BAB 4

180 10 1
                                    

ARNASH FARHAN melangkah lemah menuju
ke dalam rumah. Seharian bekerja, dia berasa penat. Tali leher dirungkaikan. Lengan kemeja dilipat sehingga ke siku. Rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang.

"Dah balik pun budak bertuah ni." Tegur satu
suara.

Arnash Farhan mengangkat wajah, memandang
ibu tersayang. Dia mengukirkan satu senyuman kecil.
"Ibu nak cakap sikit pasal apa yang kita bincangkan tempoh hari." Puan Kalsom mengambil tempat di sebelah anak lelakinya. Paha Arnash Farhan diurut-urut.

"Hmm... tak payahlah ibu. Arnash malas nak
cakap pasal benda tu." Kalih Arnash Farhan.

"Ibu kena cakap jugak. Sampai bila Nash nak
menduda macam ni? Dah tiga tahun Nash dengan Irina berpisah. Tak perlu lagi rasanya Nash kenangkan bekas isteri kamu tu. Dia yang nak cerai, kan?" ujar Puan Kalsom sedikit tegas.

Arnash Farhan melepaskan keluhan berat. Sebab
itulah, dia takut hendak kahwin lagi. Selain itu, hatinya masih terikat kepada bekas isterinya. Dia masih mencintai bekas isterinya.

"Habis tu, ibu nak Nash buat apa?" soal Arnash
Farhan. Nada suaranya kedengaran agak lemah.

"Cari seseorang yang boleh bahagiakan kamu.
Nash, setiap lelaki perlukan perempuan. Raja pun
perlukan permaisuri. Jadi, Nash pun perlukan isteri.
Lepaskan apa yang dah pergi.

"Teruskan pandang ke hadapan. Bagi peluang
dekat perempuan yang betul-betul sukakan Nash. Kalau susah sangat, biar ibu yang pilihkan kamu jodoh," ujar Puan Kalsom berjela-jela.

"Tak payahlah, ibu..." Arnash Farhan mendengus
perlahan.

"Kalau macam tu, cepat-cepat carikan ibu
menantu baharu." Usul Puan Kalsom sebelum beredar meninggalkan anak lelakinya sendirian.

Arnash Farhan meraup wajahnya. Irina, nama itu
akan selalu tertanam jauh di dasar hatinya. Cintanya
kepada wanita itu tidak akan pernah terganti walaupun dia telah dikhianati.

SYAFIZA IMAN menghempas punggung di
pondok yang berada di taman permainan. Kotak pensel bersama buku latihan Matematik diletakkan. Bergelintar matanya memerhatikan kanak-kanak yang sedang bersuka-ria. Kemudian, pandangannya jatuh ke raut wajah jelita milik Natasha.

"Kau rasa kan, waktu petang-petang macam ni
Cikgu Arnash tengah buat apa?" soal Syafiza Iman
kepada sahabatnya.

"Tengah kira biji tasbih agaknya," jawab Natasha
diusul dengan hilaian ketawa.

Memuncung terus mulut Syafiza Iman. Geram
dengan sikap sahabatnya yang suka bermain-main
dengannya.

"Dahlah, Pija. Dua puluh empat jam kau asyik
teringat dekat dia. Entah-entah, dia dah ada awek,"
sambung Natasha.

"Taklah, aku pasti dia single. Tapi aku tak suka
bila Cikgu Laila dan Cikgu Zila macam nak try bakal
suami aku tu," Juih Syafiza Iman.

"Wah, belum apa-apa dah admit bakal suami,
eh?" Usik Natasha. Dia ketawa lagi.

Syafiza Iman tersengih malu. Baru sahaja dia
hendak menarik keluar pen hitam dari dalam kotak
pensel, matanya tertancap pada seseorang. Serta-merta senyumannya mekar.

"Kalau dah jodoh memang tak ke mana, Nat. Kau
tengok, kita baru cakap pasal dia tadi. Dia muncul."
Syafiza Iman menampar bahu Natasha berkali-kali.

