BAB 4

98 5 2
                                    

"HISY... serabut betullah!" Kata Nuryn geram. Dia masih berjalan seperti orang sedang merajuk.

Gadis itu mengeluh, kaki digoyangkan setelah memasuki ke dalam perut kereta. Dia menjeling ke arah figure lelaki yang kelihatan tegap di luar pintu pemandu.

Klik!

"Cukuplah dengan muncung tu, Puan." Ujar lelaki itu dengan senyuman manis dilemparkan.

Ew, ingat hensem ke buat macam tu?

Tapi memang hensem pun...

"Huh, ingat I nak sangat ke memuncung setiap hari?" Sinis Nuryn berkata sambil menjuling matanya ke atas. Dia bersilang tangan pada dada, tidak mahu kalah.

Lelaki itu tergelak sebelum memasang tali pinggang keledarnya. "okay, Puan. Boleh kita pergi sekarang?" Pintanya lembut dengan senyuman kecil.

"Hmm..." Nuryn menggumam sambil badan dibetulkan di kerusi kereta itu. Dia melentokkan kepalanya di tepi tingkap kereta itu.

"Taknak pergi kelasss..." rungutnya perlahan.

"Ya, saya tahu."

"Apa je you tak tahu, hah?!" Nuryn memberi jelingan tajam, membuatkan lelaki itu tergelak dengan tangan memutarkan kunci kereta tersebut.

Vroom Vroom!

Enjin dihidupkan dan membuatkan Nuryn mahu lari keluar dari kereta ini. Tapi dia tahu...

Yang lelaki di sebelahnya ni dapat tangkap dia.

"What's on your mind, little miss?" Soalan itu membuatkan Nuryn kembali kepada dunia realiti.

Dia menghela nafasnya perlahan. "Macam mana nak larikan diri daripada you tanpa you kecam I." Katanya dengan nada sarkastik diselitkan.

Lelaki itu tersenyum kecil, "Saya tak kecam Puan, itu ibu Puan yang suruh saya bawa Puan muda pergi ke kelas." Ujarnya lembut. "Takkan saya nak biarkan Puan muda skip kelas?"

Nuryn makin kuat merungut. Dia menjeling ke arah bodyguardnya itu. Ya, mamanya telah upah bodyguard bukan untuk menjaganya-

Tetapi paksa dia pergi ke kelas...

"I tak suka you, Hafiz," luah Nuryn dengan muka cemberut.

"Saya tak minta disukai pun, Puan muda" balas Hafiz lembut dengan senyuman masih diukir. "Saya hanya minta kehormatan sahaja."

Makin berkerut Nuryn memandang lelaki itu. Sebelum dia menghembus nafas kasar dengan tangan menyelitkan rambutnya ke belakang.

"Ish- malaslah cakap dengan you ni!" Ujarnya geram sambil menyilang pada dadanya lebih kepada menekan.

Hafiz tersenyum, mata masih fokus kepada jalan di hadapannya sambil tangan dan kaki bergerak. Dia menjeling seketika sebelum senyumannya melebar.

"Okay..." gumamnya perlahan. Dia meneruskan memandu dan memberi seluruh perhatiannya pada jalan raya.

Nuryn hanya meliar ke luar tingkap kereta. Kepala disandarkan dan dia mula melihat setiap bangunan yang di lintasi.

Klik!

Tersentak Nuryn dengan bunyi itu. Dia memandang ke bawah dan perasan yang pintu kereta tersebut dikunci.

"Bahaya," hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari bibir lelaki itu. Matanya masih memandang pada jalan raya dan tangan ligat berpegang pada stereng kereta.

Nuryn menjuling, dia masih memeluk dirinya dengan mulut masih memuncung sedikit. "Suka hati you lah.."

dia sudah bermalas untuk bertekak. Bercakap dengan Hafiz pun buat dia sakit kepala.

[OG]  .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑Where stories live. Discover now