Prolog

2 1 0
                                    


"AKU terima nikahnya Fasha Aliya binti Ahmad Zulkifly dengan mas kahwin nya yang bernilai 300 ringgit tunai." Dengan lafaz itu, aku dan Fiqri pun sahlah jadi suami isteri. Aku tak tahu nak bereaksi macam mana.

Menangis terharu? Memang taklah. Air mata aku ni mahal. Julung-julung kali je aku menangis. Last seen aku nangis rasanya masa break up dengan Rayyan.

Ceh. Lupakan mamat poyo tu.

Sekarang, macam mana aku nak elak dari kena cium tangan dia? Seriously, kena cium tangan? Urgh, memang tak rela lah!

"Fasha, salam Fiqri" arahan mummy menyentakkan lamunan Fasha. Fasha mendongakkan kepalanya. Pandangan bertemu dengan pandangan Fiqri. Fiqri melayangkan senyuman manis kepada Fasha.

Fasha hanya tayang muka tak beriak. Tangan Fiqri dicapai dan dikucup. Hangat.

Bila Fasha mendongak, dahinya dikucup oleh Fiqri. Terbuntang biji matanya. Sejak bila aku kasi dia cium dahi aku? Tapi bukan ke tu benda normal?

Ahh tak kisahlah!

Tangan Fiqri yang memegang jemarinya untuk disarungkan cincin, dicubit. Berkerut dahi Fiqri menahan sakit.

Tu la memandai lagi..

Fasha tersenyum puas. Terjongket kening Fiqri. Apasal isteri aku ni main cubit-cubit? Dendam sangat ni...

Jari manis Fasha disarung dengan cincin emas yang bertatahkan berlian. Cantik sungguh dan Fasha agak kalau jual...ratus ribu jugak ni.

Tengok tu, baru berapa minit nikah dah rancang nak jual cincin nikah.

"Assalammualaikum my wife" Fiqri tersenyum manis kepadanya. Jantung Fasha mula tidak stabil. Salam lelaki itu dijawab perlahan.

Mata mereka saling berlaga dan masing-masing tidak mengalihkan pandangan – seorang ego dan seorang lagi memang tak mahu saat ini berlalu.

Will it be 'something' between us?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cherish My Love : Between Fasha & FiqriWhere stories live. Discover now