja bagi arahan. Ingat aku ni apa? Bini dia ke?menyesal bila angkat tangan dalam kelas tadi lah! Ya Allah, sabar jela Delisya...ini semua hanyalah cobaan...

"Dah engkau ni kenapa? Nasib aku sempat elak tau! Habis muka aku nanti kena air dari mulut kau!" Marah Yana.

"Sorry-sorry...aku terkejut sikit tadi..."

"Apa benda yang kau terkejut sangat ni?"

Patut ke aku bagi tau dia...lebih baik diam sahaja rasanya. Nanti dia pula kecoh kalau dapat tahu siapa mesej aku di tengah malam ni.

"Takde papelah, wrong number." Balas aku sambil meletakkan telefon aku kembali di atas meja.

"Kalau takde apa, kau takkan terkejut sampai tersembur air dalam mulut kau. Ingat engkau ni patung singa dekat Singapore tu ke?"

"Eish engkau ni. Takde lah...ada...ha ada orang tiba-tiba hantar gambar hantu dekat aku. Sebab tu aku terkejut." Ampunkan aku Ya Allah kerana menipu kali ini...

"Macam pelik je kelakuan kau ni...betul ke takde apa-apa nak bagi tahu aku?"

Aku hanya membalas dengan sekadar mengangguk kepala aku. Rasa bersalah nak menipu, tapi itulah hakikatnya, kalau senah ni tahu habis aku disoal siasat, tanya kenapa Dr. Handsome dia mesej aku malam ni.

"Iye takde apa-apa pun." Senyum aku ke Yana.

Yana berdiri dari kerusi lalu berjalan pergi meninggalkan aku berseorangan di dapur. Berfikir, banyak betul benda terjadi dalam satu hari. Ini baru nak mula semester, harap aku boleh hadap sampai aku habis degree lah...

Semua kelakuan Dr. di dalam kelas tadi terlintas dalam fikiran aku, kenapa dia pandang ke arah aku macam tu? Kenapa die bertanya soalan seperti ingin memastikan sesuatu?

Ada apa-apa pasal aku yang dia tahu ke?

Hasrat Terakhir "Cinta Yang Tidak Dijangka"Where stories live. Discover now