1

182 9 0
                                    


"Anak umi sihat?" soalan yang wajib ditanya jika mereka saling berhubung melalui aplikasi skype. Ini sahajalah medium untuk mereka bertemu. Itu pun bukan selalu memandangkan mereka berdua berada di dua benua yang berbeza.

Bibir mengukir senyum. Sudah hampir seminggu Hazel dan Puan Aisyah tidak berbual. Maklumlah, jadualnya di universiti agak padat memandangkan hujung bulan nanti dia akan membuat persembahan kerana dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

"Alhamdulillah sihat, umi! Umi macam mana? Abah jaga umi baik-baik tak?"

Hazel. Ya...Itu nama aku. Nama penuh, Hazel Evelyn binti Hilman. Nama aku biasa-biasa aje. Tapi...Kalau dengar nama aku mesti komen pertama mereka adalah, kau orang mat saleh ke? Hazel mahupun Evelyn, dua-dua orang mesti tak percaya.

Akhir-akhir dia akan dipanggil hazel-nut. Memang ramai sangat yang sangat suka panggil dia dengan nama tu. Banyak lagi gelaran orang lain yang suka main-mainkan namanya. Dulu, selalu mengadu dekat umi. Tapi sekarang, dia dah tak kesah. Dah masak dah dengan perangai manusia yang tak sedar diri ni.

Nama aku memang Hazel. Kenapa? Entahlah... Umi mengidamkan kacang hazel masa mengandungkan dia dulu agaknya. Mungkin juga sebab mata aku berwarna hazel. Tak apalah. Apa yang pasti, aku tak suka kacang hazel.

Hahaha!

"Alhamdulillah, umi pun sihat. Hazel jangan risau. Abah jaga umi ni macam bidadari tau sejak Hazel sambung belajar ni," sempat Puan Aisyah bergurau.

Hazel bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. Tiada langsung konflik atau masalah. Meskipun Puan Aisyah disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, Encik Hilman tak berhenti- henti memberikan sokongan penuh kepadanya. Hazel lega sekurang-kurangnya umi tidak berasa kosong selepas ketiadaannya.

Hazel sambung belajar ini pun dengan berat hati. Kalau bukan sebab Puan Aisyah yang inginkan anaknya belajar di luar negara. Hazel pun malas sebenarnya. Belajar jela dekat Malaysia. Tapi, memandangkan Puan Aisyah berkata yang peluang untuk mencapai impian disini lebih luas,   dan bagi Puan Aisyah, peluang ini tak harus dia lepaskan.

"Nampaknya Hazel kena balik cepat ni. Baru boleh bermanja dengan abah." sambung dia lagi buatkan umi tertawa.

Rasa rindu kepada umi dan abahnya membuak-buak. Hazel juga merupakan satu-satunya anak mereka. Jangankan mereka, pendek kata dia rindu Malaysia. Rindu dengan sahabat sejak dari sekolah menengah, rindu untuk mengajar kanak-kanak bermain biola, rindu untuk melancong ke pelbagai negeri.

Aaaa! Tak sabarnya nak balik Malaysia! Tak lama lagi pengajiannya disini akan tamat. Tak terasa, sudah hampir tiga tahun dia menetap di bumi Melbourne ini.

"Hazel rindu umi, rindu abah. Hazel sunyilah dekat sini," luahnya manja. Maklumlah, anak tunggal perempuan. Memandangkan Hazel tiada adik beradik yang lain memang hubungan dan orang tuanya rapat.

Kedengaran suara Encik Hilman ketawa.

"Hazel dengarlah abah ketawa! Abah tak rindu Hazel ke?'' Alahai...sudah mula lah tu berdrama!

Encik Hilman tak berhenti ketawa. Malah makin galak. Malah Puan Aisyah pun turut ketawa.

"Umi dan abah pun mestilah rindu Hazel."

"Jadi ke nak pergi Milan?" Soal Puan Aisyah lagi. Bertanyakan tentang rancangannya.

Bila sebut pasal bandar Milan atau lebih dikenali sebagai World of fashion, terus Hazel senyum lebar. Teruja dan tak sabar. Memang impiannya untuk kesana dan umi dan abah pun tak kisah sebab mereka tahu Hazel pandai menjaga diri. Mereka percayakannya.

"Jadi. Masa summer break nanti. Sebelum Hazel balik Malaysia."

" Amboi...sukanya dia! Kata rindu umi dengan abah. Ni bila ada peluang balik, dia pergi merayau dulu."

Theo Gabriel Where stories live. Discover now