"YA Allah..."
Apalah nasibnya hari ini?
Azhar menghembus nafas perlahan. Dia membetulkan baju kotnya yang sudah basah dek kerana hujan.
Dia sudah double-check beberapa kali yang pada waktu ini tidak akan menimpa hujan. Telefonnya pun memberitahunya benda yang sama.
Tapi seperti cemburu dia berpakaian segak hari ini, hujan tiba-tiba turun.
Memang nasiblah.
Sudahla dia juga tidak memakai jaket hujan hari ni.
Vroom Vroom!
Azhar memandang belakang pada ekor matanya. Sportsbike Yamaha YZF-R3 berwarna maroon mengikutinya dari belakang.
"Cis. Kenapa dia perlu ikut sekali?" Dia berdecit. Dia memandang semula pada jalan raya dan pecut motornya pada had yang lebih laju.
Vroom Vroom!
Heh.
Azhar melihat dari ekor matanya. Sportsbike itu sudah jauh daripadanya. Dia tersenyum kemenangan sambil memandu pada jalan yang dituruni hujan itu.
Selepas beberapa minit, akhirnya mata Azhar tertangkap pada nama papan tanda yang terletak pada atas bangunan tersebut.
'HOTEL PACIFIC SERENITY'
Ah, dia dah sampai.
Hujan pun sudah reda. Azhar terus memandu motornya ke arah parkir di kawasan motor tersebut seraya mengenggam pada pendikitnya.
Selepas memarkir motornya di parkir, Azhar menutup enjin tersebut. Dia menanggalkan helmet dari kepalanya dan meletakkan pada tangki motor itu.
"Huh... basah dah baju aku," rungut lelaki itu sambil meraup rambutnya ke belakang.
Nasib baik rambutnya tidak basah, kalau tidak memang dia sudah meraung dan kurungkan dirinya di dalam bilik.
Huh, macam pelik je...
Vroom Vroom Vroom!!!
Kedua-dua telinga Azhar berdesing. Dia menutupnya seketika sambil mengalih pada sumber bunyi itu.
Waduh, shytonirrajim dah datang...
"Woi! Asal kau tinggalkan aku!?" Tempik Mikail sambil memandu dan memarkir sebelah motor rakan baiknya itu.
Helmet ditanggalkan dan tangannya mula meramas pada rambut perangnya itu. "Tahulah tengah hujan. Tapi jangan tinggalkan aku!" Katanya dengan mulut tercebik.
Azhar hanya menjulinng matanya ke atas. "Janji sampai." Itu sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu. Ya, dia seorang yang memang tidak banyak cakap.
"Huh! Ingat best lah tu?" Soal Mikail geram. Lengan Azhar dicuit-cuit dan terus bahunya menjadi sasaran lelaki itu. "Aduh- Sakitlah!"
"Dah apahal cubit-cubit aku ni? Nak mati?" Ugutnya sambil menjeling ke arah rakannya itu. Dia menurun daripada motornya dan membetulkan pakaiannya itu.
Huh, kenapa garang sangat?
Mikail menjeling tajam.
Kemudian, dia juga menuruni daripada motornya dan membetulkan pakaiannya. Jaket hujan dibuka dan dilipat sambil dimasukkan ke dalam sebuah beg kecil.
Azhar sudah berjalan meninggalkan rakannya itu. Dengan telefon di tangan sambil menaip pada skrin tersebut.
Hisy... ingat cool sangat ke?
Mikail mendengus geram. Dia memakai beg kecil itu dan terus berjoging ke arah rakan baiknya itu. Dia memandang pada lalu lintas itu sebelum meneruskan jogingnya.
YOU ARE READING
[OG] .𝐏.𝐊. : 𝐏𝐋𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑
Mystère / ThrillerAduh... kenapa banyak novel pada zaman sekarang lagi memberatkan cerita seperti mafia atau askar? masalahnya, dia adalah salah satu orangnya! tetapi bukan mafia mahupun askar. Nuryn Aqilah, seorang arkitek berpangkat master. Tetapi dia masih meneru...