BAB 6

187 14 0
                                    

ENCIK Daud mendekati anak perempuannya
yang sedang duduk membuat kerja sekolah. Punggung dihempas di sebelah Syafiza Iman. Satu keluhan dilepaskan. Dia terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa mengambil anak kesayangannya pulang sekolah.

"Pija balik dengan siapa tadi?" soal Encik Daud. Lembut.

"Cikgu hantarkan. Kenapa tak ambil orang balik
sekolah?" Syafiza Iman memuncung. Tangan disilangkan ke dada.

"Ayah minta maaf. Ayah banyak kerja tadi.
Encik Azman tak bagi ayah keluar. Ayah terlupa yang
Pija sekolah hari ni," jelas Encik Daud.

Puan Maimon keluar dari dapur sambil menatang
teh panas lalu diletakkan ke atas meja.

"Abang ni kerja sampai lupa anak. Nasib baik
cikgu dia hantarkan balik." Puan Maimon menyebelahi anak gadisnya.

"Maaflah. Abang bukan sengaja." Encik Daud
mengeluh.

"Tak apa, lepas ni kalau ayah tak nak ambil lagi
pun tak apa. Pija tak kisah." Syafiza Iman tersengih
sampai ke telinga.

Berkerut kening Puan Maimon dan Encik Daud
memandang anak mereka. Lapar sangatkah sampai gigit pen?

"Ibu... Ayah... Nak tanya boleh?" soal Syafiza
Iman. Wakah ibu dan ayahnya dipandang silih berganti.

"Tanyalah," jawab Puan Maimon.

"Ibu dengan ayah kahwin dulu masa umur
berapa, erk?" soal Syafiza Iman.

"Kenapa tanya?" soal Encik Daud pula.

"Saja." Syafiza Iman tersengih.

"Ibu dengan ayah kahwin muda. Lepas SPM
terus kahwin. Biasalah, orang dulu-dulu," jawab Puan
Maimon.

Syafiza Iman tersenyum lagi. Nampak gayanya
dia pun ada peluang. Kata orang, bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Hiks!

ARNASH FARHAN meletakkan kepalanya di
atas bantal. Peristiwa siang tadi masih segar di dalam
ingatannya. Dia menggeleng. Boleh gila dia melayan
gadis sengal seperti Syafiza Iman.

Mujurlah dia bukan seorang yang suka ambil
serius terhadap perbuatan pelajarnya itu. Boleh saja dia mengadu dengan guru disiplin cuma dia malas. Yalah, kasihan pula nanti. Tidak lama lagi gadis itu akan menduduki peperiksaan besar.

"Cikgu. Bukalah mulut. Saya suap sikit." Syafiza Iman merengek.

"Saya cikgu awak, Syafiza." Arnash Farhan
separuh berbisik.

"Tak kisahlah. Cepatlah. Kalau tak, saya tak nak
balik." Ugut gadis itu.

Arnash Farhan geram. Dibuka luas-luas mulutnya, menjemput nasi ayam itu masuk. Tajam matanya merenung wajah comel Syafiza Iman. Bunyi ketukan di luar pintu menyedarkan Arnash Farhan daripada lamunan yang cukup panjang. Rambut yang kelihatan kusut masai disebak ke belakang. Dia lekas berdiri. Tombol pintu dipulas.

"Eh, kenapa ayah?" soal Arnash Farhan sebaik
saja sosok tubuh kurus bapanya berdiri di hadapan pintu.

"Ayah nak cakap yang esok ayah dengan ibu nak
ke Rengit. Kami nak melawat atuk saudara kamu.
Mungkin ayah dengan ibu duduk sana dalam seminggu. Nash jagakan rumah, boleh?" ujar Encik Adib sambil tersenyum.

"Boleh. Bila ayah dengan ibu nak gerak?" tanya Arnash Farhan.

"Insya-Allah, lepas subuh."

Arnash Farhan mengangguk.

"Ayah nak cakap tu saja. Ayah masuk bilik dulu.
Selamat malam." Pamit Encik Adib.

"Selamat malam juga." Arnash Farhan mengucup
tangan bapanya. Setelah bayang lelaki tua itu tidak lagi kelihatan, dia terus menutup pintu bilik.

KEADAAN di kantin sekolah mula riuh-rendah
apabila masing-masing saling berebut hendak membeli makanan. Syafiza Iman menyenggol bahu seorang pelajar tingkatan empat yang berhimpitan dengannya. Mangkuk yang berisi mihun sup dibawa ke meja yang diduduki oleh Natasha dan Nazmi.

