Bunga mengecilkan matanya sambil memandang Harzan. "Ya ya je awak ni?"
"Tak percaya sudah." Bibir mencebik ke depan.
Bunga berdecit kecli.
"Kita tukar topik lah, awak asal mana?"
"British." Sepatah Harzan membalas.
"British? Tapi nama awak melayu datang mananya British?" Bunga buat muka pelik.
Pelik sebab member orang British tapi nama melayu?
"Mummy aku orang melayu, daddy aku pula orang British and aku lahir kat sana, jelaskan." Harzan mencapai gelas panjang sebelum menyedot minuman favorite nya itu.
"Kau pula asal mana?" Soal sama ditanya.
"Saya orang malaysia."
"Yeke? muka macam mat saleh datang mananya malaysia?" Harzan memerli balik.
Bunga mengerling tajam ke arah Harzan yang tersenyum sinis. "Sebab papa ada mix."
Harzan hanya meng"oh"kan sahaja.
"Nama english awak apa, nak tahu juga?"
Harzan memikirkan sejenak tentang nama keduanya itu. Seperti teragak-agak untuk dirinya memberi tahu namanya itu. Kerana orang terdekat sahaja yang tahu nama keduanya itu seperti ahli keluarga dan kawan-kawan sahaja.
"Jay, Jay Harrington." Separa berbisik Harzan bicara ketika ini seperti tak nak ada orang yang mendengar namanya itu.
"Kenapa awak tak guna je nama Jay tu?"
"Aku duduk kat malaysia jadi aku guna la nama melayu aku."
"Ouh okey ,by the way dua-dua nama awak cantik, siapa yang bagi nama tu mummy atau daddy awak?"
"Nama melayu tu mummy yang bagi manakala nama english tu daddy yang letakkan."
"Mummy dengan daddy apa khabar, sihat ke diorang?"
"Daddy aku sihat je, mummy pula aku tak tahu sebab diorang dah bercerai waktu umur aku lima tahun, So aku tak tahu keadaan mummy aku sekarang ni macam mana." Harzan tarik senyuman kelat sahaja.
"Saya minta maaf Harzan, saya tak bermaksud pun nak-"
"Tak ada apa lah, sekurang-kurangnya kau tahu dari mulut aku sendiri bukan dari orang lain." Cantas Harzan laju.
Bunga mengemam bibirnya. Tapi dia dah tahu dari Eider berberapa bulan yang lalu.
"Awak tak cuba ke cari mummy awak? mana tahu kan tiba-tiba jumpa, Kl ni kan kecli aje.. mesti boleh jumpa." Tanya Bunga.
"Aku dah cuba cari tapi tak ada."
"Awak nak saya tolong tak?"
"Tolong apa?" Soal Harzan.
"Tolong cari mummy awak lah, awak hantar gambar mummy awak tu kat saya, lepastu nanti saya ura-urakan bila dah jumpa nanti kat awak." Cadang Bunga
Harzan mengerutkan dahinya. "Kau nak letak gambar mummy aku kat cafe kau ke ni."
"Eh takkk, maksud saya bukan letak gambar mummy awak tu kat cafe ni."
"Habis tu kau nak buat apa dengan gambar tu?"
"Awak mana tahu kan kalau tiba-tiba mummy awak ada datang kat cafe saya ni ke. Sekurang-kurangnya saya ada gambar tu untuk pastikan betul tak ke nanti."
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...