"Hesy... kau pikir bahu aku kompang ke? Suka
hati je nak pukul-pukul," gerutu Natasha. Dia turut
membuang pandang ke arah lelaki berbaju oren itu.

"Eh, yelah. Itu cikgu! Kalau dia datang taman
sini, maksudnya rumah dia mesti duduk dekat-dekat area sini." Tukas Natasha.

Syafiza Iman tersenyum lagi. Dia terus memetik
sekuntum bunga raya yang berada tidak jauh di pondok yang didudukinya sebentar tadi.

"Eh, Pija. Kau nak ke mana tu?" soal Natasha.
Aduh, dia ni. Gerutu hatinya.

Syafiza Iman mengatur langkah mendekati
Arnash Farhan yang sedang mengelap peluh di leher.
Senyuman paling lebar dia hadiahkan buat lelaki itu.

"Hai, cikgu!" Dia menyapa, ramah.

"Eh..." Terkejut Arnash Farhan melihat kehadiran
pelajarnya.

"Awak buat apa kat sini?"

"Cikgu buat apa kat sini?"

Syafiza Iman tergelak tatkala mereka sama-sama
bertanya secara serentak. Alahai, comel sungguh.
"Cikgu jawablah dulu." Syafiza Iman tersenyum.

"Jogging. Awak buat apa kat sini? Kerja sekolah
saya dah siapkan belum?" Kening Arnash Farhan
terangkat tinggi memandang gadis yang memakai tudung sarung berwarna hitam itu.

"Kerja sekolah cikgu paling pertama saya
siapkan. Saya duduk-duduk kat taman dengan Natasha. Saja nak cari mood buat kerja Matematik," balas Syafiza Iman.

Arnash Farhan tidak membalas. Rambutnya
disebak ke belakang. Tidak selesa berdua-duaan dengan gadis itu di taman.

"Cikgu, nak tanya boleh?"

"Tanyalah."

"Cikgu dah ada awek? Hmm... atau isteri?
Ataupun cikgu single lagi?" soal Syafiza Iman. Dia tak
mahu menaruh harapan kepada suami orang. Kalau
bukan suami orang, bolehlah dia cari cara nak rampas.

Eh!

Berkerut kening Arnash Farhan dibuatnya. Di
sekolah lama dulu pun dia terima soalan yang sama juga. Hmm... soalan itu ialah soalan yang biasa ditanya oleh pelajar kepada gurunya.

"Awak rasa saya ni single ke?" Sengaja Arnash
Farhan bermain tarik tali.

Syafiza Iman menggigit bibir. Diperhatikan lelaki
itu daripada atas sehingga ke bawah. Good looking!

"Single?" Tebak Syafiza Iman.

"Taklah, saya tak single. Saya duda. Ada anak
seorang dah pun," jelas lelaki itu.

Jelas terpancar riak kekecewaan di raut wajah
Syafiza Iman. Namun, perasaan itu diusir pergi. Alah,
duda saja pun. Bukan ada isteri. Kau ada peluang nak try dia. Bisik hati kecilnya.

"Kiranya duda hotlah ni?" Syafiza Iman
tersenyum nakal.

"Apa maksud awak ni, Syafiza?" Arnash Farhan
mula rasa lain macam setelah melihat senyuman itu.

"Tak ada apa-apa. Nah, cikgu. Special untuk
cikgu." Diberikan sekuntum bunga raya kepada Arnash Farhan.

"Untuk apa?" soal Arnash Farhan.

"Sebagai tanda sayang dan cinta saya kepada
cikgu. Simpan, tau!" Syafiza Iman tersengih sebelum
beredar.

Terkebil-kebil Arnash Farhan memandang bunga raya yang berada di tangannya. Bibir diketap. Langkah gadis itu dihantar dengan ekoran mata. Lantas dibuang bunga itu ke dalam tong sampah.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now