"ayah"
dengan debaran Aiman bersalam dan mengucup tangan ayah mertuanya, Tuan Fareez. Walaupun Aiman diterima baik untuk menjadi suami kepada puteri kesayangan Tuan Faareez tetapi setiap kali Aiman bersama dengan Tuan Fareez, jantungnya berdegup kencang walaupun tidak melalukan salah apa ii.
"ayah serahkan Auliya dekat kamu. Ayah letak harapan yang tinggi untuk kamu jaga puteri ayah. jangan sakiti dia, jangan buat dia menangis, layan dia dengan baik, utamakan dia walau apapun berlaku. jaga dia sebaiknya. jaga dan didik dia macam mana ayah jaga dia. ayah beri tanggungjawab sepenuhnya dekat Aiman untuk menjaga, membimbing, menyayangi dan mencintai puteri ayah hingga ke syurga.
lelaki pertama yang memeluk puteriku ialah ayah, bukan kamu. lelaki pertama yang mencium puteriku ialah ayah, bukan kamu. lelaki pertama yang merawat puteriku ialah ayah, bukan Aiman. tapi ayah harap Aiman akan jadi lelaki yang menemani puteri ayah seumur hidup. jangan sakiti dia, apa lagi sakiti perasaan dia, andai kata suatu hari nanti kamu dah tak cintakan dia, jangan bagitahu dia, tapi bagitahulah ayah, ayah akan bawa puteri ayah balik dekat ayah. selama ayah hidup, puteri ayah berhak dapatkan kebahagiaan untuk dia sendiri"
dengan penuh sebak di dada Tuan Fareez berpesan kepada menantu sulungnya itu. sunggut berat hatinya nak melepaskan puteri sulungnya kepada orang lain. Auliya merupakan cahaya mata yang pertama, malaikat kecil yang pertama muncul di dalam hidupnya dan Puan Syazlin.
"Aiman janji, aiman akan cuba jaga anak ayah sebaik baiknya, insyaAllah, aiman takkan sia siakan dia, Aiman janji aiman akan selalu bahagiakan anak ayah dan takkan buat dia kecewa walaupun perkara kecil" ujar Aiman yang turut sebak
Terus Aiman memeluk susuk tubuh ayah mertuanya itu erat. Dia dapat rasakan yang Tuan Fareez sangat meyayangi Auliya lebih dari dia menyayangi gadis itu. Dia takkan hampakan harapan Tuan Fareez atau patut dipanggil, ayah.
Auliya yang hanya melihat dari jauh turut merasa sebak. Air mata yang dari tadi bergenang masih cuba ditahan daripada gugur.
>
Tiba hari resepsi mereka yang bertemakan Prince and Princess Fairytale of the year di mana merupakan wedding dream mereka. Auliya mengenakan dress putih bersih tak tumpah seperti seorang puteri raja. Aiman pula mengenakan baju serba putih persis seorang putera raja. kedua mereka bagai pinang dibelah dua. sama cantik, sama tampan.
"perarakan masuk pengantin perempuan, Auliya Maisarah"
sebaik sahaja Auliya melangkah masuk ke dalam dewan, kesemua tetamu memberi tepukan yang gemuruh dan sorakan yang hebat kepada gadis itu. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir gadis itu berjalan perlahan lahan dengan jambakan bunga Lily Of The Valley di tangan menghampiri suaminya yang sedia menunggu di muka pelamin.
sampai sahaja Auliya betul ii di hadapan suaminya, tangannya dipegang lembut. mata bertentang mata dengan penuh rasa cinta yang membuak ii.
"terima kasih, sebab sudi jadi isteri saya" ucap Aiman
gadis itu tersenyum. dagu gadis itu dipegang lembut dan jarak antara mereka semakin dekat dan akhirnya bibir mereka bertemu membuatkan sorakan para tetamu semakin kuat.
YOU ARE READING
Let's fix it
FanficEvery man can fall in love with u everytime they see ur smile - Aiman I never fall in love again - Auliya Give me a second chance, please, cinta - Qistina Maybe we met at a wrong time, let's fix it this time - Numan Siapakah yang terpaksa mengorbank...