Episode 5 : Rumor Rating 10 / Dasar Si Parasit!

2 1 0
                                    

Dalam akademi ni ada khabar angin tau....

Khabar angin yang mengatakan bahawa ada terdapatnya pelajar rating 10. Rating tertinggi yang pernah dimiliki oleh pelajar.

Tapi tiada seorang pun yang tahu siapakah orang bertuah tu.

Memang lah semua orang boleh beri rate kepada sesiapa saja yang mereka kehendaki. Tapi itu tak bermakna mereka semua boleh lihat rating orang lain kecuali pemilik rating itu sendiri dan pihak akademi.

So.....macam mana nak tahu rating seorang pelajar itu kalau tak dinyatakan dalam sistem?

Simple, setiap pelajar ada ID pelajar. Dan setiap ID itu akan guna barcode yang telah ditetapkan khas untuk mereka. Kalau nak guna atau masuk apa saja ruang khas rating 5 ke atas, barcode itu adalah pass untuk mereka.

Namun barcode itu tidak tunjuk details tahap rating mereka. Jadi siapa yang beritahu rating mereka saha yang tahu mereka itu rating berapa. Kalau tak beritahu tak ada siapa tahu.

Ada yang cakap rating 10 adalah pelajar dari kelas satu dan pelajar popular akademi ni. Ada jugak yang rumor kan bahawa pelajar rating 10 adalah geng yang bermasalah, dan ada jugak yang cakap pelajar rating 10 tu sebenarnya hanyalah satu rumor dan tak pernah wujud pun.

Kenapa mereka rahsiakan rating mereka?

Hal ini kerana rating mereka boleh dirampas oleh pelajar lain.

Dengan menggunakan elimination system. Iaitu sekiranya mereka tahu pelajar ini mempunyai rating 10, mereka akan gunakan nama orang itu dan sebarkan fitnah dan timbulkan masalah dengan nama orang itu. Paling tak pun mereka akan ramai-ramai bersubahat untuk berikan rating rendah pada pelajar rating 10 tersebut.

In conclusion, dapat rating tinggi ni bukan suatu kelebihan atau perkara yang patut disenangi. Sebaliknya ia hanya akan mengundang insecurity pada ramai orang termasuk lah pada pemilik rating itu sendiri.

Macam mana mereka boleh dapat rating 10?

Well biasanya mereka yang dapat rating tinggi ni kerana pensyarah atau orang atasan yang berkenaan sangat pada mereka. Atau mereka beli rating tu sendiri untuk dapatkan kemudahan di dalam akademi. Or known as rich kid privilege. Sebab itu lah mereka boleh dapat rating tinggi.

Kenapa rating ni penting?

Siapa dapat rating tinggi dan dapat kekalkannya, mereka tidak perlu bayar sebarang kos sepanjang pembelajaran di akademi. Tak perlu tanggung apa-apa bayaran. Apa yang perlu buat adalah belajar pandai-pandai dan naikkan nama baik akademi. Itu sahaja. Sekiranya mereka yang gagal naikkan rating atau jatuh dari rating asal, maka terpaksa lah mereka bayar kos yang sangat mahal.

Hebat tak cara akademi ini cari duit?

Nak buat macam mana, dah itu cara nak survive dalam dunia capitalism ni!

Selesai makan tengah hari, pelajar biasanya ada waktu senggang atau rehat antara kelas untuk beriadah selama setengah jam setiap hari. Jadi selepas sesi makan tengah hari, kebanyakkan pelajar suka luangkan masa mereka di taman untuk ambik angin, atau bermain bola keranjang di gelanggang, atau futsal di gym, atau duduk berborak santai di kolam air pancur, paling tidak pun duduk di dalam perpustakaan untuk membaca.

"Bye...jumpa nanti." Lambai Jeongwoo kepada Hana di depan perpustakaan itu.

Hana angkat tangan dan melambai ke Jeongwoo. Setelah kelibat sepupunya itu menghilang, dia berjalan masuk ke dalam perpustakaan.

Mesin pembaca barcode yang berada di tepi pintu masuk itu mengeluarkan bunyi 'bip' selepas barcode di lencananya di scan.

"Hai Hana....awal hari ni? Bukan ke awak akan bertugas esok? Kenapa masuk library hari ni?" Tanya petugas yang berada di belakang kaunter.

The Hierarchy 👑Watanabe Haruto👑Where stories live. Discover now