Bab 1

57 1 0
                                    

"Kakak, bangunnn!!!" jerit Puan Saleha memanggil anaknya yang tidak bangun usai subuh tadi.

Amanda mengeliat di atas katilnya yang kelihatan empuk berwarna merah jambu. "Ya Allah, dah lambat!" Amanda mencodat bangun dari katil lalu membersihkan diri.

Sejak kejadian yang menimpa dirinya tiga tahun yang lepas, kepulihan pada kesihatan Amanda kian membaik.

"Manda, berapa kali ummi nak cakap? Belajar kunci alarm tu. Kalau tak, sampai ke tua tak reti bangun sendiri." bebel Puan Saleha sambil mengambil bag tangannya untuk ke tempat kerja.

"Ya, ummi. Kakak dah kunci alarm dah. Telinga kakak ni yang tak sudi nak dengar bunyi alarm tu." Seloroh Amanda mengenakan Puan Saleha dengan kenyataan yang mengarut. Puan Saleha sempat mencubit lengan anaknya sebelum berangkat pergi.

"Ummi pergi dulu. Nanti keluar, kunci pintu tu juga, ya?" pesan Puan Saleha pada anak perempuannya. Amanda mengangguk. Sebelum berlalu pergi ke tempat kerja, Amanda sempat mengambil sekotak susu coklat.

Amanda bekerja sebagai Chief Executive Officer (CEO) di AA's Holdings. Sebulan selepas Amanda mula keluar dari hospital, Tuan Herman sudah mendaftarkannya di syarikat tersebut bagi mengambil alih generasi Tuan Herman.

Amanda memarkirkan keretanya di perkarangan parking yang tertulis VEA 2212. Itu adalah nombor plat yang terletak pada kereta Amanda yang berjenama Honda Civic. Masih peminat tegar Honda Civic ya. Nombor plat itu adalah membawa maksud 22/12. Di mana tarikh ulang tahun perkahwinan antara Amanda dan Elriq.

Amanda turun daripada dedaun keretanya. Pegawai keselamatan dan beberapa pekerjanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Amanda. "Selamat pagi, Cik Amanda."

"Selamat pagi." Amanda membalasnya semula sebagai tanda terima kasih. Apabila masuk sahaja pejabat, satu saja hala tujunya. Tempat bergosip.

"Ha, orang suruh buat kerja. Ni main game pula kau ya, Dania." jelingan tajam diberikan pada Dania yang kantoi bermain permainan video dalam komputer ribanya. Dania merupakan Chief Operating Officer (COO) di AA's Holdings.

"Alamak, boss sudah sampai ma." usik Dania. Dia tahu Amanda langsung tidak kisah akan telatah dirinya. Amanda juga tahu jika melibatkan kerja, Dania pasti akan menjalankan amanah dengan sebaiknya.

"Bella dengan Sofiy mana?" tanya Amanda. Mereka berempat masih lagi bersahabat baik. Mereka ditakdirkan untuk bekerja di bawah bumbung syarikat yang sama. Habis sahaja intern di syarikat masing-masing, mereka bersepakat untuk bekerja di syarikat Tuan Herman.

"Bella pergi selesaikan kes rungutan penumpang tu. Sofiy pula belum datang rasanya. Sibuk uruskan anak la tu." Dania sibuk bermadah tetapi matanya tetap tertumpu pada komputernya.

"Aku masuk office dulu eh. Nanti suruh Bella masuk office aku kalau dia dah balik." Dania mengangguk sambil menunjukkan jari okay.

"Herr Elriq! Der Feind ist in der Festung!" (Tuan Elriq! Musuh ada di dalam markas tu!) jerit pengintip bagi pihak polis German yang merupakan hacker terbaik pada abad Black Snakes dahulu. Dia dan Elriq menyertai GSG 9 der Bundespolizei selama satu tahun bersama-sama.

GSG 9 adalah unit anti-keganasan elit di bawah Bundespolizei (Polis Persekutuan Jerman) dan ditubuhkan pada tahun 1973 selepas serangan pengganas di Olimpik Munich 1972. GSG 9 bertanggungjawab untuk menangani situasi-situasi berisiko tinggi seperti penyelamatan tebusan, operasi anti-keganasan, dan operasi khas lain.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now