Harith yang baru sahaja mahu baring di atas katil hotel yang empuk itu terhenti apabila dia mendengar bunyi notifikasi pada telefonnya. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu membuka mesej tersebut. Wajahnya terus berkerut keras.
"Apa benda ni, s1@l?" Harith terkejut dengan gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali. Gambar itu jelas menunjukkan gambar wanitanya, Arabella yang sedang memasuki tandas awam di restoran tadi. Harith terus membaling telefonnya di atas katil. Nasib tidak melantun ke bawah. Kalau tak, mana dia nak cari duit untuk beli telefon baru?
"Rith, kau asal ni?" tanya Aaren yang baru sahaja keluar dari bilik air. Dia baru saja selesai membersihkan diri. Lelaki itu terdengar bunyi jeritan oleh sepupunya tadi. Harith menyerahkan telefonnya kepada Aaren tanpa sebarang bunyi. Aaren mengetap rahangnya. Itu menandakan dia sedang menahan marah.
"Macam mana dia tahu nombor telefon kau ni?" Harith mengangkat kedua-dua bahunya menandakan dia tidak tahu. Tanpa membuang masa, Aaren menelefon semua ahli para lelaki Black Snakes untuk berkumpul di biliknya. Para wanita sedang bersiar-siar di luar lobi utama. Selalunya, pada hujung minggu hotel itu akan mengadakan pesta makan di malam hari.
Setelah para lelaki Black Snakes berkumpul di bilik Harith, suasana menjadi tegang. Wajah-wajah mereka serius, masing-masing tahu situasi ini bukan perkara remeh. Aaren mengambil tempat di hadapan semua, memegang telefon Harith di tangannya. "Ini bukan kebetulan," kata Aaren dengan nada tegas, menunjukkan gambar Arabella kepada semua. "Seseorang sedang mengekori kita, dan mereka tahu pergerakan kita dengan baik."
Faris, salah seorang ahli paling berpengalaman, mendekati Harith. "Kau ada musuh yang kita tak tahu, Rith? Seseorang yang mungkin ada dendam peribadi?"
Harith menggelengkan kepala. "Tak ada sesiapa. Tapi kalau ada, aku pasti akan tahu." Jika ingin mengatakan Taufiq, sudah lama dia meninggal pada tiga tahun lepas. Jika ingin mengatakan Najmi, dia juga sudah meninggal dunia. Zafran? Dah lama tidak mendengar khabar daripada lelaki itu. Siapa lagi musuh Black Snakes?
"Mungkin ini bukan pasal tuan saja," kata Arif, ahli lain yang lebih muda tetapi tajam dalam membuat spekulasi. "Mungkin ini tentang Black Snakes secara keseluruhan. Ada sesiapa dari kita yang ada musuh yang kita abaikan?"
Aaren menghela nafas panjang, cuba merangka langkah seterusnya. "Kita tak boleh abaikan ini. Kita perlu tahu siapa di belakang semua ni dan apa yang mereka nak daripada kita."
Kepala Aaren terus mencerlung ke arah Elriq. "Kau ada syak sesiapa, Riq? Mungkin musuh isteri kau?" Elriq berfikir sejenak. "Setahu aku, Amanda tak ada musuh kecuali..."
"Kecuali?" tanya semua ahli Black Snakes serentak. Mereka ingin tahu selebihnya apa yang ingin dikatakan oleh Elriq. Tetapi, pintu bilik mereka diketuk secara tiba-tiba. Arif yang berada dekat dengan pintu terus membukanya. Arif menguakkan pintu itu separuh, hanya kelihatan kepalanya saja.
"Eh, Manda. Kau cari Elriq ke?" tanya Arif. Amanda menganggukkan kepalanya dengan bibirnya tersenyum manis. Arif membalas senyuman itu. Tergoda ya amat! Tapi dia sedar gadis itu kepunyaan tuannya.
"Tuan Elriq, ada orang nak berjumpa dengan tuan. Katanya sedang mencari cinta hatinya." Usik Arif. Amanda yang mendengar itu terasa pipinya bertukar bahang. Elriq mengerutkan dahinya. Lalu, dia menuju ke arah anak buahnya. "Banyak lah kau. Dah, pergi sana." Arif mengekek halus. Seronok dia melihat pasangan dua sejoli itu.
"Awak nak jumpa dengan saya?" tanya Elriq. Dia terkedu melihat pasakan Amanda di hadapan bilik Aaren. Hatinya bertukar tempoh. Tempoh bahagia.
"Saya nak bagi ini dekat awak. Mmm, sebagai tanda terima kasih sebab sudi tumpangkan saya tadi." Amanda memberi tiga bunga mawar berwarna merah kepada suaminya. Dia tahu suaminya sungguh menyukai mawar merah. Elriq terkedu sekali lagi.
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
AcciónSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...