4

56 5 0
                                    

KEDENGARAN tapak kaki berlari semakin mendekat. Jantung semakin berdebar. Lalu dipejam mata seerat-eratnya. Dan bila makin dekat, terasa Theo merapatkan lagi jarak mereka. Tangan Theo memegang belakang kepalanya, sebelah tangan lagi mendarat ke dinding.

Jantung semakin berdegup pantas. Bukan kerana takut, tapi disebabkan jarak mereka yang terlalu dekat. Dapat dia dengan hembusan nafas Theo menampar lembut pada pipinya. Bersama aroma wangian dan maskulinnya.

Dan.....senyap.

Setelah Theo yakin yang mereka dah hilang, Theo membolehkan wajahnya ke arahnya. Hujung hidung mereka berlaga. Hazel mencuba untuk keluar dari tempat persembunyian namun tangan Theo lebih cepat menghalang.
Hazel menelan air liur.

Mereka saling bertatapan. Theo pula bagaikan patung. Langsung tiada niat untuk keluar. Berkelip pun tidak.

Setelah Theo menjarakkan wajah, terus Hazel menghembus nafas lega. Meskipun kedudukan mereka masih rapat, sekurang-kurangnya dia dapat bernafas dengan teratur semula.

----

"Sorry...I don't know Italian. What did you say?" soal Hazel kembali.

Wajah lelaki itu bertukar selamba. Dia tegakkan tubuh lalu jatuhkan kedua-dua tangannya.

"Name. What's yours name?" balas dia lagi. Kini dia berbahasa Inggeris.

"Hazel Evelyn. People call me Evelyn," balas Hazel sambil tersenyum. Ya, nama Hazel hanya untuk orang-orang terdekatnya sahaja.

"Hazel," katanya sambil tepat memandang ke arahku.

"By the way, my name's.."

"Theo! Am i right?" celah Hazel. Gila tak kenal? Bualan mulut student kampus kut!

Theo diam dulu. Ekspresi wajahnya cuma selamba tapi terasa aura dingin darinya. Dia bagaikan mempunyai sesuatu tarikan.

"Yea.Theo Gabriel. You can call me Theo instead."

Selepas itu Theo diam. Hujung bibir naik sedikit. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh berdentum di langit, terus Theo tersedar dari lamunan.

Tiba-tiba wajahnya berubah dingin.

"You shouldn't be here! This place is dangerous for people like you!" Tegas suaranya.

"I'm lost Theo. I don't where am i.." Hazel melawan. Ingat dia ni budak-budak ke? Kalau aku tahu yang tempat ni bahaya. Memang seinci pun aku takkan jejak masuk sini tau!

"Your friends?"

Hazel mengangguk.

"You remember me?" soal Hazel. Yalah... Mereka hanya bertemu dua kali.

Tiba-tiba hujung bibir Theo ternaik.

"Of course! That woman who dancing in th...."

"Shh!" Hazel terus menekup mulutnya. Hazel menggelengkan kepala. Pipinya sudah berona kemerahan kerana teringatkan peristiwa pada ketika itu. Malu!

Theo ketawa pendek.

Membahang rasa muka. Apatah lagi bila kembali terbayang adegan dia dan Theo terjatuh.

Hazel pandang ke arah jalan besar yang menjadi tempat mereka berlari tadi. Hujan masih jatuh ke bumi. Entah dimana mereka sekarang ini.

"Siapa mereka?" soal Hazel dalam bahasa inggeris.

Dia nampak yang Theo berdiam diri sebelum menggeleng.

"Saya risau mereka datang balik."

"Jangan risau. Saya yakin kita dah terlepas."

Theo Gabriel Where stories live. Discover now