✨78✨

6 0 0
                                    

"nak pergi dah?" soal Puan Syazlin melihat menantunya itu turun bersama dua bagasi 

"iya ibu"

"auliya mana? sambung tidur lagi?" soal Puan Syazlin lagi

"hahaha takde lah, dia tengah bersiap lagi kat bilik" balas Aiman

"haih budak tu kalau bersiap 2 jam pun belum tentu cukup" bebel Puan Syazlin yang amat mengenali karenah anak perempuannya itu

>

"best la orang tu nak pergi honeymoon dekat London" kata Luqman melirik ke arah pengantin baharu yang ada di situ

"eleh jealous lah tu" jeling Auliya

"takda nak jealousnya. Aiman nanti kat sana kena jaga lebih sikit si Auliya ni, dia ni kalau terlepas pandang sikit dah hilang dah ikut mat saleh handsome ii kat sana" usik Luqman

Aiman ketawa mendengarnya. Alhamdulillah hampir seminggu dia dan Auliya bergelar suami dan isteri, semuanya baik ii sahaja. Aiman diterima baik dalam keluarga itu, mereka melayannya seperti darah daging sendiri buatkan Aiman merasa seperti anak bongsu pula. 

"jaga suami tu elok ii, jaga makan suami, pakaian suami" pesan Puan Syazlin sambil bersalam dan memeluk Auliya

"iya ibu, hari ii ibu pesan benda yang sama, ibu tak bosan ke?" soal Auliya dah lali mendengar segala pesanan ibunya itu

"kena la pesan hari ii supaya kamu tu tak lupa yang kamu dah jadi isteri orang, ha tanggungjawab dah tak sama macam kamu bujang dulu, kamu kena utamakan suami kamu, faham?" bebel Puan Syazlin

"iyaaa ibuku sayangg, Auliya tak lupaa" lantas Auliya mengucup kedua ii belah pipi ibunya 

"jaga diri ya, dah sampai nanti inform la dekat ibu ayah, takda la kitaorang risau sangat" pesan Tuan Fareez pula

"baik ayah" balas Aiman dengan senyuman

>

"masuk lah, sorry la awak, rumah saya bersepah sikit tak sempat nak kemas sebelum nikah haritu" kata Auliya berjalan masuk ke dalam rumahnya

"takpe, patutnya saya yang minta maaf dekat awak"

"hm? kenapa pula?" soal Auliya hairan

"sebab saya tinggal dekat rumah awak, Farhana pula yang kena keluar dari rumah ni sebab saya" balas Aiman

"ish awak ni, ini kan rumah saya, lagipun Farhana dah ada rumah dia sendiri lah, takpayah fikir macam tu lah" kata Auliya

"iya la saya kan suami, patutnya saya bawa awak balik rumah saya, ini saya yang tinggal dekat rumah awak, segan lah saya" kata Aiman menunduk

"awakk" telapak tangan Aiman, gadis itu pegang lembut

"saya tak kisah pun lah semua tu, awak jangan la rasa serba salah pula, tak kisah la rumah saya ke rumah awak ke yang penting kita hidup bersama" ujar Auliya

"amboii isteri saya ni, dah pandai berkata kata romantis eh sekarang" kata Aiman mencuit nakal hidung isterinya

"hihihi tengok lah siapa yang ajar" kata Auliya tersenyum nakal

ulat bulu mula naik badan, jarak antara mereka kian dekat, bibir mereka hampir bertembung.

1

2

3

"wahhhh jiran baruuuu" terjah Daniel tanpa memberi salam

lantas suami isteri itu membetulkan posisi. hilang terus segala ulat bulu yang ada tadi.

Let's fix itWhere stories live. Discover now