"Kau serius nak belajar atau cuma nak main-main?" soal Natasha inginkan kepastian. Jatuh rahangnya apabila sahabat karibnya itu menyatakan hasrat ingin belajar di rumah guru muda itu.

"Well, kau tahu niat aku, kan? Tolonglah,
Tasha...Nazmi... Kau coverlinelah aku sikit. Takkan aku nak belajar sorang-sorang?" Syafiza Iman mempamerkan riak sayu.

Natasha memandang teman lelakinya, ingin
meminta pendapat. Lelaki itu menjungkit bahu.

"Yelah, kami tolong. Kami tolong sebab kau kawan baik kami tau, Pija. Hmm, cikgu dah tahu belum?" soal Natasha. Roti sosej digigit.

"Belum lagi. Hari ni mana ada subjek dia." Syafiza Iman memuncung.

"Itu cikgu..." Jari telunjuk Nazmi lurus menunding seorang lelaki yang memakai baju sukan sekolah dan sedang berjalan beriringan dengan seorang wanita.

Api cemburu Syafiza Iman mula membuak-buak.
Geram betul dia sekarang ini. Sakit hati betul! Cikgu
Laila sengaja ingin dekat-dekat dengan buah hatinya.

"Eh, kau nak ke mana?" Natasha menarik tangan
Syafiza Iman.

"Aku nak serang cikgu gatal tu? Plus, aku nak
cakap kat buah hati aku yang aku nak belajar kat rumah dia lepas Zohor esok," jawab Syafiza Iman.

"Haih... suka hati kau." Natasha melepaskan
tangan gadis itu semula. Langkah sahabatnya dihantar melalui sorotan mata.

"Cikgu..." Syafiza Iman brek secara mengejut
apabila dadanya dan dada Arnash Farhan hampir
bertembung.

Terkejut lelaki itu dibuatnya. Perbualannya
bersama guru wanita itu serta-merta terhenti. Keningnya terangkat tinggi memandang Syafiza Iman.

"Ada apa, Syafiza?" soal Arnash Farhan. Apa
yang berlaku semalam masih segar di dalam ingatannya.

"Cikgu... Saya, Nazmi dengan Tasha ada buat
plan. Kami bertiga kan tak beberapa pandai sangat nak jawab soalan Komsas, jadi kami bertiga nak belajar dekat rumah cikgu. Setiap hari Sabtu. Boleh?" soal Syafiza Iman.

"Maksudnya, nak ambil tuisyen?" tebak Arnash Farhan.

"Lebih kurang macam itulah." Syafiza Iman mengangguk.

Arnash Farhan berfikir sejenak. Rancangan itu
kedengaran bagus. Tambahan pula, dia memang sentiasa lapang di hari itu. Demi kejaayaan pelajarnya, dia sanggup berkorban masa sedikit.

"Korang bertiga nak datang pukul berapa?" soal
Arnash Farhan.

"Lepas Zohor, boleh?" Tanya Syafiza Iman.

"Lepas Isyaklah. Siang saya busy sikit," jawab
Arnash Farhan.

Syafiza Iman mengangguk. Dikerling sekilas guru wanita yang sedang berdiri di sebelah buah hatinya. Bibir diketap. Nak jeling rasa bersalah pula.

"Terima kasih, cikgu. By the way, terima kasih
belanja saya makan semalam," ujarnya. Perkataan
belanja ditekan sedikit. Membulat mata Laila. Wajah Arnash Farhan dipandang.

"Awak belanja Syafiza makan?" soal Laila selaku
guru pendidikan jasmani di sekolah itu.

"Ya, Cikgu Arnash belanja saya makan. Kenapa,
cikgu jealous ke?" Syafiza Iman tersenyum sinis
sebelum berlalu pergi.

Tajam mata Laila merenung Arnash Farhan.
Entah kenapa dia berasa cemburu. Mungkin kerana dia sudah mula jatuh hati kepada Arnash Farhan.

"Kenapa awak belanja dia makan?" soal Laila sekadar ingin tahu.

"Tak ada apa-apalah. Saya hantar dia pulang
semalam sebab ayah dia lupa nak ambil. Alang-alang tu bawa pergi makan sekali," jelas Arnash Farhan.

Laila menarik nafas lega. Nampak gayanya dia
perlu berusaha gigih sedikit untuk memberitahu Arnash Farhan bahawa dia sudah jatuh suka kepada lelaki itu. Jika sebelum ini mereka hanyalah teman rapat, tetapi tidak lagi kini. Perasaan itu telah bertukar menjadi cinta.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now