"Welcome back, bro!" sapa Harith dengan teruja. Tiba sahaja di Malaysia, Elriq terus ke markas Black Snakes yang sudah sekian lama dia tinggalkan sejak ketiadaan Amanda.
"Aku ingatkan kau dah tak sudi nak jenguk markas kesayangan kau ni." perli Aaren. Elriq mengusap belakang lehernya kerana malu dengan tindakan tidak matangnya tiga tahun lepas. Elriq tidak menjejakkan kakinya lagi di markas setelah dia pergi meninggalkan isterinya seorang diri.
"Kau marahkan aku lagi ke, Ren? Aku minta maaf lah pasal sebulan lepas." Elriq mengerdipkan matanya berkali-kali. Dia berharap agar Aaren tersentuh hati melihat keikhlasannya untuk meminta maaf.
Sebulan yang lalu...
Elriq yang baru sahaja menyelesaikan operasi polisnya di German, terus memasuki ruangan bilik tidurnya. Tiba-tiba, deringan pada telefonnya mengeluarkan lagu Replay by Iyaz. Dia terus menggeserkan ikon berwarna hijau ke kanan.
"Helo, Ren. Kenapa?" tanya Elriq yang agak gelisah. Mungkin sahabatnya itu telefon kerana isterinya, Amanda.
"Tak ada, aku cuma nak bagitahu yang lagi dua bulan kita ada misi. Misi kali ini, kita kena ambil semula peti besi bagi Syarikat Maybank. Hanya para lelaki je, perempuan tak terlibat. Tapi kalau kau..." belum sempat Aaren menghabiskan ayatnya, Elriq sudah menyampuk.
"Jangan libatkan para perempuan, Ren. Aku tak nak semua jadi macam Amanda pada tiga tahun lepas. Aku tak nak sesiapa tercedera lagi. Aku tak nak kita terpisah lagi." bangkang Elriq.
"Tapi, Riq. Kadang-kadang tu misi kita takkan selesai kalau tak ada para perempuan. Dania..."
"Ren! Aku cakap aku tak nak para perempuan terlibat. Dania tu partner in crime kau. Kau nak Dania cedera macam isteri aku?!" Elriq sudah meninggikan sedikit suaranya.
"Aku ketua kumpulan ni! Jadi, itu hak aku untuk buat sebarang keputusan! Kau tak ada hak nak pertikaikan keputusan aku, Inspektor Elriq Alden!" Aaren terus sahaja matikan panggilan. Elriq tergamam apabila Aaren meninggikan suara buat pertama kali. Lagi-lagi perkataan Inspektor Elriq Alden ditekankan. Elriq mengeluh.
"Apa yang kau dah buat ni, Riq?" gumam Elriq perlahan sambil meraup wajahnya yang kusut.
End of flashback!
"Argh, kau ni kan! Macam mana aku nak merajuk lama-lama dengan kau kalau mata kau tu ada cinta untuk aku." Hayder, Azyen, Harith dan Elriz mula membuat riak wajah menggelikan.
"Menyampah aku. Aku ni cinta hati kau pun kau tak perasan." Harith menjeling cemburu. Dia terus masuk ke biliknya sebelum menghempas kuat pintu bilik. Ahli yang lain sudah tergelak besar.
"Bang, pagi esok kita semua ada family day dekat Melaka. Mmm, kau ingat kan?" tanya Elriz. Pada dua bulan yang lepas, mereka semua sudah sepakat untuk melakukan family day bagi seluruh keluarga Black Snakes.
Elriq melihat adiknya yang takut untuk mengatakan perkara itu. Dia tahu bahawa Amanda akan ada di situ. Itu kerana Dania, Arabella, dan Sofiya turut sertai. Elriq mengangguk. Elriz sudah dibuai rasa bersalah.
"Kau kenapa nak rasa bersalah pula? Bukannya kita semua tengah berperang ke apa. Aku terpisah aje dengan isteri aku. Bukannya terpisah kerana curang ke apa. Kau jangan risau. Tahu lah aku nak buat apa." Elriq tenangkan hati mereka berdua. Padahal hatinya sudah dilanda degupan yang tidak enak. Dia tahu pasti akan ada terjadi sesuatu yang sangat dahsyat pada hari esok.
"Lambat sayang balik hari ini? Keluar pergi mana, Sofiya? Kenapa tak bagitahu abang sepatah?" tanya Elriz bertubi-tubi. Dia cukup risau jika Sofiya tidak memberitahu sebarang pergerakannya kepada si suami.
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
ActionSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...