AKU berhenti di depan kedai butik busana pengantin dengan papan tertulis Rosanne Style. Jenuh juga aku memeriksa alamat, takut salah tempatlah pula.
"Nama dan alamat dah betul tapi close. Ke aku salah tempat ni?" gerutu aku.
Tiba-tiba saja pintu yang bertanda close tadi terbuka dari dalam.
"Awak Cik Erina ke?" soal seorang perempuan dengan tag nama Patty.
"Ya, saya." aku mengangguk pelik.
"Jom ikut saya." Patty membuka pintu luas memudahkan aku untuk menyelit masuk.
Aku memandang sekitar isi butik tersebut. Ternganga aku tengok beberapa jenis gaun tersidai rapi di setiap dinding. Nampak bergaya, anggun dan berkilau. Kena dengan selera orang yang have-have.
Patty menghilang seketika sebelum sesaat kembali semula bersama seorang wanita berumuran yang aku yakin itu adalah Datin Rozita, pemilik kedai Rosanne Style dan juga sahabat baik Puan Nuraini.
"Erina, how are you?" Datin Rozita mendekati aku lalu kami berlaga pipi.
Aku tarik senyuman. Datin Rozita terkenal dengan sikapnya yang peramah walaupun mempunyai pangkat nama tapi itu tidak membenarnya dirinya bersikap angkuh. Datin Rozita sangat adil dalam setiap layanan pelanggannya.
"Good. Err... Nuf dah datang?"
"Nuf..."
"Hi!" sapa satu garau sama persis suara Nuf.
"Tuan Han?" aku terkejut melihat Tuan Han juga turut berada di situ.
"Only you know me well, honey." Tuan Han senyum menyeringai dan ketika itulah aku nampak perbezaan Tuan Han dengan Nuf.
Tuan Han dengan Nuf adalah kembar. Tuan Han lebih muda daripada Nuf. Jarak mereka cuma 8 minit saja. Namun begitu, aku boleh dapat teka mana satu Nuf, mana satu Tuan Han. Dua-dua memiliki wajah yang sama, wajah yang kacak namun keperibadian mereka langsung tak sama.
"Yeah, I thought he's Nuf earlier. He's really fooling me well." sampuk Datin Rozita bersama gelak tawanya.
"Hanya Erina Tihani seorang je yang tahu perbezaan I dengan abang I." Tuan Han menyeringai lagi. Kali ini senyumannya itu penuh bermakna membuatkan wajah aku membahang panas.
"Err... Nuf mana?"
"Ah... dah tukar nama. I see, I see." terangguk-angguk kepalanya.
Semakin memerah wajah aku diusik Tuan Han.
Aku tak adalah rapat mana dengan Tuan Han. Tapi bila ada majlis aku pasti terserempak Tuan Han atau lain kata Tuan Han yang terserempak aku dulu. Awalnya aku peliklah kenapa perangai Nuf lain macam masa tu. Tapi sebaik saja aku terlihat lesung pipit pada pipi kiri lelaki itu, barulah aku sedar dia bukannya Nuf tapi abang kembar Nuf.
Tuan Han jenis extrovert berbanding Nuf yang introvert. Tuan Han senang nak bawa borak sebab auranya yang positif. Nuf pula susah sikit nak ajak borak panjang. Sepatah ditanya, sepatah juga dia jawab.
"Nuf tak dapat datang hari ini so I ganti tempat dia."
"Dia pergi mana?"
"Risau nampak. Rindu ke?" usik Tuan Han lagi.
"Mana adalah. Tuan Han datang seorang je ke?" sangkalku.
"Drop the formal name, honey."
Aku mencebik bila nama gelaran yang diberinya itu masih utuh dihujung lidahnya. Aku dah kerap kali tegur tapi semakin lancar pula lidahnya memanggil aku honey.
YOU ARE READING
Bukan Aku Tak Cinta
Roman d'amour[update on friday and sunday] "Bila mulut gagal mengatakan Namun mata membicarakan segalanya." • • Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doa ku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta melai...