3

54 6 0
                                    

        HAZEL memandang ke arah matahari yang mula terbenam itu. Tak lama lagi, hari akan menjadi gelap dihiasi taburan bintang-bintang dan bulan. Tapi melihatkan cuaca yang baru saja selepas hujan tadi. Dia tak rasa semua itu akan terjadi. Mungkin suram.

Tiba-tiba dia teringatkan peristiwa petang tadi. Terus pipi berona kemerahan. Kalau bukan kerana dia yang berdegil ingin bermain biola pada waktu hujan, mesti dia takkan bertembung langsung dengan lelaki itu.

Mata mengerling ke arah jam dinding. Hari sudah hampir malam, namun kelibat Irene langsung tidak kelihatan. Sejak Irene mempunyai hubungan istimewa dengan Kyle, Irene kerap lambat pulang ke rumah.  Bukan apa, dia cuma risau. Tambahan pula Kyle dua tahun lebih tua dari mereka.

Tangan naik ke atas dada. Selalunya, ketika dia dalam keadaan resah seperti ini, pasti dia akan memegang loket berbentuk bintang yang dihadiahkan oleh umi. Baginya, ini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri dan untuk melepaskan rindu kepada umi yang berada jauh beribu batu.

Tiba-tiba dia tidak merasakan sesuatu. Loket berbentuk bintangnya telah hilang! Lantas, dia bangun lalu memeriksa di atas katil tidurnya namun hampa.

"Rantai aku.." rintihnya perlahan. Tiba-tiba rasa mahu menangis. Sudahlah itu merupakan pemberian orang tuanya.

Mahu keluar, hari sudah gelap. Biasanya dia akan ditemani oleh Irene jika hendak keluar pada waktu malam. Tapi memandangkan Irene tiada, maka dia terpaksa mencarinya esok.

-------

   Hazel kini sudah berada di Milan, Italy. Beberapa jam lepas, dia, Aurora, Avrin dan Irene selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan. Walaupun penat penerbangan kami hampir sepuluh jam belum hilang, kami tetap meneruskan agenda utama iaitu berjalan-jalan di sekeliling kota Milan.

Tapi sekarang hanya tinggal agenda. Sebab apa? Sebab aku sekarang ni tak tahu aku dekat mana.

Yes everyone. I'm getting lost. Yay!

Hazel pun tak tahu mana silapnya. Tadi mereka berempat pergi ke sebuah kedai untuk mencuba gelatto yang terkenal disitu. Dia berlalu untuk ke tandas sekejap. Dan bila balik, rakan-rakannya telah hilang. Aiskrim yang diletakkan di atas meja turut hilang sekali.

Nasib bertambah malang bila dia keluarkan telefon dan skrinnya gelap.  Puas ditekan berkali-kali tapi yang muncul hanya simbol. Perlu dicas

Innalillah. Gara-gara teruja mengambil gambar dan video, tak sedar bateri telah habis. Hilang sudah satu-satunya medium untuk dia dan rakan-rakannya berkomunikasi.

Mahu bertanya sekeliling, dah tentulah bahasa yang menjadi penghalang. Dah enam orang Hazel tanya sama ada tahu bahasa inggeris atau tak, semua jawab tak. Agaknya memang nasib malangnya tidak bertemu dengan orang yang fasih berbahasa Inggeris. Sudahnya dia mengalah.

Pandang langit lagi. Makin susah hati bila hari bertambah gelap. Serius hilang harapan! Mana aku tak tidur malam ni? Di tangan hanya ada beberapa euro. Tak lepas rasanya nak bermalam di hotel. Takkan aku nak tidur bertemankan burung-burung disini?

Ya Allah..

-----

Hazel berdiri di depan sebuah restoran yang baru ditutup. Berlindung daripada renyai hujan yang mulai turun. Tak lebat. Tapi boleh basah juga.

Hazel memeluk tubuh sendiri bila terasa angin bertiup. Anak rambutnya turut diselakkan ke belakang telinga. Kawasan disini sudah makin sunyi kerana banyak restoran dan kedai dah ditutup.

Otaknya kosong. Hendak ke balai polis, dia tidak tahu. Nak bertanya kepada orang awam? Masalah komunikasilah yang membuatkan semua masalah yang menjadi sulit.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now