"Assalamualaikum," Razaleigh memberi salam setelah memasuki didalam rumahnya.
Gelap, jam yang ada didinding menunjukkan sudah jam 9 malam. Ini bermakna sudah 5 jam dia keluar. Waktu begini, nendanya mesti dah tidur. Jalan dibawa ingin menuju tangga tiba-tiba tangan kirinya ditangkap oleh seseorang.
Laju dia menoleh kebelakang ingin tahu siapa yang memegang tangannya saat ni.
"Raz,"
Nafas dilepas lega, dia sungguh terkejut tadi dengan cahaya yang sedikit gelap diruang tamu ini tiba-tiba tangannya dipegang seseorang.
"Nenda, terkejut Raz." Ujarnya dengan tangan kanan yang dibawa memegang pergelangan nek Fatimah, nendanya.
"Mana bunga nenda?" Tanya nek Fatimah tanpa memikirkan perasaan yang dirasa oleh Razaleigh atas ulahnya tadi.
"Ada, Raz letak dekat tempat yang nenda selalu simpan bunga-bunga nenda." Razaleigh tersenyum memberitahu. Teruja sungguh wajah nendanya.
"Nenda kenapa tak tidur lagi? Bukan ke waktu macam ni nenda dah tidur?"
"Nenda tunggu Raz, nak tengok selamat ke tidak bunga nenda tu sampai rumah. Alhamdulillah selamat," ujar nendanya.
"Raz, sembang dengan nenda kejap jom," ajak nendanya dengan tangan yang sedia menarik Razaleigh.
Razaleigh mengikut sahaja langkah nendanya sekarang, boleh lah lagipun sekarang tak malam sangat mungkin nendanya juga tak rasa mengantuk sebab tu ajak dia bersembang.
"Duduk, nenda nak tanya."
"Nenda nak tanya apa?" Razaleigh bertanya dengan kening kanan yang sedikit terangkat.
"Kamu ada jumpa siapa-siapa tak harini?" Pertanyaan dari nenda itu berjaya membuat Razaleigh terkedu.
Soalan nenda seolah tahu siapa yang dia jumpa harini. Melihat Razaleigh yang hanya menatap saja wajahnya, nek Fatimah membuka kembali bicara.
"Raz, kamu jumpa diakan?"
Razaleigh terus tersedar dari lamunan. Benarlah, nendanya memang tahu. Tapi macam mana nenda boleh tahu? Berbagai-bagai soalan mulai kacau didalam benaknya.
"Siapa dia?" Tanya Razaleigh
"Qaisara Mailana," Jawab nek Fatimah.
Razaleigh mengerutkan dahinya, wajah nendanya ditenung lama.
"Macam mana nenda tahu?"
"Nenda yang merancang pertemuan kamu dengan Qaisara, Raz." Tangan yang menggengam tangan milik Razaleigh dilepas.
"Ha?" Bingung Razaleigh.
"Selama ni, nenda tahu keadaan Qaisara macam mana dan dia dimana," bagi Razaleigh jawapan nek Fatimah tidak cukup untuk dia fahami.
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
Kurgu OlmayanRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...